"Tropical breeds for tropical region, arid breeds for arid region, temperate breeds for temperate region, and polar breeds for polar regions"

Saturday, June 14, 2014

SPAIN SPEARED!

And the very simple lesson that followed.

Malam tadi aku tengok World Cup. Sepanyol lawan Belanda. Dan kita tahu Sepanyol adalah juara bertahan. Favorite. Dan sepatutnya memiliki aura menakutkan.

Mmm.. Sepanyol salah strategi. Berkecai dilembing Belanda 5-1.

Louis Van Gaal, pengurus Belanda kata - cuaca di Brazil yang sama tropik dengan kita, panas dan lembap, memainkan peranan sangat besar dalam percaturan taktikal Belanda. Van Gaal tahu, Belanda mesti ubah corak permainan dibawah tekanan cuaca yang berbeza dengan asal tempat mereka. 

Van Gaal tahu Sepanyol masih percaya dengan tiki taka dimana ciri utamanya ialah 'short passing', dan 'always pressing the opponent'. Hard attacking football. Tiki taka telah membawa kejayaan sangat besar kepada Sepanyol sebelum ini, tetapi... itu adalah ketika berada dalam zon cuaca temperate.

Tiki taka memerlukan tenaga yang besar. Sesuai dengan cuaca temperate. Langsung tak sesuai dibawah cuaca tropika. Tak.. boleh. Mustahil. Terlalu memenatkan. Bateri semua pemain Sepanyol habih kondem awal dalam perlawanan tersebut. Tak bermaya tak bertenaga tengok diorang.

Van Gaal tahu atau faham peranan cuaca, dan bagaimana mengintegrasikan faktor cuaca ke dalam strategi perlawanan. 

Dan ini membawa aku kepada kita para peladang. Kita lebih lebih lebih penting kena faham akan peranan cuaca dan tanah dalam usaha kita berbanding pemain bola dalam Piala Dunia. Usaha biak usaha ternak kita sangat bergantung kepada setakat mana kefahaman kita dengan cuaca dan tanah bumi yang kita pijak. 

Labih kita faham, lebih kita teliti, lebih kita kaji, akan cuaca dan tanah tempatan, maka akan lebih berhasil, lebih berjaya, lebih besar magnitud keberhasilan, usaha biak dan usaha ternak kita. 

Dan genetik tempatan, dibawah cuaca dan tanah tempatan, pasti dan pasti memberi pulangan yang tinggi dan... sekiranya betul strategi - akan memberi pulangan yang phenomenal malah diluar jangkaan. 

Peladang.. adalah mereka yang faham dengan cuaca di atas. Peladang... adalah mereka yang dekat dengan bumi di bawah. Dan peladang... adalah mereka yang percaya dengan darah yang tumbuh dari tanah air mereka.

Itulah sang peladang!

Selamat berjuang!


1 comment: