Thursday, June 5, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : HJ MAT TAIB

I see kids. I see kids. I see kiiiiiidddsss! Yeehaww!

Masih cerita hari Isnin yang sudah. Kali ni kita berkenalan dengan Tuan Haji Mat Taib. Ex navy officer. Kapten. Jawatan terakhir dalam Navy ialah Director of Strategic Planning. 

Sekarang beliau ada satu projek khas - to provide cover and security for a highly advanced USD 4,000,000,000 drill ship. That's 4 billion. In US dollar. Sama harga dengan 2 ketul Stealth Bomber atau sebuah kapal pengangkut pesawat.

Drill ship ini bergerak ke seluruh penjuru dunia, dan disewa oleh semua syarikat syarikat minyak global khusus untuk mencari minyak dan gas buat mereka. Sebaik drill ship ini berjaya membuat 'exploratory well', pelantar minyak akan dihantar untuk menggantikan kapal ini. Jadi drill ship ini adalah sangat bernilai tinggi, dan menjadi sasaran menarik buat para lanun seluruh dunia. 

Dan, syarikat Tn Hj Mat Taib terpilih untuk melaksanakan tugas pelindung ini. Syabas! Dan komando komando TLDM digunakan untuk menjayakan tugasan tersebut. Ini kerana komando TLDM memiliki reputasi tinggi pada peringkat global di atas kemahiran tinggi mereka. Yaaa komando kita adalah world class!!  Syabas syabas syabas! 

Ok. Itu cerita maritime security contractor. Sekarang masuk cerita kambing. Hj Mat Taib telah mulakan operasi membiak kambing pedaging pada 2010. Di hujung sebuah kampung dalam kawasan Sungkai. Dikelilingi getah dan sawit. Dalam sebuah dusun buah. 

Kambing Hj Mat Taib aku perhatikan kuat darah kacang. Dulu masa mula mula operasi, dinasihatkan untuk buat sistem intensif atau makan tanggung. Tapi pengalaman Tn Hj membuktikan sebaliknya. Kambing kacang atau kacukan kacang lebih produktif jika dibuat sistem semi intensif, dan lebih lebih produktif di bawah gembalaan. 

(Aku pikir jamna atau yang kuat darah jamna, juga shami dan yang kuat darah shami - sesuai sistem intensif. Dapat ekstrak potensi penuh. Manakala kacang atau kuat darah kacang - sesuai sistem semi intensif atau lepas meragut - lebih bagus digembala. In sha Allah sangat produktif). 

Ok. Kambing Tn Hj ada 136 ekor. 60 ekor ialah ibu. That's very good current ratio. Aku pikir mana mana operasi pembiakan kambing pedaging tropik yang sustainable kena ada nisbah semasa pada 1:1 atau lebih. Maknanya kalau ada 100 ibu, ada juga 100 ekor anak kambing DALAM satu satu masa. (Ini bukan kidding rate!)

Kalau dapat lebih 1:1 - maknanya operasi pembiakan pedaging bawah cuaca tropika kita ni adalah memberangsangkan dan profitable. Operasi aku memiliki nisbah semasa 1:1.5, dengan purata umur jualan anak anak ialah 7 bulan.  

Ok. Kambing kambing digembala pada sebelah tengahari hinggalah lewat petang. Mari kita lihat suasana dusun dan ladang kambing Tn Hj Mat Taib!

Yaaa selamat sejahtera Tuan Haji! Nampak very sempoi orangnya. Tapi jangan main main. Ada pasukan komando world class bawah dia.. 


Aku sampai lewat petang kat ladang dia. Kambing kambing dah mula balik ke kandang. 


Here comes the kacangg!! Kambing Tn Hj adalah kacang dan kacukan kacang. Sori ah aku tak guna ejaan katjang. 


Walau pun jauh terasing di hujung kampung, tapi ladang kambing Tn Hj ada bekalan letrik. Tak silap aku dengar,  dalam $5,000 kos sambungan letrik. 


Ahh mendamaikan. Kandang kambing terletak dalam dusun buah seluas 5 ekar. Tepi sungai. Macam macam jenis pokok buah ditanam. Polyculture. Yaaa Tn Hj Mat Taib tak amalkan monoculture. 


Ada itik


Dedak kambing yang digunakan. Beli terus di kilang. Harga $37 per beg. Angkut guna hilux. All the way from penang to sungkai. Performance report? Kena tanya Tuan Haji. 


Pokok asam gelugur. Teringat kampung mak aku di Taiping. Banyak orang kampung sana tanam pokok ni. 


Pucuk asam gelugur. Sedaaappp! Tak kelat pun. Masam masam sikit. 


Ada palung makan yang diisi dedak untuk santapan kambing kambing yang balik dari meragut. Itik yang kebas dulu.


First arrival. Perhatikan leher kambing yang digantung loceng daripada tin susu pekat. Semua ibu kambing ada loceng buatan sendiri ni.


Sebahagian kambing dah mula sampai ke kandang dan sedang sibuk berebut dedak. Untuk pengetahuan kita semua, kambing asal cuma 20 ekor. Dan daripada itu dibiakkan sampailah sekarang. Banyak dah jual pun. Yaa genetik tempatan terbukti pantas membiak. Mudah membiak. PANTAS. MUDAH. Tiada keraguan. 


Tn Hj consultation bersama pekerjanya. Dan untuk pengetahuan kita semua sekali lagi, kadar mortaliti kambing kambing Tn Hj adalah sangat sangat rendah. Absolutely low mortality rate. Baru seekor anak mati sepanjang tahun ini. Alhamdulillah segala kebesaran dan kekuatan kepada Tuhan Maha Perkasa!!

Pantas membiak. Mudah dibela. Kematian yang sangat rendah. Apa lagi yang menghalang kita daripada membiakkan genetik tempatan?


Integrasi ayam dan kambing...


Sebahagian anak anak kambing. Helllooo!!!


Lagi anak anak. Apesal kelabu semacam ni? Oh ye kandang kambing ni diperasap.


Guna tunggul kayu sebagai bahan asap. Kalau guna taik kambing pehhhh habih kambing semua kena pink eye lepas tu. Macam ni takpe. Kambing ok. (Tapi aku sendiri memang tak perasap kandang). 



Berbaris naik kandang.


Where's my mommy??



Closeup loceng. Nice!!


Aiskrim aiskrim! (Semua ada loceng kat leher)


Baru diberanakkan semalam. Hello little guy! Welcome to the world!


Yang ibu kambing ni ada lain pesen sikit. Tak nak menyusukan anak anaknya. Jadi terpaksa pegang. 


Garam jilat dalam buluh



Kumpulan yang ini masih sibuk di luar. Tak nak naik kandang.


Sang ibu dan anak anaknya


Awan yang cantik. Terselit kegentaran meresap ke dalam jiwa melihat tanda tanda kebesaran Tuhan. 


Go baby gooo!!


Good night! Selamat malam!


And good night to you too my lady!


Tuan Haji Mat Taib sempat menghidangkan air kelapa muda untuk aku. Thank you sir!

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji kerana melayan kedatangan aku dengan baik. Terima kasih kepada Tuan Haji kerana bersama sama menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara. Terima kasih kepada Tuan Haji kerana percayakan kekuatan genetik tempatan. Terima kasih kepada Tuan Haji kerana menempuhi jalan seorang pengembala sebagaimana yang diamalkan oleh para anbiya'!

Syabas Tuan Haji!

Bersama sama  kita bebaskan diri dari kebergantungan!

*Aku percaya operasi Tuan Haji Mat Taib boleh dipertingkatkan prestasi ke tahap eksplosif  dengan satu cara yang mudah - gunakan garam jilat yang sesuai untuk kambing. Yeah I think so.

Selamat membiak untuk semua!







4 comments:

  1. Mesti pencuri tak berani masuk ladang Hj Mat Taib..hehe

    ReplyDelete
  2. Ari senin lepas,DARAH KITA membuktikan kehebatannya,beranak 4 ooooo,tapi sayang sekor tak sempat nak selamatkan,ambo tidur tghari,tak sedar dia beranak.Walau apa pun hebat nya DARAH KITA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah tgk beranak 4 ni. Hebat sungguh! !

      Delete