Wednesday, June 4, 2014

IMPORTER YANG ANEH

Salam sejahtera semua pembaca,

Itu hari aku ada cerita pasal aku jumpa 'somebody interesting' di PPK Langkap. Sekarang aku akan dedahkan siapa dia. Aku banyak bertukar cerita dengan dia tetapi buat masa ni aku akan tulis sebahagian kecil aje. Tak larat weh nak buat karangan panjang panjang! Ok. Jom kita baca!

Aku fikir geng import lembu akan kenal dia. Very experienced player. International operation. 

Mr Hashim. Original owner Intan Farm. Generasi ke 3. 

Yaa inilah dia Mr Hashim Ayub.

Kita mula dengan background secara ringkas. Datuk dia adalah pengembala kambing yang bermula 1940 di Teluk Anson. Masa tu banyak pelanggan beli kambing dengan emas. Yep, emas. Rantai emas, gelang emas, subang emas. Kambing dibayar dengan emas. 

Jadi datuk dia kumpul banyak emas. Berbalang balang. Dan emas ini digunakan untuk menambahkan bilangan induk kambing. Datuknya adalah pengembala kambing yang terbesar dalam daerah. Massive operation. Sana sini ada kambing. 

Yang digembala. Bertongkat.

Bermula dari situ, bermula dari kambing yang digembala bertongkat (penting nih - Mr Hashim sangat percaya dengan kekuatan kambing yang digembala secara bertongkat sepertimana amalan para Nabi), Intan Farm dibina. Bila berpindah tangan kepada Mr Hashim, operasi semakin agresif. 

Mr Hashim ada degree dari UPM, dan major dalam genetik di sebuah universiti Jerman. Habis belajar, dia bantu ayah dia kembangkan operasi Intan Farm. Expansion secara agresif bermula awal 1990an. Sebuah pusat transit besar dibina, khas untuk lembu lembu import. 

Sekarang, Intan Farm telah pun berpindah tangan. Banyak kali bertukar shareholder. Yang terkini aku pun tak tahu sapa. Lantaklah.

Mr Hashim telah pun memindahkan operasi ke Thailand. Yep, sebuah ladang pembiak lembu seluas 2,000 ekar dibuka di Thailand secara partnership. Membiak. Nama ladang ialah Cattle Bank and Co. Bagi Mr Hashim, membiak ada nilai longevity. Operasi import eksport, walau pun untung besar, tetapi short live. Pendek umur. Mana mana penternak berpengalaman tahulah hakikat ini. 

Kebanyakan lembu keluaran ladang Cattle Bank dibeli orang Cambodia dan kemudiannya dihantar pula ke China. Uh oh... the Chinese are gobbling up all the red meats. Dan orang Cambodia adalah pantas dalam membeli lembu lembu di Thailand. Takyah susah susah cari dan hantar ke Cambodia, tetapi diorang sendiri datang dan angkut balik. Berbeza dengan orang Malaysia yang nak lembu lembu dihantar ke sini. Jadi ada banyak kerja, tak boleh nak fokus sebagai livestock breeder. Hmmmm.....

Mr Hashim juga ada sebuah ladang lembu di Pahang. Chini Farm. Secara teknikalnya, fokus sekarang adalah usaha pembiakan, manakala operasi trading dan import tetap ada. Cuma dah slow down. Ya, Mr Hashim sekarang balik kepada asal akarnya - membiak. 

Ok. Mr Hashim ada pandangan yang selari dengan aku. Surprise juga. Sebabnya aku ingat importer akan mempertahankan sehabis habis sebab musabab kenapa import wajib diteruskan. Tapi lain pula halnya dengan Mr Hashim kita ni.

Mr Hashim percaya dasar pandang ke australia adalah memudaratkan. Menindas penternak tempatan. Memusnahkan industri pedaging tempatan. Menyebabkan sekuriti makanan semakin kritikal. Tahap sara diri semakin merudum dan kekal merudum. 

Dia fikir Malaysia tidak patut dilambakkan dengan kambing kambing australia (it's dumpiiinnnnnggggg!!!). Anti dumping law sepatutnya diperkenalkan. Kambing kambing australia seharusnya dicukai atau dilevi. Hmmm... nice idea!

Ok. Itu satu. Yang keduanya, dalam bab bertahan daripada serangan berterusan ke atas industri ternakan tempatan - gembala bertongkat sepertimana amalan para anbiya' adalah mewakili peluang survival yang terbaik. Ye aku setuju dengan dia dalam bab ini. 

Cara cara lain boleh juga, tetapi dalam keadaan polisi penternakan kita yang kalut malut, talam dua muka, dan sangat memihak kepada importer - gembala bertongkat adalah 'the best defensive option', dan seterusnya 'the best offensive option'. 

Kunci untuk keberlangsungan, dan kunci untuk membebaskan segala potensi yang terpendam sejak sekian lama. 

Kita kena percaya. Kita kena yakin dengan darah kita. Kita kena yakin dengan jalan Nabi kita. Kalau bukan kita sebagai umatnya, siapa lagi ye tak?

Takkan nak bagi penternak penternak kambing di Australia yang kebanyakannya Yahudi? Diorang bolot semua, kita yang pula bergantung kepada diorang?

Ok. Sekadar renungan. Balik kepada cerita Mr Hashim. Let see. Apalagi yang aku ingat.

Oh ya! Mr Hashim ada satu kawan pembiak kambing di Thailand. Anucha namanya. Kaya raya. Macam macam bisnes, tetapi paksi dia, kesukaan dia tetap kambing. Yang dibiakkan secara gembala. Ribu ekor. 

Mr Anucha kuat berzikir. Dia beli tasbih auto. Dan setiap kali kambingnya balik petang ke kandang, setiap ekor yang lepas pagar akan..... disebut nama Tuhan. Dia tak kira bilangan. Tapi setiap kali kambing melintas, dia akan sebut Subhanallah. Itulah rutinnya setiap petang. Haaa.... berzikir dengan kambing. Kalau ribu ribu ekor kambing? Huiiii alhamdulillah banyak sebut nama Tuhannya. Baik Baik Baik!

(Aku sendiri sejak mengamalkan bacaan setiap kali sampai di pintu ladang seperti yang ada dalam surah Alkahfi - Tiadalah semua ini wujud melainkan dengan kekuatan, pertolongan dan rahmat dari Mu Ya Allah - ada satu perubahan ketara pada operasi kambing. Jeng jeng jeng.... tapi tak boleh bagitau lagi apa sebenarnya perubahan tersebut. Nanti nanti yek!).

Ada banyak lagi yang dikongsi oleh Mr Hashim. Tapi aku rasa cukuplah dulu buat setakat ni. Aku kesuntukan masa nak menaip. Ada banyak hal lagi hari ni. 

Terima kasih kepada semua pembaca!

Terima kasih kepada yang memberi sokongan, yang selalu follow blog ini! 

Thanks everybody! Selamat membiak!




3 comments:

  1. Tq. for the moral booster. Do you know that your writing is simple, organised, smooth to follow, interesting and above all entertaining. it is high time to compile the relevant topics into a book untuk generasi mendatang dan amal jariah. SELAMAT MENCUBA.

    ReplyDelete
  2. Harap banyak lagi Mr Hashim kat Malaysia!! (Es Emdi)

    ReplyDelete