Friday, June 27, 2014

KITA UMAT PENTERNAK, KITA UMAT PETANI

Itulah kita umat manusia.
___________________________

Aku terpikir kenapa Habil tak mahu memburu binatang liar untuk dijadikan makanan, sebaliknya bersusah payah belajar menternak kambing. Ini adalah misteri. Sangat misteri.

Biasanya anak akan ikut apa yang dibuat si bapa, apalagi ketika suasana genting manusia baru nak membiak sebaik diturunkan ke muka bumi. Apa yang dibuat Habil adalah sangat 'revolutionary', sangat misteri. Sangat sangat menghairankan. Completely stupefying.

Ok. Berdasarkan sejarah manusia (bagi sesiapa yang kurang arif), didapati aktiviti penternakan adalah aktiviti pertama manusia. Lebih kurang 11,000-12,000 tahun yang dulu. Kemudian bukti aktiviti pertanian ditemui dalam tamadun pertama di Sumeria 10,000 tahun yang dulu.

In that order.

Ternakan dulu, baru bercucuk tanam. Bukannya bercucuk tanam dulu, kemudiannya menternak. Kena ingat baik baik ni.

Maknanya Tuhan ilhamkan kepada Habil untuk menternak kambing. Membiakkan kambing. Dan Tuhan memudahkan proses penternakan itu dengan menundukkan kambing. Kenapa?

Sebabnya... salah satu...

Aktiviti penternakan diikuti bercucuk tanam adalah asas kepada pembinaan tamadun. Ye tamadun dibina oleh mereka yang menetap di sesuatu tempat. Bermula dengan penempatan kecil yang berkembang menjadi perkampungan kemudiannya pekan dan kemudiannya bandar. Dan penempatan hanya muncul apabila wujud penternak dan petani.

Para hominid sebelum kita seperti Cro Magnon dan Neanderthal adalah 'hunter gatherer'. Mereka memburu binatang liar sebagai makanan. Kehidupan mereka adalah nomad. Mereka sentiasa bergerak mengikut pergerakan binatang buruan mereka. Dalam keadaan ini tahap penempatan terbesar yang mampu dicapai hanyalah perkampungan.

Tetapi kita berbeza. Kita adalah manusia. Kita adalah anak cucu Adam dan Hawa. Kita bukan berasal dari Bumi. Kita berasal dari luar Bumi.

Tuhan mahu kita, manusia, menternak dan bercucuk tanam agar kita dapat bina tamadun. Agar suatu hari nanti ketamadunan kita dapat bergerak ke luar Bumi. Atau sekurang kurangnya menghasilkan instrumen yang dapat memerhati dan mengkaji apa yang ada di luar Bumi.

Agar kita dapat memburu tanda tanda kebesaran Tuhan.

Agar kita dapat memburu tempat asal kita.

Syurga.

Tuhan mahu kita cari dimana Dia dan dari mana asal kita. Kita tak akan jumpa zatNya tapi pemburuan kita, kembara kita, yang didorong rasa ingin tahu yang meluap luap akan asal usul diri kita - pastinya, akan berjumpa sekian banyak tanda tanda kebesaranNya DAN kebenaran KalamNya.

Dan ini semua bermula bilamana Tuhan ilhamkan Habil untuk membiakkan kambing. Menternak. Mengembala. Jalan Habil adalah batu asas untuk keturunan Adam dan Hawa mencari jalan pulang. Asal kita.

Tuhan tak ilhamkan Habil untuk memburu binatang liar. Tidak tidak tidak. Sekarang aku nampak betapa pentingnya usaha berternak dan bertani bagi umat manusia. Sumber makanan kita adalah binatang yang diternak dan tumbuhan yang dicucuk ditanam.

Kita adalah penternak. Kita adalah petani. Kita mesti menternak. Kita mesti bertani. Kita adalah umat penternak kita adalah umat petani.

Barulah kita dapat membina tamadun. Itulah... yang membezakan kita dengan makhluk makhluk penghuni bumi sebelum ini.

Kita bukan Neanderthal. Kita bukan Cro Magnon. Kita bukan asal mawas. Kita bukan hunter gatherer. Kita bukan makan binatang liar. Kita bukan makan kambing liar. Kita bukan makan lembu liar.

Tetapi kita menternak dan bertani. Kita makan kambing dan lembu yang diternak. Kita makan gandum beras jagung yang ditanam. Itulah kita. Itulah manusia. Itulah keturunan Adam dan Hawa.

Umat penternak. Umat petani.


Selamat berfikir!

4 comments:

  1. Kena baca sekali lagi lepas sahur!! Selamat berpuasa,Bro!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Yang makan daging liar..kambing liar tu..geng feral aussie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing feral.... orang aussie sendiri pun tak nak makan. Susah payah bela boer.

      pelik..

      Delete