Saturday, June 21, 2014

CUSTOMER TAK PUAS HATI

Aku berat hati. Berat sangat nak menulis. Kerana aku akan mendedahkan kelemahan dan kepincangan yang aku lakukan hari ini. Tapi aku sedar aku tak boleh menyembunyikan kebenaran. Kerana jika aku sembunyikan kebenaran itu, bermakna aku menyumbang kepada kerosakan industri.

Harap kita semua jadikan kesalahan yang aku lakukan sebagai pedoman.

Baik, hari ini aku jual enam ekor kambing jantan. Runcit. Bukannya borong. Dan semua enam ekor kambing ini bukan kambing aku.

Aku trade. Aku beli kambing orang lain sehari sebelum, dan aku jual keesokannya. Hari inilah. Untung aku tak banyak. Ciput. Tapi masih berbaloi sebab simpan sekejap aje. Dan supplier tersebut siap hantar sampai ladang aku tanpa kos transport.

I thought this is an excellent piece of business. Easy. No sweat. Fast buck.

Tapi aku silap. Kerana sebaik sahaja enam ekor kambing ini disembelih dan dilapah diladang aku - aku mula nampak realiti. Pahit. Aku diam.

Seorang pelanggan tetap mula bersuara - 'Wi, kambing ni banyak lemaklah. Bukan karakter kambing ko'.

Aku mula rasa sangat tak selesa. Aku nampak lemak memang banyak, dan kekuningan. Aku cemas. Aku berpeluh peluh. Aku langsung takde mood nak berbual dengan 13 pelanggan dihadapan aku. Aku lari dari mereka. Nafas aku jadi pendek. Aku pikir aku kena 'anxiety attack'.

Dan semua duit yang aku dapat hari ini tidak dapat menggembirakan aku walau sedikit pun. Aku langsung tak gembira. Aku langsung tak boleh senyum. Aku pikir aku telah gagal menjadi penternak kambing.

Selama ini aku memiliki reputasi menghasilkan karkas kambing jantan yang berkualiti - daging banyak, merah, juicy, 'very little fat', dan sedikit lemak yang ada berwarna putih. Dalam erti kata lain, kambing aku sedap. Kaw. Satisfying..

Tapi bila terpacul aje ayat 'tak puas hati' dari customer - moral aku terus pecah berderai. Ranap menyembah bumi. Aku rasa aku 'worthless'. Aku tak layak menternak kambing lagi. Aku rasa ... sakit dan pedih.

Bila diorang balik, aku termenung panjang. Langkah aku longlai balik ke rumah. Aku mandi. Tunduk. Lama. Dengan harapan 'shower' yang lama itu dapat membasuh dan menghilangkan sedikit kesakitan yang aku alami.

Tidak. Tidak berkurang sedikit pun.

Aku tetap rasa gagal. Pedih. Bersalah.

'Defeated'.
____________________________

Aku kena nilai semula program 'trading' aku. Baru start, tapi dah banyak masalah. Kalau nak teruskan juga, kena buat quality control.
Tak boleh main sembrono aje.

Habih punah reputasi aku. My reputation is in tatters. A mess.

Tak boleh tak boleh macam ni.

Lepas ni aku kena source dari mereka yang sama style dengan aku. Yang buat sepertimana yang aku buat. Gembala. Dan bila sampai bab menggemukkan kambing kambing jantan - buat style breedlot dan ransum kambing ada bijirin/grains.

Tuan puan penternak kambing,

PLEASE PLEASE PLEASE bila gemukkan kambing jantan PASTIKAN PASTIKAN PASTIKAN campuran dedak yang digunakan - kadar bijirin ialah sekurang kurangnya 30% untuk menghasilkan karkas yang berkualiti yang ada ooommmphh. Baru ada wow factor. Baru customer terangkat bila makan kambing kita.

Jangan guna kernel/pkc/pke 100% untuk penggemukan kambing jantan kita. Damn it! Bagi kambing makan kernel + molasses adlibitum - memang gemuk kawan tu TAPI karkas hampeh!

Pusinglah rangsum dedak kambing tu macam mana sekalipun REALITINYA karbohidrat adalah kunci untuk karkas berkualiti. Mesti ada karbohidrat. Mesti ada bijirin. Baru lemak masuk ke dalam daging, bukannya pergi ke luar daging.

Benda ni dah ribu ribu tahun dibuat. Semenjak zaman Mesir Firaun lagi. Lebih 4,000 tahun yang sudah. Memang terbukti. Memang sahih. Bila nak gemukkan kambing atau lembu - guna bijirin. It works!

Ruminan cepat gemuk, dan daging sedap. Very basic technique. Very successful technique. Pedulikan segala macam suplemen high protein atau teknik itu teknik ini.

Just.... simply go for grains. Period.
_________________________

I'm in pain. Now I'm in anger.

Aku harap bila aku menulis post ini, aku dapat kurangkan kesakitan dan kemarahan yang bersarang dalam jiwa aku sekarang ini.

Aku minta maaf kepada tuan puan pembaca rakan rakan penternak sekalian jika ada yang rasa tersinggung. I am sorry.

Terima kasih kerana sudi membaca rintihan aku ini.


Selamat membiak.

6 comments:

  1. penghujungnya macam mana tu alwi? ganti kambing? atau tuan kasi diskaun

    ReplyDelete
  2. mungkin ada baik ramadhan ni sponsor sekor utk buka puasa to your customer.....

    ReplyDelete
  3. sabar tuan..scr teknikal jual beli kambing itu ok.mana la tau barang bawah kulit ni.mcm beli tembikai la ada yg merah menyala.ada yg hampeh.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ni aku pon x puas hati gak...bukak blog tp xde update...

    ReplyDelete
  6. Kemana menghilang prof.alwi ni...sob3

    ReplyDelete