Wednesday, May 7, 2014

MESYUARAT AGUNG PPK LANGKAP 2014-2016

Political manouvering, and queue manouvering. At it best! :)

Adalah idea yang sangat baik semua petani penternak dan nelayan apalagi yang muda muda agar menyertai pertubuhan peladang di kawasan masing masing. Darah muda sangat diperlukan. 
_____________________

Aku patutnya pergi Putrajaya pagi ini untuk urusan pembuatan permit pekerja aku. Tapi bini aku ingatkan aku yang aku ada meeting. Dan meeting ini susah untuk dielak elakkan memandangkan aku telah dipilih sebagai perwakilan oleh unit Kg Ayer Hitam. 

Aku pergi jugalah. Pukul 9 pagi. Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Langkap. PPK Langkap ada lebih kurang 2000 ahli. Dan perwakilan yang dipilih untuk hadir AGM ini ada dalam 200 orang. Setiap perwakilan yang hadir akan dapat elaun $50. Dapat juga 'door gifts'. Dapat juga buku aktiviti dan laporan kewangan PPK yang tebal dan berat.

Gambar gambar sekitar mesyuarat.

Kat dewan baru ni lah berlangsungnya AGM PPK Langkap. Dan PPK Langkap ada 12 unit dibawahnya - Changkat Jong, Langkap, Ayer Hitam, Selabak, Kg S/C, Degong, Padang Tembak, Kg Melayu, Attaduri, Kg Pelawan, Chuichak, dan SKS Langkap. 


Sarapan pagi disediakan untuk mana mana perwakilan yang tak sempat sarapan. Agar semua neuron dalam otak dapat tenaga dan mampu berfungsi dengan baik. 


Kedai racun bergerak..


Gerai racun.. ( aku harap suatu hari nanti umat manusia memiliki teknologi bebas racun toksik dalam pengeluaran makanan mereka - dan salah satu caranya ialah menggunakan genetik tempatan yang miliki rintangan tinggi terhadap parasit).


Ahhh peti undi!! AGM PPK Langkap berlangsung setiap 2 tahun, dan salah satu agenda utamanya ialah memilih 7 jemaah pengarah yang bakal memberi halatuju kepada PPK Langkap. Selain itu para perwakilan akan memilih siapa yang akan mewakili suara mereka dalam Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), dan juga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). 


AGM dirasmikan oleh Tuan Hamzah Bahari, Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak (yang ditengah tengah). Yang bersongkok Tuan Hj Salim, Pengerusi semasa Jemaah Pengarah PPK Langkap. 


Koir!.. aku sepatutnya masuk koir, tapi takde masa nak training. Lagipun aku bukan Awie penyanyi, aku adalah Awi si pengembala kambing. Mana aku reti nyanyi nyanyi ni. Joget joget sikit sikit bolehlah buahaha..


Perwakilan yang hadir AGM. 


I see receding hairlines, I see balding heads, I see white hairs all over, I see ketayaps everywhere.... where are the youngs? Adakah polisi kerajaan dalam menggalakkan penyertaan tenaga muda ke dalam sektor pertanian .... gagal?


Queue manouvering... handal handal juga pakcik makcik ni motong barisan masa ambik breakfast buahaha... takpa takpa kasi laluan kat orang tua. 


An Indian guy is now the largest shareholder in PPK Langkap. Jumlah saham lebih $150,000. Yang kedua Melayu dengan nilai saham lebih $130,000. Yang ketiga Melayu juga dengan nilai saham lebih $120,000. 


Kertas undi.. saspen.. saspen.. 


Soldiers of democracy... aku tengok muka dia dapat ilham nak pangkah sapa... aku pangkah nama perempuan. Asal binti aje, aku pangkah hahaha... sokong wanita... padahal aku laki. Ahh gasak je lah. Dan kepada soldiers of democracy, terima kasih diatas sumbangan dan penat lelah anda menyanyi!


Ada juga isu isu panas yang ditimbulkan. Naik juga temperature dewan. Tapi semuanya berakhir dengan baik tanpa masalah. 


Kerusi patah! Agaknya geram sangat no cabutan bertuah tak naik naik buahaha...


Hj Ramli, Penyelaras Wilayah PPK Selatan yang merangkumi 10 PPK Kawasan sedang memberi ucapan penggulungan yang penuh emosi dan berkobar kobar. Memohon kerjasama ahli ahli dalam membangunkan PPK dan mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah. Kementerian Pertanian sedang berusaha menubuhkan kilang sawit dan kilang padi PPK sendiri untuk kebaikan ekonomi ahli ahli. Syabas!

Ok. Meeting habis 2.30 petang. Pehhh berasap buntut den...

Terima kasih semua! Selamat membiak, dan selamat menjadi ahli Pertubuhan Peladang!



3 comments:

  1. Ramai golongan youth sekarang cenderung ke sektor ICT, prof. Bila sebut sektor ICT ni bukan repair hard disk, format komputer etc. Tapi dotcom company. Apabila buat duit itu hanya memerlukan laptop sebagai alatnya and the operation runs from the comfort of our own home. Kalau bos pula, boleh meeting dengan staff, boleh track kerja staff secara online. Kadang-kadang dah 5-6 tahun hire staff tapi tak pernah jumpa pun staff tu. Remote working istilahnya. Inilah industri yang saya berada sejak 6 tahun yg lepas. Sampai sekarang. I really love it. Tapi gayanya dah slow-slow beransur ke dunia perkambingan pula. Adalah sebab-sebabnya. Dan blog ini memainkan pengaruh yang besar sampai saya buat keputusan untuk beralih bidang yang saya sayang. Panjang juga kalau nak cerita pasal ni. Boleh buat blog post sebijik. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. remote working? oh memang dah trend utama kat malaysia ye? uh oh kunonya aku ahhhhhhhh.... err habih tu bayar gaji macam mana kalau tak pernah jumpa bos?

      Delete
  2. Transaksi pemindahan duit ni boleh jalan secara online, Prof. Syarikat saya dulu pernah develop ecommerce software. Antara developer yang kami hire adalah programmer dari India. Software siap, dia dapat payment dia dan kami langsung tak pernah jumpa programmer tu. Segala discussion, planning, developing, troubleshooting dan sebagainya semua dibuat secara online.

    Itu teknologi sekarang lah. Satu masa nanti teknologi ni akan musnah juga. Masa tu tiada apa yang penting selain untuk teruskan kehidupan. Food security. Terima kasih Prof kerana telah sedarkan saya. Hidup Pembiak!

    ReplyDelete