Wednesday, May 7, 2014

KENAPA TIADA SIAPA MENGKAJI MISTERI BAYANG BAYANG?

KENAPA TIADA SIAPA MENGKAJI MISTERI BAYANG BAYANG?

Epal jatuh. Newton (yang autistik) perhatikan. Lahir Theory of Gravity. New Age of Science.

Epal jatuh, dan buah jatuh, dan apa sahaja yang jatuh adalah perkara normal. Sangat normal. Sangat biasa. Tapi bila betul betul benar benar dikaji tertonggeng tonggeng - kesannya sangat besar kepada peradaban manusia. Bukan itu sahaja, tanda tanda kebesaran Tuhan semakin terserlah. Dan pengembaraan umat manusia mencari Tuhan semakin hebat.

Baik. Sapa sapa yang ada asas fizik akan tahu Newton punya Theory of Gravity melahirkan pula Theory of Relativity, dan juga Theory of General Relativity. Kedua duanya menerangkan sifat sifat atom dan cahaya, dan ditemui oleh Einstein (yang juga autistik). Dan kita umat manusia masuk zaman nuklear dan zaman pengembaraan angkasa.

Kita... semakin kembali, semakin menghampiri, semakin mengenali pengembaraan asal DAN tempat asal Ayah dan Mak kita, Nabi Adam AS dan Hawa AS. Dan sesungguhnya mereka berdua DITURUNKAN ke muka bumi. Bukannya DICIPTA di muka bumi.

Baik. Teori Newton dan Einstein cukup dan mampu menerangkan dengan baik akan sifat sifat atom, dan juga dunia yang kita duduk. Dunia yang kita nampak... dengan mata kasar kita.

Tetapi bila kita masuk ke dalam alam yang lebih kecil daripada atom, maknanya dunia partikel - dunia elektron, neutrino, boson, dan seterusnya... undang undang Newton dan Einstein tidak terpakai.

Langsung tak boleh. Langsung tak compatible. Langsung... harubiru.

Wujud suatu hukum fizik yang baru untuk menerangkan sifat partikel yang sangat sangat kecil ini - Teori Mekanik Kuantum. Dan teori ini sangat pelik, sangat sangat berbeza dengan hukum fizik dunia kita, dan sangat sangat menghairankan para saintis.

Dan Teori Mekanik Kuantum ini tidak boleh menyerap hukum graviti yang diperkenalkan Newton. Kerana sebaik sahaja formula graviti diperkenalkan, Teori Kuantum ini akan jatuh rosak berderai.

Masalahnya, graviti menguasai seluruh alam semesta. Graviti pasti mempengaruhi semua objek dalam alam semesta. Kenapa ianya tidak selari? Mana boleh dua hukum fizik yang sangat berbeza berlari serentak?

Dan disinilah para saintis tengah pening kepala mencari titik atau rahsia keseimbangan antara dua hukum tersebut. Apalagi yang perlu diburu, apalagi yang perlu dicari, apalagi yang perlu diperhatikan? Demi mengharmonikan kedua dua hukum tersebut. Demi mencari Unification Theory.

Ok. Salah satu undang undang Teori Mekanik Kuantum menyatakan elektron boleh sahaja berada dimana mana dalam alam semesta. DIMANA MANA dan ianya telah dibuktikan dengan 'Double Slit Experiment'. Sahih. Haa maknanya mudah, implikasinya mudah... tetapi sangat mengejutkan.

Ada salinan kita dimana mana dalam alam semesta. Barangkali beberapa salinan, barangkali jutaan salinan, barangkali salinan yang tak habis habis. Maknanya ada Awi si pengembala kambing yang sedang menulis blog, dan dalam masa yang sama ada Awi si pengembala kambing yang sedang memandikan anak anaknya, dan dalam masa yang sama ada Awi si penyanyi yang sedang berjoget pop yeh yeh, dan dalam masa yang sama ada Awi sang peneropong langit malam, dan dalam masa yang sama...... so on and so on.... berterusan.

Semua salinan ini bergerak SERENTAK, tetapi mata kita hanya, dan hanya, dan hanya, mampu memerhatikan SATU salinan. Yang sedang berada di hadapan kita. Itulah dunia kita.

Para saintis bertelagah pendapat berkenaan akan punca dan bagaimana menerangkan hal ini sebaik baiknya. Ada yang kata graviti mainkan peranan, dan ada juga yang kata dunia multiverse mainkan peranan, dan pelbagai cubaan penerangan lagi.

Maka ada antara mereka yang membina apparatus sains raksasa seperti Large Hadron Collider yang memakan belanja berbillion dollar dalam usaha mereka lebih memahami alam subpartikel. Dan ada antara mereka yang lebih 'ambitious', mahu membina eksperimen super raksasa di luar angkasa.

Tetapi aku fikir, sepertimana epal jatuh yang sangat normal, barangkali bayang bayang yang juga sangat sangat sangat sangat normal, dapat menemukan rahsia Teori Mekanik Kuantum dan Teori Graviti.

Ianya lebih mudah, dan lebih murah untuk dikaji. Dan aku hipotesiskan, kajian terhadap bayang bayang akan membuktikan kewujudan enam lagi lapis alam semesta sepertimana yang telah Tuhan beritakan dalam AlQuran, dan... seterusnya melancarkan umat manusia ke suatu zaman baru dalam sains dan teknologi.

Aku sangat berharap saintis Islam akan mendahului dalam perkara sebegini.

Saksikan ayat ayat Tuhan berkenaan bayang bayang :

Ar Ra'd (The Thunder): 15 (terjemahan)

And to Allah prostrates whoever is within the heavens and the earth, willingly or by compulsion, and their shadows [as well] in the mornings and the afternoons.

Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa; dan (demikian juga) bayang-bayang mereka; pada waktu pagi dan petang.
_________________________________________

An Nahl (The Bee): 48 (terjemahan)

Have they not considered what things Allah has created? Their shadows incline to the right and to the left, prostrating to Allah , while they are humble.

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?
___________________________________

Al Furqan: 45 (terjemahan)

Have you not considered your Lord - how He extends the shadow, and if He willed, He could have made it stationary? Then We made the sun for it an indication.

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;


Selamat membiakkan kambing! Selamat memburu ilmu! Selamat tenggelam dalam kebesaran Tuhan Maha Perkasa!

Epal jatuh. Perkara normal. Tapi bila dikaji, manusia memasuki zaman baru pengetahuan.


Bayang bayang. Lebih normal daripada epal yang jatuh. Bolehkah kajian terhadap bayang bayang melancarkan umat manusia ke dalam zaman emas pengetahuan?

6 comments:

  1. Teori kuantum menyatakan kesemua objek, termasuk cahaya, adalah gelombang (wave) dan partikel (particles).
    Kedua-duanya (wave dan particles) boleh diterangkan secara metamatik (maknanya ada formula dan keterangan saintifik).
    Tetapi, kajian mendapati apabila satu photon (kira cahayalah senang) di bahagi dua perjalanan (satu ambik Jalan A dan satu lagi ambil Jalan B) tetapi kedua-dua bercantum semula (contoh dari Kedah nak pergi KL ambil dua jalan berbeza, tetapi semua sampai di KL), maka yg sampai di KL tu (contoh kalau ada KL1 dan KL2)..Sampai KL1 tapi takde kat KL2.
    Tapi, kalau orang yang sama ambil Jalan A dan Jalan B (dalam berlainan masa), dari Jalan A akan sampai ke KL1, sementara Jalan B akan sampai ke KL2. tapi kedua-dua sampai ke KL jugaklah.

    itu imiginasi aku saja la. jadi apa maksud disini?. maksud aku kalau MH370 guna jalan A dan B serentak, dia mungkin tak sampai KL1, tapi sampai KL2.
    KL2 tu kita tak nampak.
    KL1 tu kita nampak, KL lah tu.

    Bayangkan KL2 tu bayang-bayang. apa yg kita nampak? gelap. nutrino (sub-atomic particle) memang boleh tembusi semua objek. tetapi very rare event. atomi bomb, kejadian pemulaan alam ini, memang ada sub-particle ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu fizik diharapkan dapat menerangkan keanehan alam semesta, rupa rupanya lebih banyak keanehan yang ditemui.

      Baik baik. Kembara mencari Tuhan menemukan semakin banyak tanda tanda kebesaranNya. Horeyyy!!

      Delete
  2. Theory of Gravity = Newton the autistic.
    Theory of Relativity = Einstein the autistic.
    Theory of Kambing = Alwi the autistic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr takdelah sampai ke situ pula.

      Maksud saya, being autistic walau pun cacat dari segi kemampuan sosial, tetapi ada kemampuan lebih dari average untuk memahami ilmu ilmu tertentu.

      anyway thanks for your continuing readership!

      Delete
  3. Haha. Sebenarnya saya dari tahun lepas lagi duk baca blog Prof ni. Tahu blog ni dari bro Isal. Cuma skrg baru nak mengomen. Maklum la masa mula-mula baca tu mmg satu apa pun tak tau pasal kambing. Tu yang tak berani nak komen tu. Saya yakin ramai lagi org macam saya ni. Baca blog ni senyap-senyap. Nanti la sampai masa mereka akan munculkan diri jugak tu. hehe

    ReplyDelete
  4. Kajian berkaitan Reflections mungkin?

    ReplyDelete