Tuesday, May 13, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : ROSLAN

Ex commando Tentera Udara. 

Tuan Roslan selepas pencen tentera, menetap di Cenderong Balai. Berbudi pada tanah. Menjadi pesawah sepenuh masa. Syabas diucapkan kepada Tuan Roslan kerana menjadi penyumbang sekuriti makanan negara dan umat Islam! 

Sambil sambil bercucuk tanam padi, Tuan Roslan bela kambing untuk aktiviti masa lapang. Kini usia operasinya mencecah 7 tahun. Oleh kerana kekangan kawasan dan masa, Tuan Roslan maintain bilangan kambingnya pada tahap 50 ekor (25 ibu).

Pada awal pembabitannya dalam industri kambing pedaging, dan sepertimana yang terjadi kepada kebanyakan rakan rakan pembiak kambing pedaging, Tuan Roslan pernah digalakkan untuk cuba membiakkan baka baka kambing pedaging dari zon cuaca yang berbeza. 

Dan seperti biasa, atau sepertimana yang terjadi kepada rakan rakan pembiak kambing pedaging yang lain, Tuan Roslan 'berperang' atau bergelut dengan isu kesihatan dan prestasi pembiakan rendah oleh baka baka asing ini (kena pula jenis yang baru cecah kaki kat tanah kita ini - direct import). Kita dah keluarkan input yang tinggi, malangnya output terlalu rendah. 

Akhirnya Tuan Roslan melupuskan hampir kesemua kambing kambing baka asing ini. Kini beliau bertukar menggunakan baka kacukan tempatan. Yang bergenetik tempatan. Yang terbit dari darah tempatan. 

Lebih produktif. 

... sebenarnya apa yang aku nampak, dalam usaha kita menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara - pembiakan mesti diberi keutamaan, dan penggunaan genetik tempatan memudahkan usaha usaha pembiakan. Bila usaha pembiakan mudah, lebih banyak peserta peserta mampu masuk ke dalam industri.

Dan darah pribumi kita, atau campuran dan terbitan darah pribumi kita, membolehkan konsep low input - high output digunakan. Tidak memerlukan modal yang sangat besar untuk bermula dan maintain operasi. Jadi ini meninggikan peluang kejayaan untuk para peserta baru industri. 

Bila para peserta dah mahir dengan sistem low input - high output, terpulanglah kepada mereka nak bergerak ke fasa medium input atau high input, dalam usaha mereka mengejar pulangan yang dikehendaki. 

Ye aku fikir, semua peserta baru industri sepatutnya didedahkan dengan sistem low input terlebih dahulu. Bila dah berpengalaman, bolehlah pilih mana mana sistem yang dikehendaki. 

Aku tidak menghalang mana mana peserta baru untuk buat trading, atau apa apa  sahaja usaha yang menjana pendapatan, tetapi bila sampai kepada usaha pembiakan pedaging bagi para peserta baru, yang jelas belum cukup pengalaman - genetik tempatan akan meninggikan kadar kejayaan usaha pembiakan kita sekalian. 

Choose wisely.

Ok. Balik kepada cerita Tuan Roslan. Gambar gambar sekitar ladang beliau.

Ladang kambing Tuan Roslan terletak di tengah tengah bendang. Mendamaikan..


Ada angsa, ada arnab, ada macam macam jenis ayam


Expansion! Syabas Tuan Roslan!


Napier yang dicincang. Potongannya sesuai untuk ruminan kecil seperti kambing. Macam...


ni! tak membazir, dan kesan maksimum kepada kecekapan perut rumen kambing

dalam kandang..


dimensi kandang. buat sendiri ajo kandang ni..


Pejantan. Medium size. Excellent! Saiz sederhana lebih pantas membiak.


Nipple drinker. Ada baldi yang menadah. Kalau dibiarkan tidak bertadah, lama lama reput kayu kandang akibat ditimpa air yang menitis dari nipple drinker. Macam yang terjadi kat kandang aku. 

Salam sejahtera Tuan Roslan! Petani dan penternak 'hardcore'. Jauh lebih tegar dari aku..

Jantan jantan yang sedang digemukkan

Woiii budak nakal! Yang masuk palung tu kenapa? 

Ayam selasih. Ada banyak juga ayam selasih dok merayau rayau kawasan kandang ni. Tuan Roslan beli sepasang jantan betina. Seekor $80. Kulit hitam, daging hitam, tulang hitam. darah pun hitam. Wow.. all black!


Tadi tu ayam selasih all black. Yang putih ni macam mana? All white ke?


Tuan Roslan menggunakan dedak campuran sendiri. Yang ni PKC yang dibeli direct dari kilang pemproses buah sawit. Pure pkc. $530 setan.


Pkc tadi dicampur dengan kulit gandum. Pada nisbah 2 pkc : 1 kulit gandum (wheat pollard)


Tuan Roslan adalah pesawah. Jadi ada banyak bekalan padi. Yang ni padi dia sendiri. Kadang kadang dicampur dalam rangsum kambing. Pehhh cepat gemuk kambing kalau hari hari makan padi ni. 


Pemandangan matahari terbenam, dan sawah yang terbentang luas, dari kandang Tuan Roslan..

Ok. Aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada Tuan Roslan dan isterinya yang melayan aku sekeluarga dengan baik. Siap buatkan minum petang lagi.

Terima kasih atas sumbangan Tuan Roslan kepada industri ternakan kambing negara! Terima kasih kerana membantu meningkatkan pengeluaran makanan (padi dan kambing) dalam negara! Terima kasih kerana sama sama berjuang untuk membebaskan kita semua dari kebergantungan!

Terima kasih semua pembiak petani penternak nelayan!

Jasamu dihargai!


4 comments:

  1. Hebat..terangsang lihat kegigihan petani cum pembiak nii!! Tahniah!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
  2. Uuuuuuuuuuuuuu! nyamannya tempat ni.Patut le kambing nya sihat2 je.Pagi petang hirup udara nyaman.Syabas Encik Roslan

    ReplyDelete
  3. wow Roslan the patriot agrofarm. post ni buat aku pk psl sumbangn ku kpd negara

    ReplyDelete
  4. MashaAllah, cantik pemandangan.....Cantik sudut yang Alwi ambik.........terima kasih Allah...

    ReplyDelete