Monday, May 12, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : RAMLI

Terlebih dahulu, ucapan terima kasih kepada semua pembaca blog. Pageviews blog ini telah melebihi 1,000 untuk sehari semalam. Dan ini membuatkan aku terfikir, kalau aku benar benar menggunakan pelan pemasaran internet yang tersusun - setakat mana kesannya? 

Selama ini 'commercial interest' tak pernah terlintas dalam fikiran aku semenjak menulis blog. Yaa.. aku menulis blog bukan untuk mencari keuntungan. Cuma untuk menulis apa yang bermain main menari nari dalam fikiran aku. Kalau tuan puan pembaca perasan dari post pertama sampailah sekarang - memang takde satu post pun yang nak 'menjual'. 

Dari segi pemasaran perniagaan, memang aku... dumb idiot. Tapi dalam masa yang sama, aku tahu ada golongan pembaca yang tidak berminat dengan tema 'jual menjual', sebaliknya lebih berminat dengan apa yang kita tulis. 

Dan aku tahu, sekiranya aku 'cross the barrier', aku akan mendapat lebih ramai pembaca dan pelanggan berpotensi, tetapi.. aku akan kehilangan golongan pembaca 'hardcore' ini. Dan aku percaya  golongan pembaca tegar ini telah memberikan sokongan padu kepada blog ini, baik secara terang mahupun diam. 

Apapun terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca. Thanks!
____________________________

Selepas pergi ladang bebiri di Temoh, aku pergi ke taman mainan. Main main dengan anak pompuan aku yang dua orang tu. Nasib baik redup, dan dah ada budak budak lain main kat situ. Biasanya time macam tu, tengah panas berbahang. Dan bila anak anak dah puas main, aku bergerak ke sebuah ladang kambing lain. 

Ladang kambing Tuan Ramli the Contractor di Cenderong Balai. 

Baik. Tuan Ramli sebenarnya dah biasa dengan kambing. Ayahnya ialah penternak kambing. Dan Tuan Ramli sendiri dulunya mengikut jejak langkah ayahnya menternak kambing. Pernah mencecah lebih 200 ekor kambing suatu masa dulu. Tapi bila Felcra tanam semula, terpaksalah Tuan Ramli tutup kandang dulu. Lepas 3 tahun, bila sawit dah besar sikit, dia buat kandang baru. Bekalan kambing induknya, atau kambing betinanya - dia dapatkan dari ladang aku. Tak silap aku, akhir tahun sudah. 

Ok. Tuan Ramli penternak kambing berpengalaman. Bertahun tahun. Lebih dari aku. Dah bereksperimen dengan macam macam baka kambing untuk dibiakkan sebagai pedaging sebelum ini. 

Kesimpulannya mudah - beliau sependapat dengan aku. Dalam usaha membiakkan kambing pedaging, genetik tempatan atau derivatif tempatan adalah cara yang paling tinggi kadar kejayaan. Low input - high output. No nonsense. 

It represents the highest chance of success to any would be meat goat breeders. 

Terpulanglah kepada tuan puan pembaca untuk menilai. Ok. Gambar gambar di ladangnya. 


Kandang baru Tuan Ramli. 30 kaki x 40 kaki. Lebih kurang. Yang kiri nampak rendah sikit - baru aje siap. Tukang sendiri. Belum guna lagi. Yang digunakan belah kanan yang tinggi tu. 


Tuan Ramli the Contractor. Kontraktor apa aku tak tahu. Yang aku tahu, dia kontraktor. Dan jenis kontraktor memang minat bela kambing. Dulu kini dan selamanya.. yeah..


Tinggi kandangnya.. rasa rasa aku 8 kaki dari tanah ni. Khali the Giant Wrestler boleh senang senang muat masuk bawah ni..


Cantik kambingnya! Dah mula beranak pinak. Hampir semua induk adalah dari ladang aku. Sistem yang digunapakai ialah gembala. Sama seperti yang aku buat dan sarankan. 


Pejantan primer - dari ladang aku. 


Pejantan sekunder - pun dari ladang aku.


Betina betina dari ladang aku. Tuan Ramli beli dara dara. Dan kini semuanya telah pun beranak pinak. Produktif!


Tiada dedak digunakan. Tiada cut and carry. Gembala 100%. Aku sayang si kelabu. Dan kambing yang kecik sikit kat depan tu adalah anak pertamanya. 


Hello! Remember me?


Plenty of space here..


... and more space. Laju juga program expansion Tuan Ramli kita ni. 


Induk dari ladang aku. Ada tag kuning kat telinga kanan tu.


Anak jantan umur 5 bulan. Takde makan pelet ni. Maknya dari ladang aku. 


Paling kanan ialah Ryan. Anak kepada Tuan Ramli. Super gembala dia ni. Dialah yang hari hari gembalakan kambing ayahnya. Umur 18 tahun. Baru habis sekolah. Dah tak minat belajar. Tapi minat sangat bela kambing, dan minat sangat menjadi pengembala. 

Kepada Ryan - tahniah atas kerja keras anda! Kambing semuanya superb condition. Terima kasih kerana menjadi anak muda yang menyahut cabaran menjadi golongan penternak petani nelayan!


Ryan banyak kawan. Penuh ladang dengan kawan kawan dia ni masa aku datang. Terima kasih ye melayan.... pakcik (noooooooooooooo!!!!).... NO NO NO.... abang datang.. yeah!

Ok. Terima kasih banyak banyak kepada Tuan Ramli yang membenarkan aku melawat ladangnya. Terima kasih kerana membeli induk dan baka kambing dari ladang aku. 

Dan kepada semua rakan rakan penternak dan pembiak kambing yang telah membeli kambing dari ladang aku - aku ucapkan terima kasih setinggi tingginya. (Aku telah bekalkan lebih 300 ekor kambing betina untuk dijadikan induk keluaran ladang aku sendiri kepada pasaran seluruh Semenanjung, dan tolong ingat! kambing kambing aku tak dinyahcacing - jadi sebaik baiknya buatlah program nyahcacing untuk mereka).

Bersama sama kita menggalas cabaran meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara! Bersama sama kita membebaskan diri dari kebergantungan! Bersama sama kita percaya akan kemampuan darah yang mengalir dalam tubuh kita sendiri!

Into freedom!!

3 comments:

  1. Dah mcm cawangan alwi goat farm ni

    ReplyDelete
  2. Protege Alwi Goat Farm yang berjaya.

    ReplyDelete
  3. Kalu ade umur nok juga baka Alwi punyer.Pan Asian punye potongan.Dah jadi Malaysia,dah biasa ngan persekitaran dan cuaca kita.Tahniah!.Semuga kita tidak lagi mendewa-dewa baka impot.Saiz bukan ukuran tapi produk mesti tinggi.PILIHLAH BUATAN MALAYSIA!

    ReplyDelete