Thursday, May 15, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : RDS

Pembiak boer, kacukan boer, dan kacukan tempatan. Heyhoo!!

Tuan punya RDS Farm namanya Rizal Affendy. Sebaya aku. Baru dapat master dalam property development tahun sudah. Kerja ngan Sime Darby. Sales Manager. Untuk tiga townships. Cemara Hills, Planter's Heaven, dan Nilai Impian. Rizal ada  tiga sales team bawah dia. Sapa sapa ada minat nak beli property dalam tiga township tersebut, boleh contact bro Rizal.

Biasanya manager ni tahap stress dia tinggi. Orang bawah bising, orang atas pun bising. Bingit kiri kanan telinga. Jadi untuk mengurangkan stress, Rizal buat ladang kambing dalam dusun buah di Kampung Gajah. 50km dari ladang aku. 

Apa yang aku nampak, aktiviti perkambingan bro Rizal lebih kepada .... destressor. Ya, untuk release tension. Seronok seronok rilek rilek. Part time. Oh! Rizal ambik pakcik makcik dia bekerja dengan dia jaga ladang kambing dan dusun. Dan aku nampak yang pakcik makcik dia, memang sangat penyayang dan mengambil berat kebajikan kambing kambing di bawah jagaan mereka. Syabas!

Bro Rizal dah lama bela kambing. Semenjak 2008. Dah berapa lama tu? 6 tahun. Tahniah! Dah kira senior. Susah aa nak kelentong kelentong pasal kambing ngan dia hahaha. Anyway, Rizal maintain bilangan kambing pada 100 ekor. Lebih 100 dia akan jual untuk padankan dengan kapasiti kandang. 

Rizal menggunapakai sistem intensif (makan tanggung). Tapi kadang kadang kambing turun juga ke tanah untuk tegangkan urat urat. Pagi dedak, tengahari napier, petang daun sawit. Tu dia kaw kaw punya makan. Aku cakap dah, pakcik makcik dia memang 'komited' dengan kambing. 

Hmm... Rizal ada cerita kat aku, baru baru ni, kambing kambing dia mengalami kematian dan keguguran yang signifikan. Puncanya? Silaj batang jagung yang rosak. Yang berulat.

Dia beli silaj batang jagung. Saja saja nak test. $300 per tan.  Siap hantar ke ladang. Silaj silaj ini dipek direct dalam karung plastik 25kg. Biasanya silaj dibuat dalam tong. Dalam masa dua tiga minggu  disimpan di ladang, nampaknya silaj karung plastik ni 'degrade' dengan ketara dan pantas. Berulat. Tikus. 

Pakcik makcik dia bersihkan apa yang kotor, jemur jemur, dan bagi pada kambing. Bukan 100% silaj ye dalam sehari. Masih ada daun sawit dan napier segar. Seminggu kemudian, kambing mula buat hal. Macam macam sakit datang menerjah. Cirit birit, keguguran, dan kematian. Pehh saspen dibuatnya bagi penjaga dan pemilik kambing. 

Jadi buat masa ini, program makanan kambing balik ke asal. Foraj segar, dan dedak. 

Pandangan aku, sebetulnya aku dah banyak dengar 'horror stories' pasal silaj. TETAPI, aku masih percaya silaj adalah alternatif makanan yang baik untuk ruminan sekiranya kita cermat dalam pembuatan silaj, dan kita cermat dalam penyimpanan silaj, dan kita cermat dalam pemberian silaj. Proper making, proper storing, and proper giving. 

Ok. Gambar gambar sekitar RDS Farm. Rizal takde, kat KL. 


Salam sejahtera RDS Farm! Kome main terjah ajo. Jangan marah yeop!



Pandangan kandang dari pintu utama. Bentuk L. Bentuk atap sama dengan aku. Pengudaraan yang baik, dan mudah (juga murah) untuk dibina. Kandang celah celah pokok pokok buah yang tinggi. Redup. Tak panas. Banyak tupai masuk kandang tak ni?



Huiii.. ada jambatan penghubung antara dua kandang. 



Kandang ni kukuh binaannya. Tiang konkrit, dan gelegar utama kayu 2x5. Jadi bila dipijak tak bergoyang atau rasa melendut. Kalau kita guna kayu 2x4 sebagai gelegar utama, sepertimana aku pernah buat - kandang tak cukup kuat untuk menampung bilangan kambing yang banyak. Dinasihatkan guna kayu bersaiz 2x5 dan ke atas untuk gelegar utama. 



Rumah pekerja. Electrified. Ladang aku takde letrik! Huhu...



Ada garam jilat.. wait a minute! Aku rasa macam nampak bentuk kipas dalam kandang tu? Canggih manggih... kandang berkipas weh!



Boer betina tu namanya Adik. Dibesarkan dengan botol susu. Dimanjakan sehingga tidur sekali dalam rumah pekerja. Bila dah besar, terpaksa dipisahkan. Tapi tak boleh ngam dengan kambing lain. Melekat dengan tuannya. Jadi Adik ni duduk dalam petak berasingan dengan kambing kambing lain. Mari tengok bukti kemanjaannya..



Pintu rumah habis diketuk ketuk dipanjat panjatnya! Bercalar calar! Nak masuk sangat dalam rumah! Sayang betul si Adik dengan tuannya..



Adik ni pandai posing. Bangku tu dulu sebenarnya bangku pelawat. Aku datang RDS dulu dulu, sinilah aku melepak dengan Rizal, sambil makan buah. Sekarang Adik dah conquer petak pelawat..



Selebriti!!! Aku dikepung kambing yang semuanya meluru keluar nak mintak autograph aku.. Haaa sebenarnya diorang mesti pikir aku bawak makan. Sori yeop! Aku bawak kamera aje. Korang yang jadi selebriti, bukannya aku. 


Pejantan primer RDS Farm, yang bakal digantikan dengan..



Mr Boer Telinga Bintik. Kelahiran sini. 


Majoriti kambing adalah boer, dan kacukan boer. Tapi ada juga kambing kacukan tempatan. RDS Farm ada beli dua ekor induk atau kambing betina dengan aku. Dara masa dia beli tu. Lama dulu dah. Aku pun tak ingat bila. La ni dah beranak pinak. Pantas. Banyak dah keturunannya.

Menurut Rizal, induk yang dia beli dari aku dulu adalah produktif. Sangat produktif. Alhamdulillah. Kepantasannya membiak adalah 'twice as productive' berbanding boer. More than twice...

Terima kasih kepada Rizal di atas kejujuran kenyataannya. A very frank,  a very bold, and a very... powerful...  statement. 

Ya tuan puan penternak dan pembiak. Genetik tempatan terbukti memiliki potensi pembiakan yang tinggi dan ampuh. Mampu memberi sumbangan sangat besar dalam menyahut cabaran meningkatkan tahap sara diri kambing dalam negara. 'Sayangnya' dasar kita masih memandang tinggi akan genetik luar...  'sayang' seribu kali 'sayang'...



Hai! Cantiknya kambing kacukan ni! Berkilat kilat berminyak minyak bulunya! Sapa nama nih?



yang sana tu petak beranak kot?





Sebenarnya hari yang aku datang ni, bekalan dedak habis. Kambing kambing ni baru dapat makan napier aje belah tengahari. Semuanya tengah tertunggu tunggu supply daun sawit belah petang. 




Yeehaa! Here comes the sawit babehh! Penuh satu van. Masa aku nak balik, baru muncul pakcik saad dan daun sawitnya..



Hehehe... overloading dah ni. Gasak aje lah.. peduli apa..

Ok. Itu saja. Aku nak ucapkan terima kasih kepada bro Rizal yang masih aktif membiakkan kambing walaupun secara part time atau suka suka. Terima kasih juga kerana membeli kambing aku dulu dulu. Terima kasih juga kerana  bersama sama berusaha dalam meningkatkan penngeluaran kambing dalam negara. Terima kasih kerana sama sama berjuang membebaskan diri dari kebergantungan kepada orang luar.

Terima kasih kerana turut membangunkan darah tempatan.

Syabas Rizal! Syabas RDS Farm!

Jumpa lagi!










6 comments:

  1. Replies
    1. Sama sama kita semua berusaha membangunkan genetik tempatan!

      Delete
  2. 5/3/2013,ambo beli kambing kampong betina 2ekor,16/5/2014 dah beranak 7ekor,dan sekor lagi dok tunggu nak beranak.Mungkin 1 bulan lagi beranak le.Kalu beranak 2,dah jadi 9.Ngan 2 induk selama 1tahun 3bulan dah dapat 9ekor .Fuuuuuh,HEBAT NYE DARAH KITE!.Itu lah kaji selidek ambo hoktok sekolah tinggi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantasnye tok ba! mesti kuat percentage darah kacang.. apa pun tahniah tok ba atas kepantasan pembiakan kambing tok ba!

      Delete
  3. Pandangan saya berdasarkan pemerhatian..

    Exercise kena cukup..kena lebih actually..jadi kambing kena selalu lepaskan..

    Foraj adalah satu kemestian..paling baik adalah free choice grazing. .mereka tahu apa yang mereka mahu dan perlu.

    Berkenaan parasit..saya bersetuju..sebab di kawasan saya concentration parasit agak tinggi..pada kidding ke 3..induk dah mula melahirkan kembar 3..paling mengkagumkan..induk bersaiz kecil..dengan kelahiran kali pertama dan kedua hanya 1 ekor dan 1 ekor..kini telah melahirkan kembar 3 secara tiba-tiba. Mungkin ada kaitan.

    ReplyDelete