Wednesday, May 14, 2014

MELAWAT TERJAH RAKAN PEMBIAK : CIKGU KAMA

Kekuatan genetik tempatan. Kekuatan darah pribumi. 

Cikgu Kama baru mula ternak kambing bulan 4 tahun sudah. Di Ayer Kuning. Dan Cikgu Kama baru je pencen. Sekarang umurnya 59 tahun. Ada masa untuk berladang dan berkambing. Usia operasi ternak kambing Cikgu Kama kini sudah setahun sebulan.

Mula mula Cikgu Kama bukak kandang kambing kat kebun dia, dan 'parking' 20 ekor. Malangnya, sebulan kemudian kena kebas 6 ekor yang cantik cantik. Rugi $4,000. Kemudian Cikgu Kama cepat cepat buat kandang sebelah rumah, dan semua kambing dipindahkan ke situ.

Ada lebih kurang 60 ekor kambing pelbagai jenis. Majoriti ialah kacukan tempatan. Ada baka asing sikit. Ada baka eksotik kacukan sikit. 

Walaupun baru setahun biakkan kambing, banyak juga kambing yang dijual. Dan aku seronok melihat banyak anak anak kambing dalam kandang Cikgu Kama. Syabas Cikgu Kama!

Sistem yang digunakan ialah intensif. Berkurung. Makan tanggung. 

Gambar gambar di ladang kambingnya. (Cikgu Kama takde masa aku terjah, yang ada anaknya, Parin). 


Side view. Memang tak nampak apa yang ada dalam kandang.


Anak Cikgu Kama. Parin. 28 tahun. Bujang. Sebelum ni kerja dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Perak. Kini bersama sama bersatu tenaga dengan ayahnya dalam menternak, dan membiakkan kambing. Dan berkebun..


Dimensi kandang kambingnya. Ada baaanyaaakkkkk bilik bilik atau petak petak. Seekor kambing sepetak. Macam bilik hotel lah pula..


Hello lady boer! Ada 4-5 ekor baka zon panas kering ini. Pertumbuhan berat badan yang baik dan pantas, tetapi kadar pembiakan yang perlahan. Mana mana penternak yang kurang bersedia atau belum cukup pengalaman, boleh frust tertonggeng dibuatnya. Lebih baik bersedia dan faham betul betul sebelum buat keputusan. Kalau dah berpengalaman lama dalam membiakkan kambing, takpe silakan. 


Kacukan jamna. Genetik tropika. Dikacukkan dengan darah tempatan. Doing well here..


Kacukan kampung. Kuat darah pribumi. Saiz sederhana. Tiga sekali beranak! 


Kacukan kampung. Sesungguhnya banyak betina kacukan kampung di sini beranak kembar. Ada lagi kambing kambing yang beranak, tapi aku lupa nak ambik gambar.

Dan kita kena ingat, Cikgu Kama baru membiak, dan.... menggunapakai sistem intensif (berkurung), yang dianggap mengurangkan potensi pembiakan kambing. Tetapi itulah kehebatan darah tempatan yang kerap kali dipandang enteng.

Saksikan kekuatan genetik tempatan! Saksikan kehebatan darah pribumi! Saksikan kemampuan darah yang mengalir dalam tubuh kita semua!


Pejantan primer. Kacukan jamna + boer + kampung. Yeahh!! Kacukkan aje. Senang cerita untuk pedaging. Go for local cross!


Anak anak jantan yang dah cerai susu dan sedang digemukkan.


Lagi anak anak jantan yang digemukkan


Rangsum makanan : Napier cincang + kulit gandum + soyahull + pke.

Aku fikir kulit gandum adalah satu bahan makanan yang baik untuk mana mana operasi pembiakan sistem intensif. Ini kerana kulit gandum kaya dengan vitamin E, dan vitamin E sangat penting dalam menjaga fungsi pembiakan. 

Vitamin E dalam kulit gandum lebih terpelihara (tidak rosak akibat pemprosesan suhu tinggi) berbanding vitamin E dalam pkc/pke (alpha tocopherol dan alpha tocotrienol - yang mudah jadi 'rancid' akibat pemprosesan suhu tinggi). 

Yaa... bagi aku vitamin E penting untuk 'kejantanan' dan 'kebetinaan'. Bagi mana mana operasi pembiakan yang jenis semi intensif - mungkin tak perlu suplemen vitamin E. Tapi kalau nak bagi, suka hatilah, mana tahu tiba tiba melonjak tinggi kadar pembiakan.



Saiz cincangan napier. Agak halus. Not recommended for long term use. 


Aku terpikir pikir apa benda dalam tong hitam ni. Rupa rupanya..


Taik kambing! Yang ada bawah kandang tu semuanya dikaut, dicampur EM, dan diperam. Aku nampak ada banyak ulat ulat berkeliaran dalam 'campuran' ini. Untuk dibuat baja. Ada pun keberkesanannya - belum diketahui. Baru buat. Baru digunakan dua tiga bulan. 

Tapi aku rasa  eloklah kot. 


Dah bertong tong tahi kambing 'EMised' dibuat..


Jenama EM yang digunakan.


Mesin cincang rumput. $2400. 


Antara dedak yang digunakan untuk kambing kambing.


Yeahh!! This kancil is one tough little guy. A real workhorse!

Baik. Syabas diucapkan kepada Cikgu Kama dan anaknya Parin! Walau pun baru menternak dan membiak, tetapi aku nampak usaha ternak yang berpotensi. Semoga usaha tuan anak beranak diberkati Tuhan dan semakin berjaya!

Terima kasih kerana benar benar menggalas cabaran meningkatkan pengeluaran kambing dalam negara!

Terima kasih kerana menjadi penternak dan pembiak!

Salam hormat!




14 comments:

  1. Bro, bila masa engkau buat semua terjah nii?? Good exposure...perangsang kuat kepada penternak dan pembiak genetik lokal!! Syabas!! (Es Emdi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama tak terjah ladang rakan2. sekali buat terjah, meleret leret jadinya hahaha

      Delete
  2. Tuan alwi...bebiri betina xmngawan wlau umur dh setahun lebih...boleh ke bg vitamin e utk tingkatkan kesuburan?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ilmu yg diberi...terjah2 lagi, cerita2 lagi, kami yg dahaga ilmu sentiasa megikuti (baca)

    ReplyDelete
  4. Jangan terjah kat ambo dah lee,maluuuuu!.Info yang cukup meransangkan.Harap2 gomen buka mata,jangan dok kena tipu kat importer je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata ECH, bukan bilangan jadi ukuran, tetapi usaha membiak!

      Delete
  5. Saya perasan kalau pelawat atau sapa2 yg featured dlm blog ini pasti akan ada status kawen nya..bujang..baru kahwin..dah lama kahwin..nak kawen lagi..heheh..mcm ejen pencari jodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buahaha... saja saja cari 'share' buat 'masjid'. Mana tahu, kalau ada yang jadi, banyak pahala weh!

      Delete
  6. out of topic..the cost of urbanization..sad but true : http://www.ianwelsh.net/the-disposable-economy/

    ReplyDelete
  7. perghh..skali mlwat smpai 6kndang sehari..larat ka alwi weh.stamina kambing tul lah ni.hehe..seronok gak baca siri lawatan ni,byak yg boleh dipelajari dari kwn2 pntrnak lain..keep it up bro..:-)

    ReplyDelete