Friday, April 11, 2014

PELAWAT JUMAAT SEMALAM

Ada dua. Satu pelawat terjah. Satu lagi separa terjah buahaha.

Baik. Yang terjah ni adalah kawan lama aku dari Bandar Baru Bangi. Jiran. Namanya Asharuddin. MCKK old boy. Datang sebaik selesai solat Jumaat. Kali ketiga melawat ladang aku.

Orangnya memang jenis rendah diri. Pasalnya bila aku tanya sekarang jadi apa dalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dia tak nak jawab. Tapi aku rasakan dia very senior official dalam Suruhanjaya, berdasarkan dia datang dengan driver yang pakai baju rasmi, dan naik kereta mewah versi terkini, dan dia dah pun berpindah ke kawasan perumahan yang 'plush' dalam Bandar Baru Bangi.

Well, good luck to him. Anyway, tuan Asharuddin adalah peminat kambing muda. Dan dia sendiri boleh sembelih, lapah, dan cincang kambing. Lebih handal daripada aku bab bab ni.

Dan dia juga 'religious' orangnya. Semua anak anaknya dihantar bersekolah ke sekolah agama. Baik sekolah rendah (sekolah agama Al Amin), mahu pun sekolah menengah (private religious school).

Aku juga berharap suatu hari nanti aku berkemampuan hantar anak anak aku ke sekolah agama, pasalnya aku pening tengok budak budak sekolah menengah sekarang. Dan aku rasa bukan aku seorang, tapi banyak rakyat yang jenis 'concern' memang risau dengan perkembangan sistem pendidikan kat Malaysia sekarang ni, betul tak?

Aku sempat ambik gambar dia dengan kambing.


___________________________________

Pelawat kedua ialah bro Hariz dari Setiu, Terengganu. Lembah Kaprima Hulu Seladang, to be exact. Kali kedua datang. Dulu datang dengan ayahnya. Kali ini dengan bininya dan anaknya yang umur 7 bulan. Babies! Jarang jarang ladang aku terima kehadiran bayi. Boleh kira dengan jari berapa kali bayi bayi datang melawat setiap tahun.



Hariz sekarang ada dekat 500 ekor kambing, dan biasa berhubung dengan aku. Hariz ada banyak maklumat 'fascinating' pasal kambing kambing dia, dan aku berharap dapat terus mendengar ceritanya, tapi masa yang suntuk menghalang pertukaran cerita.

Aku nak kongsi satu benda yang bagus dengan tuan puan penternak berdasarkan apa yang Hariz kongsikan dengan aku.

Sebenarnya, Hariz melalui cabaran lebih besar lebih getir dalam membiakkan kambingnya berbanding aku. Dari segi financing takde masalah (aku yang masalah hahaha), tapi dari segi magnitud masalah kesihatan dan pembiakan kambing - it's huge, much larger much complex than me. Tetapi seperti biasa, masalah akan cepat mendewasakan kita dan meningkatkan kemahiran pembiakan kita. Lagi besar masalah lagi mahir kita dibuatnya.

Buat masa ini, aku fikir Hariz sudah masuk fasa stabiliti dalam operasi pembiakan kambingnya. Dan aku doakan yang terbaik buat operasinya.

Ok ok ok point tak cerita lagi. Ni dia. Hariz sekarang guna dolomite untuk kambing kambingnya. Dan berita baiknya - kes mastitis atau bengkak ambing menyusut dengan drastik. Cuma seekor kambing je yang terkena mastitis semenjak program suplemen dolomite digunakan.

Mmmmm... neat right?

Aku rasa maklumat ni sangat berguna untuk semua para sahabat pembiak dan penternak kambing, kena pula jenis yang fokus susu. Dan sebarang pertanyaan pasal dolomite, hendaklah diajukan kepada bro Hariz. Jangan tanya aku plak, aku takde experience guna dolomite. Karang menyeleweng jawapan yang aku bagi. Habih tersesat semua orang.

Hariz juga gunakan mineral kalsium secara free choice, atau adlibitum untuk semua kambing kambingnya. Untuk atasi masalah ketidakseimbangan mineral pada pasturanya. Yep, bukan semua tanah sesuai untuk pembiakan jangka panjang. Ini memang cabaran besar bagi bro Hariz.

Banyak lagi bro Hariz bertukar maklumat dengan aku. Very insightful.

Dan aku dapat rasakan, dengan 'unique set of challenges' yang dihadapi Hariz, akan memberi peluang kepada Hariz menjadi 'master breeder' suatu hari nanti. Good luck!

*Aku dapat rasakan kesegaran dalam industri dengan semakin ramai kemunculan breeder breeder muda yang berpaksikan pada pemburuan ilmu, berbeza dengan apa yang aku rasakan pada awal awal aku menceburkan diri dalam bidang ini.

Harapnya momentum kesegaran ini akan berterusan dan menjadi semakin besar.

Youth IS the future.

Salam!




No comments:

Post a Comment