Saturday, April 12, 2014

KOMEN HARIZ NORDIN BERKENAAN MINERAL INTAKE KAMBING

Edited comment bro Hariz dari Setiu. Full comment boleh check di facebook pada post Pelawat Jumaat Semalam.

"salam prof, thanks sbb terima kunjungan separa terjah..hahaha....ni pn baru sampai ganu drp KL...

tak sangka plk blh highlight psl dolomite & calcium tu, kaedah mineral ad lib bukan cara baru, dh lama dh diperkenalkan oleh Pat Coleby.. cuma kalau tanya saya, rasa nyer blm sampai tahap nk bg testimoni kut, sbb baru je guna kaedah ni selama 9 bln..

tak tau secara kebetulan atau mmg berkesan, mastitis mmg selalu je ada kt saya ni dulu, abis cara dh cuba mcm mana nk elak, ttp kena juga, ada juga beberapa ekor sblm ni yg baru je beranak sehari dua dh kena milk fever...

tp lepas bg kaedah ni.. dlm 9 bln baru je sekor yg kena mastitis... kalau bg dedak yg tggi phosphorus mcm rice bran, kita dpt tgk lg byk dia jilat calcium carbonate ni utk balance kan ratio calcium:phosphorus, tp kalau pakai sistem gembala,sikit je yg dia consume..

kambing ni sebenarnya tau apa benda yg badan yg dia perlukan...kalau ikut sistem pat coleby, mineral yg patut bg ad lib copper sulfate, dolomite, calcium carbonate, sulfur, garam kasar, seaweed (mahal sgt, plg murah rm7/kg,dan kambing suka makan mcm mkn pallet,jd saya ganti dgn nutrisacc drp KMvet sbb ada yeast)...

apa2 pun..sistem ni masih didalam percubaan,sbb kata pat coleby kambing makan masa plg cepat 6 bln - setahun utk kambing stabil dgn kaedah ini..

**..alhamdulillah skang dh bertambah lasak skit dan lebih produktif lps pakai sistem gembala...cuma setiap 3 bln kena cek kelopak mata utk deworm induk yg anemia..induk aje, pejantan dikecualikan...

ohh,utk harga dolomite dgn calcium carbonate aritu saya silap... dolomite rm12/50kg dan calcium carbonate(limestone) rm6/50 kg.. beli direct drp pengilang di simpang pulai... kalau beli kt kedai calcium carbonate lbh kurang rm2/kg..mahal !!
___________________________________

Terima kasih kepada Hariz di atas komen yang sangat informatif, dan mencelikkan mata.

Intensive mineral supplement.

Aku rate program sebegini sebagai 'something with low input, but have large magnitude on output' terutamanya kepada program pembiakan kambing pedaging yang menggunakan sistem gembala.

Berbaloi untuk dicuba. Worth a shot.

Secara teknikalnya, aku tidak menggunakan sebarang jenis mineral supplement seperti yang disenaraikan di atas. Aku cuma guna garam KNZ yang ada sedikit copper @ kuprum @ tembaga, dan ada unsur unsur surih yang asas @ mikromineral.

Tapi buat masa ini, aku sedang cuba garam jilat dari Thailand yang ada unsur kalsium dalam kuantiti yang lebih besar berbanding KNZ. Unsur lain lain sama.

Kambing tak berapa suka garam jilat Thailand, sebabnya penambahan kalsium mentawarkan kemasinan garam jilat, jadi garam jilat Thailand ni memang ambik masa nak dihabiskan. Kambing jadi slow jilat garam. Very slow.

Tetapi, ada 'noticeable overall improvement' dari segi kesihatan kambing. Ini kerana aku guna suplemen dedak untuk kambing yang beranak dua dan ke atas, dan aku tahu, kambing yang makan dedak apalagi jangkamasa lebih 3 bulan - akan ada isu nisbah kalsium kacau bilau dalam darah. Jadi garam jilat Thailand yang ada kalsium ni, walau pun tak sedap, membantu kesihatan kambing kambing aku.

Kambing yang 100% makan meragut sepatutnya tiada isu nisbah kalsium kacau bilau TETAPI selalu sangat wujud isu kekurangan tenaga apalagi bagi baka baka bukan tempatan atau terbitan tempatan.

Dan kekurangan tenaga ini biasanya disebabkan oleh serangan parasit dalaman yang serius.


BERSAMBUNG... 

1 comment:

  1. Saya pernah dan masih gunakan dolomite dalam nak menggemukkan lembu. Direct benefit of course lah ADG yg makin mantap. I can testify that lembu makin berat.daging makin pejal. Indirect effect, tinja lembu jadi lagi bila proses jadi baja.

    Kambing saya juga ada access kepada dolomite. Free feed. Ad lib. Setakat ni ada juga masalah mastitis. Tapi tu sebab saya yang kurang prihatin. Pemalas. Kalau kejadian mastitis out of blue. Memang tak ada.

    ReplyDelete