Tuesday, April 22, 2014

MEMBUNUH 80,000 EKOR KAMBING

Pulau Galapagos. Tropik. Jauh di barat benua Amerika Selatan.

Terasing jauh daripada lain lain tamadun, Pulau Galapagos memiliki flora dan fauna sangat unik dan tidak boleh dijumpai di tempat lain. Masalah bermula bila lanun dan kelasi kapal dagang mula singgah pada 1700 dan meninggalkan kambing dan babi dengan tujuan ianya membiak dan boleh dijadikan sumber makanan bilamana mereka singgah pada kemudian hari.

Mulanya kambing lambat membiak di Pulau Galapagos. Tetapi bermula 1990an, fenomena ElNino membawa perubahan kepada corak tumbuhan (vegetation pattern). Dan perubahan corak tumbuhan ini membawa kepada ledakan populasi kambing.

Meledak seledak ledaknya.

Daripada hanya ratusan ekor, menjadi puluhan ribu dalam masa yang singkat. Ekosistem Galapagos ranap. Hutan jadi padang rumput. Pelbagai spesis unik Galapagos di ambang kepupusan.

Maka kerajaan Galapagos mengambil tindakan drastik untuk membunuh setiap ekor kambing feral ini. Semuanya. Bermula 2006. Dan berakhir 2012. Jumlah belanja yang dikeluarkan untuk program pembunuhan besar besaran ini ialah sekitar 6 juta dollar.

Ada 3 langkah digunakan. Yang pertama melatih para pribumi Galapagos untuk menjadi pemburu. Ground hunting. Hampir 54,000 ekor kambing dibunuh. Langkah kedua ialah menggunakan serangan udara dengan mengupah pemburu mahir dari New Zealand. Dan langkah ketiga ialah menggunakan kambing betina Judas (pembelot) - hormon dilumurkan pada kambing betina yang dijadikan umpan, dan kambing jantan yang tertarik masuk ke perangkap ini akan dibunuh.

Sistematik. Efektif. Semua kambing liar dibunuh. Hampir 80,000 ekor.
____________________________

Yang aku nampak, pertamanya, corak tumbuhan yang ada dalam sesuatu kawasan sangat sangat mempengaruhi keupayaan pembiakan kambing. Bilamana kambing dapat makan benda yang betul, dan dalam kuantiti yang betul, maka kadar pembiakan kambing akan menjadi 'phenomenal'.

Kawasan yang sama, luas yang sama, cuma tumbuhan aje yang berbeza. Dan bilamana kambing ada capaian kepada kuantiti dedaun yang lebih banyak sepertimana yang terjadi di Galapagos - memang meletup letup jadinya bilangan kambing.

(Ada tak mana mana pasukan saintis yang mengkaji corak tumbuhan yang wujud sebelum dan selepas ElNino di Galapagos? Aku sangat berminat nak tahu jenis jenis tumbuhan yang wujud ketika itu).

Dan apa yang aku nampak, keduanya, ialah... bunuh? Bunuh semata mata?

Takde ke jual ke mana mana negara yang hauskan bekalan kambing? Ruginya kerajaan Galapagos tak contact importer importer kambing kat Malaysia ni. Kalau puak puak ni tahu, sekejap aje lesap karkas kambing liar yang menimbun nimbun tu.

Well, maybe next time.

Salam!

(Kambing Galapagos sepesen kambing kacang kita).







No comments:

Post a Comment