Thursday, February 27, 2014

DUIT ORANG

Masa aku belajar kewangan kat U dulu, aku telah didoktrinkan dengan amalan pembiayaan menggunakan wang orang lain. Prof kewangan kata adalah baik sekiranya sumber pembiayaan modal bisnes kita datangnya daripada duit orang lain. Tak kisahlah samada dalam bentuk ekuiti (saham), atau hutang (pinjaman, bon, dan yang sewaktu dengannya).

Sampai sekarang aku tak tahu reasoning atau logik atau alasan sebenar amalan sebegitu, tetapi begitulah amalan dunia korporat. Lagipun bunyi macam baik je doktrin tu. Macam masuk akal. So agaknya oklah tu.

Kemudian, prof kewangan kata elok mana mana bisnes ada hutang. Ada 'debt gearing' yang sesuai nisbahnya. Tak elok kalau semua punca pembiayaan datang daripada ekuiti atau saham aje. Katanya memang nampak syok kalau punca pembiayaan tak payah bayar balik, macam saham, tapi katanya pembiayaan sebegini tidak optimal. Elok ada hutang juga.

Aku pun tak tahu logiknya, tapi bunyi macam baik aje. Dan aku pikir semua syarikat korporat memang struktur modalnya macam itu. Sebahagian saham, sebahagian hutang.

Ada juga kenalan perniagaan yang mencadangkan sumber pembiayaan sebegitu. Tapi ada juga yang kata jangan buat pinjaman, guna modal sendiri ajo. Well,bagi aku, kalau nak cepat expansion, kena guna duit orang lain. Kalau nak slow and steady, takpelah tunggu modal sendiri terkumpul.

Sebenarnya, aku bukan business minded. Aku takde minda usahawan. Aku pening bab kewangan. Pinar kepala tengok nombor nombor kunci kira kira dan penyata untung rugi dan anggaran aliran tunai.

Aku bukan usahawan ternak. Aku pembiak. Ya aku kena akui menatang ni walaupun ini menampakkan kebodohan atau kekurangmampuan aku.

Aku tahu membiak. Aku tak tahu meniaga. So jangan tanya aku bab bab keusahawanan atau jangan jemput aku suruh bagi ceramah keusahawanan. I am the wrong person. Karang patut jadi termotivasi peserta lepas ceramah, tapi takut takut kalau aku yang bagi ceramah, habih semua peserta hilang motivasi tak nak jadi usahawan. parah parah....


oklah. itu saja buat masa ini. jumpa lagi!

1 comment:

  1. Kalu kite niat baik serta tujuan yang baik ape salahnya.Hutang tak salah tapi wajib bayar.Kalau dah ada ruang untuk dikembang,kenapa harus berfikir panjang2 lagi.Ambo sentiasa mendoakan akan kejayaan demo.Demo merupakan penternak yang berjaya mengembangkan baka kacukan di Malaysia.Kenapa mesti takut2.Kalau boleh tarok nama2 baru kat kambing demo tu.KABO(kampong + Boer) KAJA(kampong + Jamnapari),KASYA(kampong + shami)hehehehe!.Gurau je.Kalu ambo dah pasti.Nama dah ade,marketing dah ade.Apa lagi yang nok ditakutkan.Dua asas yang kukuh dah ade.Itu le terasnya.ALWI,teruskan.Salam

    ReplyDelete