Wednesday, February 26, 2014

AKU KENA BESARKAN

Bukan perut aku. Bukan otot pektoral aku.

Tapi operasi kambing. 

Setiap hari ada pelawat dan pelanggan yang datang ke ladang. Permintaan terhadap kambing keluaran ladang melonjak. Dari purata 20 ekor per bulan kini jadi 40 - 50 ekor per bulan. Dan akan meningkat pada masa depan.  Operasi pembiakan sedia ada tidak dapat menampung permintaan pasaran. Jadi kena buat expansion. 

Kandang dan kambing. Tapi kambinglah yang utamanya. 

Modal diperlukan untuk expansion ialah dalam $50,000 - $150,000.

Aku takde duitttttt!!!!!

So kena buat pinjaman. Maybe Agrobank. Maybe PPK. Kedua duanya ada pernah suruh aku datang bincang untuk buat pinjaman bagi tujuan pengembangan. Tapi kan....

Kenapa aku rasa macam slim aje peluang nak dapat pinjaman?

Kedua dua entiti aku fikir dah masak dah serik dengan kegagalan demi kegagalan projek ternakan. Jadi aku rasa diorang pun pikir aku ni tergolong dalam kumpulan high risk atau highly likely to default. Hmmm... well, aku dah berjaya jelaskan pinjaman agrobank yang dulu, dan aku tiada sejarah pinjaman dengan PPK.

Banyak yang gagal dulu adalah projek projek baru, yang belum cukup skil membiak, tapi ada political connection. Jadi puak puak ni ada butang 'political pressure' ke atas pegawai pegawai bank dan PPK untuk luluskan pinjaman projek. Aku takde link politik. Aku takde butang politik yang boleh ditekan.

Aku cuma ada butang seluar dan baju. 

Dan aku tahu, walau ada skil dan pengalaman, walau dapat anugerah,walau pun operasi semasa menguntungkan - semua itu  tak mencerahkan peluang untuk dapat pinjaman. Kena ada connection, baru kuat sikit proposal aku.

Hmm.....

Ada idea?


1 comment:

  1. Prof,
    aku pernah tulis dalam blog aku tentang network, deal making. kedua-dua memang perlu. mula-mula kena establish network dulu, lepas tu baru fikir camne nak buat 'deal'.
    Selama yang aku perhatikan, dalam perniagaan apa pun, kedua-duanya perlu. ini bukan pendapat aku. ini pendapat expert. consultant. aku rasa, prof dah ada network. macam tokey boden, dato zainal. contohnya. tak kan tak boleh recommend.
    Once you have done that, the most important thing is 'deal making'. kalau kena buat kertas kerja. terpaksa lah. kalau kena 'proven' sales, saya rasa Prof. takde masalah.

    potential sales biasanya useless. depa tak nak tengok. prof kena tunjuk bukti sales. actual sales. previous, now, and future. bukan bleh buat main-main, cam forecast ke, no way they can accept.

    ReplyDelete