Wednesday, January 22, 2014

THE ALLY

Barangkali musuh itu sebenarnya kawan.
______________________________________

Aku nak majukan hipotesis aku yang kontroversi. Bakal mengundang ketidakselesaan, dan ketidakpercayaan kepada pihak pihak tertentu dalam industri.

Dewormer atau ubat nyahcacing yang digunakan secara intensif akan melambatkan kadar pembiakan kambing, dan memendekkan tempoh produktif kambing betina.

Ooopss.. aku tahu ramai penternak dan penyelidik yang sangat sangsi dengan kenyataan kontroversi aku ni. Terbalik sungguh dengan kepercayaan selama ini.

Baik. Apa yang aku perhatikan selama ini, sebenarnya dewormer adalah alat bantu produktiviti yang sangat berguna dari sudut kenaikan berat badan dan pengeluaran susu. Bunuh cacing, atau uruskan populasi cacing dalam badan kambing ke tahap minimum, dan penternak akan dianugerahkan dengan kenaikan pantas berat badan dan pengeluaran susu yang maksimum, kerana.... tiada lagi cacing cacing yang senang senang mencuri zat zat yang penat penat diproses oleh perumah.

Dewormer juga nampaknya sangat bagus dalam bab mengurangkan mortaliti kambing dengan drastik.

Jangka pendeklah.....

Aku juga perhatikan suatu situasi aneh dimana bilamana aku mula buat selective deworming, dimana penggunaan dewormer kurang intensif - kadar pembiakan kambing meningkat. Jangka panjang. (From kid rate 1.3-1.6 per year INTO a consistent 2.2-2.3) Dan... betina betina tua yang sepatutnya dipencenkan kerana risau kurang produktif sebenarnya masih mampu menghasilkan anak anak yang sihat. They keep on producing... for longer period.

Cacing adalah musuh?

Nope. Aku tak fikir sebegitu. Malahan bagi sebuah operasi PEMBIAKAN PEDAGING (repeat : PEMBIAKAN PEDAGING, repeat : PEMBIAKAN PEDAGING) yang mahu BERTAHAN LAMA - cacing boleh dijadikan alat bantu penambah prestasi.

Cacing ye, bukannya ubat nyahcacing.

We can turn them from a great enemy into a great friend.

Anehkan? Tapi kalau kita perhatikan alam semulajadi, sebarang kewujudan ancaman kepada survival sesuatu organisma - akan menjadikan organisma itu lebih efisien lebih cekap lebih pantas berkembang biak. Survival mode. Fast breeding mode.

Manusia pun sama. Populasi akan berkembang sangat laju ketika perang atau selepas perang. Perang dimana ramai yang terbunuh adalah suatu ancaman kepada survival sesuatu bangsa. Dan semua bangsa yang melalui fasa peperangan semuanya pantas membiak.

Aku pikir kambing juga sebegitu. Bila wujud cacing, dalam kuantiti yang sederhana atau tinggi, akan mengaktifkan 'fast production genes' dalam badan kambing. Species survival instinct kicks in, and breeding readiness goes into overdrive mode.

Kewujudan cacing dalam badan telah terbukti merangsang dan meningkatkan sistem imun badan, dan kali ini aku pergi selangkah lagi ke depan. Cacing sebenarnya membantu meningkatkan dan memelihara fertiliti jangka panjang, dan sangat membantu dalam kadar pembiakan.

Makanya aku rekemen dewormer hanya digunakan bila perlu - hanya kepada kambing yang menunjukkan simptom beban cacing yang tinggi. Tak perlu guna dewormer terutamanya kepada kambing dewasa, apalagi yang telah bertahun tahun biasa meragut dalam mukabumi (terrain) yang sama, kerana mereka telah pun memiliki daya rintang dan daya juang yang tinggi terhadap kehadiran cacing cacing tempatan.

Yeah cacing adalah kawan bukannya lawan.

Dan kadang kadang kawan memang makan kawan, tapi itu normal. Sikit pun kes macam kes tu. Anggap sahaja sebagai sebahagian proses semulajadi. Boleh jadi 'decoy' - geng cacing akan pikir dia sedang mendominasi. Jadi takdelah diorang pulak masuk breeding overdrive mode.

Apa pun, apa yang aku cerita ni hanya tertakluk kepada operasi pembiakan kambing pedaging jangka panjang. Sapa sapa yang buat susu dimana keperluan pengeluaran susu mahu dimaksimumkan, atau sapa sapa yang cuma nak buat operasi pembiakan pedaging short term - peduli apa cacing nak dibuat kawan pula.

Ini hanya buah fikiran aku yang terbuka untuk direnungkan atau dibincangkan oleh para pembiak pedaging berpengalaman. Jenis yang nak jadikan usaha biak mereka 'sustainable'. Jenis yang fikir jangka panjang jauh ke depan.

Restrategise.

Turn the annoying enemy into a powerful ally.


Salam pembiak!!

4 comments:

  1. Memang controversial,Bro.....but plausible!! Tunggu respond geng UM dan otai-otai pengembala kambing (baka tempatan).

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. ni mau kena maki ni kalo geng2 pengamal tegar ubat cacing baca.

    Bila dilihat pada kambing feral di Australia, macam mana dia boleh berkembang biak dengan laju, sehingga dilabel sebagai perosak pertanian, sedangkan tiada supplementation, tiada ubat-ubatan, tiada teknologi, makan sana sini, tiada kandang, tidur merata2?

    Survival. Bila ada yang survive, maka 1 keturunan yang lebih kuat akan lahir. Dari semasa ke semasa, ada improvement, dari segi behaviour, genetic, dan sebagainya.

    Apabila survive daripada cacing, maka akan lahir 1 keturunan yang kuat melawan cacing, produktiviti juga akan meningkat untuk menggantikan kehilangan, kekalahan semasa "peperangan" dengan cacing.

    Hahaha... dh start komen balik di blog prof..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sangat dengan kapten don. Ada induk cross yang survive cacing di ladang saya. Dapat anak betina awal jan 2013. Anaknya kini dah bunting..nak beranak anytime..anak ini tak pernah deworm sejak dari kecil..tak pernah demam..taknpernah cucuk antibiotic..tak pernah kena puru..she's the perfect goat..

      Delete
  3. Heheheheee! betul jugok apo yang ambo buat.Tok pernah cocok ubat 3serangkai kee dan entah apo2 lagi, tapi sihat2 je.Kiro oganik la ni kambing ambo.

    ReplyDelete