Monday, January 27, 2014

RASI?

Ada yang tanya aku pasal rumput. Jangan.

Aku bukan pakar rumput. Aku adalah kaunter pertanyaan terburuk untuk soalan rumput.
Cara terbaik menanam? Hasil sehektar setahun? Spesis itu macam mana prestasi? Spesis ini bagaimana pula?

No no no. I don't know.

Aku jenis 'panas' dengan tanaman. Apa yang aku tanam semuanya mati. Termasuklah rumput napier yang paling senang nak hidup. Itu pun mati kalau aku yang tanam. Padahal tanam tepi parit - tempat paling subur. Orang tua tua kata tak rasi.

Orang tua tua kata nak bela kambing kena ada pusar, baru cerah harapan nak berjaya. Lagi banyak pusar lagi bagus. Dan orang tua tua juga berpendapat, sapa sapa yang selalu tumbuh bisul kat paha atau kelangkang, cerah harapan dengan tanaman. Mudah tumbuh apa yang ditanam. Cepat besar dan banyak hasil tanamannya.

Tapikan aku ingat lagi, masa mula mula aku bela kambing, ada orang yang check kepala aku kata aku takde pusar - jadi rendah harapan nak berjaya bela kambing. La ni, sembilan tahun kemudian ada pula yang check kepala aku kata ada banyak sangat pusar - memang sesuai sangat dengan kambing.

Hmmmpphh.... macam mana ni? Whatever.....

Ok. Aku tak berapa yakin dengan cerita cerita pusar dan bisul ni. Aku anggap ini sebagai mitos. Sesuai untuk dijadikan tajuk borak borak kosong. Lebih lebih pun aku anggap sapa sapa yang ada pusar atau bisul ni - ada potensi, tapi belum tentu berjaya.

Nak berjaya kena ada disiplin, ilmu, dan sedekah. Proven old fashioned formula.

Dan kejayaan ambil masa. Memang kena banyak bersabar.

Harapkan pusar, harapkan bisul, tak ke manalah ni.

Anyway, bagi sapa sapa yang musykil pasal rumput dan foraj - tanyalah kepada penternak penternak yang buat sistem intensif atau sistem makan tanggung. Mereka lebih arif, lebih pandai, jauh lebih berpengalaman dari aku dalam bab rumput dan foraj ni.

Mereka adalah grass farmers.

Aku adalah ........ lantak ko lah kambing suka hati ko nak makan apa. Jangan pi makan tempat diracun sudah...

Atau pun boleh rujuk pakar pakar pastura di Mardi, atau universiti kolej sekolah pertanian yang ada kat Malaysia ni.

Yeahhh remember... and please always keep this in your mind dear readers... I am the worst penternak kambing that ever existed and graced this planet.


Jangan tanya akuuuuu!!!!

3 comments:

  1. Orang tua cakap..pusar satu di kepala..isterinya satu...pusar dua..isterinya dua..pusar tiga isterinya tiga..belum pernah dengar rasi dengan kambing.m1st time..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu pula? ini kalau bini aku tahu, mahu aku disuruh botak licin terus hilang pusar sampai bila bila hahaha

      Delete
  2. Oghe Klate panggil SEKUN,ambo tok pakai tuu semuo.Ambo takut jadi syirik.

    ReplyDelete