Monday, January 6, 2014

KENAPA AKU BELA KAMBING? - SEBAB SEBENARNYA

Terima kasih kepada semua kumpulan pelawat demi kumpulan pelawat yang datang berkunjung ke ladang saban hari. Terima kasih juga kepada para pembeli, pemesan, dan penanya kambing setiap hari.

Ada antara pelawat yang bertanyakan kenapa aku bela kambing. Apa yang membuatkan aku terjun ke dalam industri ini.

Mmmm... aku sebenarnya kekok nak menjawab. Dan aku selalu bagi jawapan yang ringkas lagi mudah tapi bukan yang sebenar benarnya - aku kata je aku tak nak kerja dengan orang, aku nak bebas, aku nak jadi kuli sendiri tauke sendiri, atau aku tak boleh terima perintah orang.

Here is the real reason. Sejernih jernihnya.

Perang (war) mungkin, sangat mungkin terjadi, dan aku mahu bersiap sedia hadapi kemungkinan kekurangan serius sumber makanan. Aku tak mahu famili dan sedara mara kelaparan atau kebuluran ketika perang melanda.

Yeah, strategic reason. Bukannya business reason, bukannya didorong keuntungan.

Masa nak masuk industri ni, aku tak buat kajian bisnes pun. Aku tak tahu pun bubble kambing sedang berkembang pesat tunggu masa nak pecah. Aku tak tahu pun berapa pulangan kambing yang sebenarnya. Aku tak tahu satu benda pun pasal pertanian. Aku tak pernah bercucuk tanam atau bela binatang pun masa duduk kat bandar dulu.

Aku dalam kegelapan, dan aku sangat tak bersedia menghadapi kegelapan tersebut.

Yang aku tahu, aku nak bersedia menghadapi situasi peperangan, dan aku nak cari makanan yang boleh sustain famili aku semasa perang, dan makanan tersebut mestilah boleh dihasilkan dengan sumber tempatan secara percuma.

Dan kambing padan dengan kehendak aku. Daging merah adalah high quality food yang boleh tampung kerja berat, kambing pantas membiak, dan kambing makan daun - kalau terputus dedak akibat sekatan import semasa perang - takdak masalah. Kambing masih boleh membiak elok dengan makan daun sahaja.

Dan kambing juga ada susu - boleh tampung keperluan anak anak kecil yang mungkin kekurangan susu ibu.

All in all, kambing barangkali adalah sumber makanan terbaik untuk sesebuah ketamadunan, dan kritikal apabila perang meletus. (Kalau kaji sejarah peperangan , bangsa pemakan daging utamanya kambing, adalah bangsa penakluk dan 'likely victor' dalam peperangan sekiranya bekalan daging merah mencukupi untuk tentera tentera. Bangsa pemakan kambing juga memiliki wilayah dan pengaruh lebih luas berbanding bangsa bukan pemakan kambing).

Bagi aku, daging merah seperti kambing adalah elemen penting dalam pembinaan kekuatan sesebuah bangsa atau ketamadunan tapi elemen ini selalu terlepas pandang oleh para politikus tempatan.

Tuhan suruh kita buat korban setiap tahun. Maknanya nak tak nak, ada diet daging merah dalam kehidupan kita umat Islam. Tuhan suruh kita makan daging merah. Tuhan nak kita bina kekuatan fizikal kita. Tuhan nak kita jadi bangsa penakluk bukannya bangsa yang ditakluk.

Cantik dah kenapa semua rasul jadi pengembala kambing. Cantik dah kenapa Tuhan suruh kita buat aqiqah dan qurban. Cuma kita aje yang slow mo payah tak nampak nampak. Dan ada juga antara kita yang buta terus, siap rekemen jangan makan langsung daging kambing. Bahaya kolesterol tinggi buatkan darah tinggi dan jantung tersumbat. Huh pening diorang ni.

Hakikatnya, dalam sejarah manusia, daging kambing ada peranan tersembunyi yang jarang jarang dapat ditembusi oleh para ilmuwan, politikus dan strategis melainkan segelintir sahaja.

Aku percaya kambing adalah makanan kunci dalam pembinaan tamadun yang hebat. It is a key food. Makanan yang sepatutnya diberi keutamaan dan dilindungi. Dipastikan dapat tahap self sufficiency, dan diberi status makanan strategik sepertimana padi.

Yep, it should be.

Sekarang tuan puan dah tahu kenapa aku bela kambing. Bukan kerana sudut bisnes, bukan kerana untung, bukan kerana aku nak kerja sendiri.

It is purely strategic reason.

Dan kenapa aku jadi sang pembiak, dan memiliki ideologi 'keras'. Kita masing masing ada alasan tersendiri.


Salam hormat!

7 comments:

  1. Pembiak kambing adalah "bangsa penakluk" bukan "bangsa ditakluk"!! Hebat ideologi ni,Bro. Tak semestinya terhad pada peperangan dan penaklukan wilayah?? Boleh diluaskan kepada bidang lain seperti ekonomi, politik, industri, perniagaan....pun terpakai jugak ideologi ni, ia tak,Bro???

    ReplyDelete
  2. Ambo suko kambing ,sebab dia cerdik berbanding biri2,bersih dan kalau kita lepas bebas meragut,dia tahu apo yang berkhasiat untuk dia makan.Itu pemerhatian ambo

    ReplyDelete
  3. Same reason why i chose goats my friend. i believe there will come a time when this whole capitalist system will fall upon the citizens of earth,money/gold will lose its value,people will start bartering goods again.kambing is the most sough after commodity. Doomsday preppers makes so much sense now.

    ReplyDelete
  4. Same reason why i chose goats my friend. i believe there will come a time when this whole capitalist system will fall upon the citizens of earth,money/gold will lose its value,people will start bartering goods again.kambing is the most sough after commodity. Doomsday preppers makes so much sense now.

    ReplyDelete
  5. saya sokong bab suatu masa akan berlaku kekurangan makanan.

    ReplyDelete
  6. Sekarang pun harga emas dah merudum, duit plak makin kecik pula nilainya.Kita diMalaysia ni banyak sangat bergantung pada barang impot,termasuk daging.Mati kita kalau nilai duit kita jatuh,harga impot barang pun meningkat.Kenapa ramai tak nak fikir perkara begini

    ReplyDelete
  7. Saya suka kambing sebab daging nya sodap bonar.

    ReplyDelete