Wednesday, January 1, 2014

HYPER BERSIH

Hyper lebih tinggi darjatnya daripada super.

Aku pernah berkunjung ke sebuah ladang kambing pedaging yang bermodalkan $900,000 dan menggajikan 4 orang pekerja. Kambing 300 ekor. Boer. Zaman zaman Pak Lah dulu, masa bubble kambing sikit lagi nak pecah meletup.

300 ekor... sama macam aku. Tapi aku cuma guna dua orang pekerja. Itupun rasa underutilised. Yang dia ni lagi dasat - 4 pekerja untuk jaga kambing 300 ekor.

Kandang memang bersih tahap hyper. Kandang paling bersih pernah aku kunjung dalam sejarah. Takde satu ketul tahi pun atas lantai. Dan takde satu ketul tahi pun di celah celah lantai. Dan hampir tiada tahi pun pada lantai simen di bawah kandang.

Absolutely hyper hygienic.

Lantai atas dan lantai simen dibersihkan minimum dua kali sehari. Dua kali sehari beb! Amik kau...

Tapikan.. kambing tak cukup makan, seriously underperforming, gagal membiak, dan akhirnya terpaksa tutup operasi.

Ini membuatkan aku terfikir, ada antara kita golongan penternak yang tidak nampak prioriti sebenar dalam usaha biak kambing pedaging.

Ada antara kita fikir, kandang kena bersih sebersih bersihnya demi mengelakkan jangkitan kuman macam mastitis pada kambing. Padahal yang absolut penting ialah kambing makan betul, dan cukup makan. Baru susah nak dijangkit penyakit samada virus atau bakteria atau parasit apa sekali pun.

Bila kambing makan betul, dan cukup makan, baru dia nak membiak. Baru dia mendatangkan hasil. Hygiene memanglah penting, tapi janganlah sampai ke tahap memiliki nilai aestetik, atau artistik, atau fantastik, atau boombastik.

Kandang bersih memanglah boleh wow kan para pengunjung, tetapi sangat kurang bawak masuk ringgit berbanding aktiviti cari makanan untuk kambing. Banyak sangat masa pekerja habis kat cuci kandang. Patutnya habis banyak masa kat cari foraj. Atau gembala.

Aku jadi bingung tengok hal macam ini. Nonsense betul.

4 orang jaga kambing 300 ekor... Patutnya kambing bulat bulatlah, anak berderet deret. Macam mana pula langsung tak nampak anak kambing? Agaknya 3 orang sapu kandang, sorang aje kot yang cari makanan kambing?

Aiii.... macam macam pesen lah penternak kambing ni..


Whatever..

3 comments:

  1. Terbaik,Bro. Eden pun orang seni (memang betul-betul,Bro!!...cuma dah pencen ajor!!). Tapi ini kali pertama dengar, kandang kambing yang esthetik!!...Dia tak spray air-freshner kali kerr???Memang kerja gilor,Bro!!

    ReplyDelete
  2. underfeed is a common problem in intensive system. 99% suffer that kind of problem (kalau jumlah banyak la).

    kalau jumlah hanya 10 ekor, lain ceritalah.

    4 orang pekerja (kalaupun mampu) bleh kerat rumput paling banyak 600-800 kg sehari, sedangkan tiap-tiap hari perlu 1200-1600 kg (kalau bebiri lah). kambing mungkin kurang skit.

    ReplyDelete
  3. agak2 boleh tidur dalam kandang kot,

    ReplyDelete