Sunday, December 8, 2013

SABTU 7HB : PELAWAT DAN MELAWAT

Pagi pagi ada seorang customer datang beli kambing untuk aqiqah. Aku belum masuk 'opis', jadi pekerja aku yang uruskan. Customer ni dari sebuah kawasan perumahan untuk geng geng pencen dalam 25km dari ladang, dan memang biasa kawasan ini order kambing dengan aku. Utamanya geng geng surau.

Dia dato'. Dulu ketua sebuah agensi kerajaan di Sabah. Hobi masa lapang memburu kijang, rusa, pelanduk, dan apa sahaja binatang boleh makan dalam hutan Sabah. Katanya dulu dulu orang Sabah tak yah susah susah cari daging atau makanan. Masuk aje hutan. Berlambak binatang. Tapi sekarang dah berbeza.

Dia berpandangan untuk acara aqiqah dan qurban, hendaklah daripada lembu atau kambing yang diternak, yang memiliki tuan, yang jelas siapa tuannya, yang berjaga elok. Bukannya kambing liar macam kambing feral. Atau kambing hutan.

Apa pun terima kasih dato' kerana menjadi pelanggan.
______________________________________

Aku 'punch in' pukul 2 petang. Sibuk main game komputer. Dah lama tak main. Bertahun tahun. Sekali main, naik syok la pulak hehehe. Game lama - apa ntah tajuk dia. Tapi jadi Spanish Conquistador. Setahun sebelum Hernan Cortes. Aku jadi ketua sebuah search party kembara di Amerika - New World.

Aku tak reti dan tak minat main game baru baru yang canggih ni. Aku cuma main yang 'archaic' dan ada nostalgia zaman muda muda dulu. Red alert dengan red alert 2 aku main. Red Alert 3 tak minat.

Eh sori. Apa ni cerita game plak. Sapa yang nak baca. Patut cerita kambing.

Petang aku ada local visitor. Cina dari kampung cina berdekatan. Nama dia Tan. Dulu ada jv atau partnership dengan sorang kawan dia bela kambing, dan beli kambing dari aku - tapi ada masalah pengurusan. Kambing tak terjaga dengan baik. Selamat lah jawabnya.

Tan ni umurnya 40 tahun. Ada tanah 8 ekar dok tanam buah buahan. Dia datang nak beli susu kambing. Makcik makcik dia semua bising suruh dia beli susu kambing bagi kat bini dia yang sedang mengandung 3 bulan. Orang Vietnam.

Orang Cina memang tak putus putus demand bab susu kambing ni. Pasal diorang ni terlalu vulnerable kepada jaundis. Itu yang bersiap bagai minum susu kambing awal awal padahal baru mengandung 3 bulan.
India tak pernah datang ladang aku mintak susu kambing untuk anak demam kuning. Semuanya Cina. Berderet deret dari dulu sampai sekarang.

Itulah kekurangan golongan 'fair skin'. Agaknya tak cukup vitamin D, rasa rasa aku lah. Udahnya putih sangat. Tak cukup kena cahaya matahari. Kalau cukup, kulit akan menjadi gelap sedikit. Itu tanda tanda klinikal, atau simptom simptom orang yang cukup cahaya matahari. Hehehe memandai mandai aje aku ni. 

_________________________________________

Lewat petang, dah bersiap siap nak keluar, nak melawat sebuah ladang kambing bila tiba tiba ada tetamu datang mengejut. Oh! Adik aku yang nombor empat. Aku nombor 1. Nama timangannya Oli. Umur 30, dan badannya jauh lagi besar dari aku. Body builder. Ex body builder. Hah hah.

Bawak bakal bini dan adik adik bakal bini. Fatimah. Kitorang panggil Ema. Dan akan menikah minggu ini di seberang perak. Adik Ema yang lelaki tu namanya Mail. Sekarang jaga kambing tuan Juhari yang merupakan ahli Persatuan Pembiak Kambing Malaysia. 

Oli pernah hantar kambing ke ladang Isal Keratong AgroFarm dan Zairi di Besut. 

Oli yang bosauuuu tu. Ema pakai baju hitam. Dan Ema ada perniagaan sendiri - online jual tudung, selendang, dan yang sewaktu dengannya. Alamat facebook : jomborongshawl.
_______________________________________

Malam, selepas solat maghrib di masjid, aku terus pi sebuah ladang kambing di Chikus, berhampiran pekan Langkap. Mak Cik Noriah. Orang kampung panggil Mak Yang. Yang jaga kambing ni namanya Faiz.

Aku pergi malam malam sebab dapat desperate call daripada Mak Yang kerana kambing pejantan ada masalah. Duduk aje tak mahu berdiri. Makan tetap makan. Tapi langsung tak nak bangun. 

Sebenarnya aku pun belum pernah alami situasi sebegini. Dan aku memang tak cukup pakar bab bab penyakit kambing. Tapi rasa rasa aku, mungkin ada jangkitan kuman pada salur kencing. Bukan pasal dedak, sebab kambing dia semua makan rumput. Maksud aku foraj. 

Jadi sebagai precaution, aku tolong inject antibiotik, dan minta Faiz bagi minum kambing jantan tu 'urinary alkalinizer'. Harapnya menjadi lah.

Faiz. Ladang kambing ni berhampiran sawah padi. Seberang aje sawahnya. 


Tu dia kambing pejantan yang buat hal. Duduk diam aje.


Anak kambing pertama ladang ini.

Garam jilat yang digunakan. Apek yang jual garam jilat ni tak tahu dari segi kualiti dan harga. Main bantai aje. Dia jual garam jilat kosong lebih mahal daripada garam jilat bermineral. 

Kambing kampung yang kecik tu beli dari orang kampung. Harga $400 lebih. Betina dua ekor yang nampak besar sikit tu beli dari aku. Harga $400 lebih juga. Mak Yang dan Faiz dah lama beli kambing dari aku. Rasanya dah lebih 6 bulan yang dulu. Tapi aku tak berkesempatan melawat. 

*Faiz kata kambing aku mahu digembala. Kalau takde gembala, dia balik kandang tak nak makan rumput. Tunggu gembala. Ada gembala, baru bersemangat meragut. 

So itu saja kali ini. Terima kasih kepada semua pelanggan, pelawat, dan yang dilawat. 

Semoga kita ketemu lagi!

1 comment: