Friday, December 6, 2013

BILA TUAN SABLEE DATANG

Dan Tuan Jamalul (Kiram) melanggar kampung baru kuala bikam....

Semalam aku ada pelawat dari Bukit Beruntung. Tuan Sablee dan jirannya Tuan Jamalul (sorry kalau salah tulis nama - tak ingat). Geng surau kat bukit beruntung. 

Dulu tahun 2006, tuan Sablee ada bela kambing kat Beaufort, Sabah. Tapi bila pindah semenanjung, terpaksa lupakan kambing. La ni tuan Sablee jadi Prudential wealth management advisor, or something like that. Ada banyak masa, dan siap kata lagi nak ikut aku pi gembala kambing. 

Ada pun, tetamu aku kali ini ada sedikit luar biasa berbanding kebiasaan tetamu tetamu lain. Dia tunjuk kat aku cara bagi kambing tenang sebelum disembelih. Katanya ada mat salih dah demo kat Youtube. Sebut kalimah Allah untuk tenangkan kambing. Tak payah ikat ikat, tak payah ada elemen kekerasan. Katanya lagi, kambing sebenarnya menyerah diri bila disebut nama nama Tuhannya. 

Aiseyman.... kambing pun faham akan kebesaran nama Tuhannya, kenal siapa Tuhannya. Aku yang manusia ni malu pula bila terpikir balik. Takde sifat menyerah atau takut bila dengar nama Tuhan disebut. Lalai sangat dah aku ni. Jauh sangat terbabas. Gelap habis dah hati ni.

Anyway aku nak tunjukkan gambar dia demo. 

Kiri tuan Sablee. Kanan tuan Jamalul. Mula mula perkenalkan diri tuan Jamalul kata nama dia Jamalul Kiram. Aku dalam hati mati mati ingat dia ni sedara rapat Jamalul Kiram III yang kes kat Sabah tu. Buahaha... 

Start demo. Guna kalimah Allah untuk lembutkan hati kambing. Frankly, aku sceptical sebab aku tahu kambing aku jenis liar sikit, tak suka manusia datang dekat. Dan kambing aku adalah kambing kedua  tuan sablee buat demo.

Dah start relax. Cuma dua jari pegang leher kambing. 

Tadaaa!! Relax habih! Nasib baik tuan Sablee tak bawak pisau semelih. Haa kambing elok semelih masa ni. Masa dia paling relax. Tak yah guna stun gun style omputih. 


So terima kasih banyak banyak diucapkan kepada tuan Sablee dan tuan Jamalul yang lari daripada pelawat pelawat kebiasaan. Thanks again!

Salam hormat!

Other post today : http://alwigoatfarm.blogspot.com/2013/12/ulasan-tambahan-kepada-2500.html

7 comments:

  1. Subhanallah..
    Gelap hatiku ini...disebut nama Allah berulangkali...namun..negatif!

    Tuhan memanggil
    Aku tidak menghiraukannya

    Tuhan memanggil
    Aku sahut sekali sekala...

    Astaghfirullah..

    ReplyDelete
  2. Ini nampaknya lebih hebat daripada kat You Tube...kena meneuntut ni,Bro.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan anonymous. Sedangkan kalimah La ila ha ilallah bisa menghancurkan segala gunung ganang bukit bukau jika diletakkan di atas bumi. Tetapi hati manusia tidak terkesan bila mana mendengar nya. Ada masalah disitu. Perlu banyak kan lagi zikir nama Allah.

    ReplyDelete
  4. subhanallah.slalu kite nk semblih.dh tumbg baru nk bertakbir.kn ssh tu.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete