Friday, December 27, 2013

ROI KAMBING PEDAGING

Return On Investment (which I have no idea of what it is exactly)

Suatu ketika dahulu, aku jumpa seorang penternak kambing yang mahsyur. Well.... memang mahsyur seantero Malaysia tetapi bukanlah seorang pembiak. Lebih kepada trading, dan importing. Kambing breeding pun orang lain punya. Dia cuma sediakan kandang. Dan buat pemasaran. Kira partnership lah ni. Modal yang dia keluarkan $500,000. Tak termasuk kambing.

Dan dia bagitau aku,maximum ROI yang dia nampak dengan operasi dia ialah 36% setahun. Maknanya kalau kita keluarkan $1 untuk bisnes, hujung tahun pulangannya $1.36. Bagi aku ini dikira hefty atau exceptional atau sangat tinggi. Dalam masa yang sama, biasalah high return - high risk.

Kemudian aku jumpa seorang tauke besar ladang pembiak kambing pedaging. Modal $5,000,000. Large partnership. Masa tu dia baru habis meeting dengan rakan rakan sekonsortium. Dia kata ROI ialah 18% setahun. Makin sikit berbanding tauke yang pertama tadi, walau pun modal tauke besar ni 10 kali ganda yang pertama. Bagi aku 18% ni dikira acceptable return - acceptable risk, but still on the above normal side.

Dua dua akhirnya tutup operasi. Tauke yang pertama dalam tahun keenam operasi. Tauke kedua masa tahun kelima operasi. Akibat kerugian. Takdak profit langsung. Partner masing masing tarik diri. Mungkin rasa diri dieksploitasi.

Mmmmm.....

Aku sendiri sebenarnya tak tahu macam mana nak calculate ROI. Yang aku tahu spreadsheet yang tolong kirakan. Masa mula mula nak terjun ke bidang kambing pedaging ni, memang aku tak dak buat business study pun. Padahal kat U dulu, belajar business study.

ROI, ROA, IRR, dan ntah apa apa lagi semua aku dah lupa. Dan tak guna pun.

Main terjun aje. Teruk betul aku ni.

Aku cuma kelam kabut bila buat loan proposal yang menggunakan semua terma terma kewangan di atas dulu dulu masa nak pinjam agrobank $30,000. Itu pun lebih ke arah nak kahwin. Bukannya betul betul untuk business pun.

Tak patut. Tak patut.

Apa pun, aku pikir kadar normal untuk pulangan pelaburan ialah 2-8% setahun. 8-12% setahun dah kira excellent. 12-20% dah kira exceptional. Lebih 20% setahun masuk kategori Warren Buffett.

Dan aku perasan, mana mana bisnes yang tinggi ROInya ialah bisnes dimana banyak dana untuk research. Macam high tech punya bisness. Komunikasi, pertahanan, farmaseutikal, tenaga, etc.

Kambing? Low research spending. Kurang peruntukan. Jadi ROI mungkin tak tinggi mana. Agaknya lah.

Jangan tanya aku lebih lebih pasal ROI kambing pedaging ni. Aku pun tak tahu sangat. Tak pernah pun buka balik spreadsheet, dan key in data data terkini. 18%? 36%? No idea.

Yang aku tahu, capital spending selama 8 tahun bela kambing pedaging ni dah cecah $150,000. Jualan setahun $100,000 (kambing hidup sahaja dan dari hasil biak sahaja - tak termasuk lain lain) .

Profit? Ada.

ROI? Nope. I know nothing.

Yeah. I am a dumb ass.


Ada sesapa yang lebih arif? 

5 comments:

  1. ikut pengalaman aku jaga sebuah kilang sawit.

    kalau capex ko rm150k, katakan ko target utk dapatkan semula ROI dalam masa 7 tahun, maka

    RM150k/7 = RM21k setahun. Ini kita masukkan dalam Depreciation Value, bermaksud setiap tahun jumlah RM21k ditolak dari pembelanjaan operasi.

    Katakan jualan ko RM100k, kos operasi RM50k dan kos depreciation RM21k,

    maka RM100k - (RM50k + RM21k) = RM29k.

    RM29k adalah keutungan bersih. Jika ini yg digunakan, maka keuntungan adalah 29%.

    Terpulang pada ko, kalau nak dapat ROI lebih cepat, maka secara automatik, keuntungan dalam tahun untung nak cepat itu akan kurang. Tapi, tahun berikutnya akan terus meningkat.

    Dalam dunia koperat,

    nilai CAPEX dan nilai untung sentiasa dimanipulasi untuk memperbodohkan pelabur. Capex juga selalui digunakan dengan cara yang salah dari segi moral, tapi halal dari segi undang manusia.

    ReplyDelete
  2. Nilai CAPEX akan menurun bila mana projek dikurangkan. Tapi aku tetap juga hairan, dunia koparat selalu nilai maju syarikat itu berdasarkan Nilai CAPEX.

    Sedangkan CAPEX itu sebenarnya menghisap sebahagian besar keuntungan sykt.

    Dalam small medium enterprise, isu ini tiada masalah kerana tokey tahu setiap sen di mana duit dibelanjakan.

    Aku jangka,

    jika jualan tahunan ko sudah mencecah RM100k,

    kos operasi RM50k setahun, CAPEX RM10k, depreciation RM21k, maka keuntungan bersih ko adalah RM19k setahun atau 19%.

    Dalam kilang sawit, kos dibahagikan kepada

    1. Kos GC General Charges-Gaji pengurusan etc
    2. Kos PF Palm Factory - Operasi
    3. Depreciation - Susut nilai CAPEX
    4. Despatch.
    5. Capex.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eden cuma nak tahu ado untung kor tidak?? Keluar berapo. masuk berapo?? Banyak keluar kor, lebih masuk??? Dan eden tahu,..kok first 5 years tuu,janganlah nak harap sangat dapat untung!!! Dapek break even pun dah Alhamdulillah!! Boleh sustain kor tidak, sekurang-kurangnya first 5 years tuu???

      Delete
  3. ROI ni kira planning la (masa mula-mula nak buat bisnes).. nak dapat duit atau modal. contoh, kalau beli mesin 2 juta, berapa nak dapat ROI dari mesin tu dalam tempoh tertentu. ambil la 7 tahun la..10 tahun ka..ikut umur mesin tu..bukan pandai-pandai nak letak 7 tahun atau 10 tahun.

    Lepas tu tengok (agak dalam berapa 'revenue' tiap tiap tahun) return. ROI ambil kira susut nilai ringgit juga contohnya. inflasi.

    kita (maksud aku bisnes besar-besar) memang nak kan ROI. masalah nya, bila datang operasi, kebanyakan 'bungkus' kecualilah bisnes yang boleh komersial. macam kelapa sawit, getah, minyak dan gas dsb, dimana 'benchmark' boleh dirujuk. bisnes kambing nak rujuk kat mana? Australia? hahaha..

    bisnes kambing, ramai orang buat 3 tahun, lima tahun. haha overconfident, nak refer 'data' kat mana? contoh, syarikat yg dah berjaya? MARDI? JPV?

    kalau bisnes kambing, tak payah ROI ni. ROI ni bank je nak. atau kerajaan. atau kita nak besarkan bisnes kita..(maknanya buat kertas kerja, dapat duit, lepas tu simpan dalam ofis heheh) mungkin sekarang kita ternak 100 ekor.

    kalau nak ternak 1000 ekor nanti, blehlah buat ROI. barulah mantap..

    ReplyDelete
  4. ROI alwigoatfarm adalah 9.4% bagi tempoh 8 tahun kalau initial investment 150K, purata OPEX 30K/tahun dan amount return dalam tempoh 8 tahun adalah 800K.

    ROI 17.9% kalau amount invested tak masuk OPEX (OPEX ditolak dari jualan 800K)

    saya prefer cara pertama kerana return adalah jualan. jadi OPEX kena masuk dalam amount invested. cara conservative.

    IRR dalam 25.5%

    Kalau nak tahu IRR, kena bagi tau OPEX tiap tiap tahun.

    ReplyDelete