Saturday, December 28, 2013

ROI : AKU BANYAK SILAP

Sambung cerita Return On Investment Kambing Pedaging. I wish I can restart my campaign.

Bila mengenangkan siri kesilapan demi kesilapan yang aku buat sepanjang menceburkan diri dalam industri ni, nak aje aku reverse clock. Balik ke zaman awal sebelum aku bela kambing. Restart balik kempen aku sebagai pembiak kambing.

Berdasarkan ilmu kambing yang ada sekarang, kalau aku restart balik, memang berbeza dengan apa yang ada sekarang. Capital spending atau capex aku cuma $60,000 bukannya $150,000. Dah cukuplah untuk operasi biak 100 ibu kambing. Aku banyak silap kat kandang, dan buat rumah kayu yang english style tu. Kat situ banyak telan duit.

Ok. Opex atau kos operasi aku sekarang ialah $3250 sebulan untuk 250 ekor kambing.

Excess cost. Tak cukup cekap.

Sistem gembala sepatutnya memiliki kos operasi 30% dan ke bawah daripada revenue. Bagi populasi kambing 300 ekor, sebenarnya seorang pekerja dah mampu jaga. Tapi aku maintain dua orang kerana dua sebab utama - morale booster pekerja, dan aku punya 'peace of mind'. Disamping banyak orang yang datang melawat dan ini menyukarkan aku untuk bertumpu pada produksi kambing.

Sistem gembala juga ada satu kelebihan yang sangat berkuasa - cost can be kept low, and cost can be kept brutally low (with brutal discipline of course).

Kalau kita tak guna pekerja untuk operasi biak 100 ibu kambing, pun boleh. Kita je yang buat semua kerja. Masih viable. Memang banyak betul kita save. Income semua masuk poket kita. Sikit aje keluar untuk garam jilat, ubat dan dedak kambing. Tapi takdelah masa untuk bersosial. Kalau dah kahwin, dah ada anak, rasanya baik guna pekerja jugalah. Ada apa apa hal, senang kita.

Kemudiannya, sistem gembala juga memungkinkan tiada makanan suplemen diberikan. Kalau nak guna pun, sikit dah cukup. Dah mengurangkan banyak kos, justeru meninggikan ROI.

Haaaa.... gembala minimum 4 jam. Ni dah cukup untuk sustain ibu kambing beranak satu, tapi tak cukup untuk anak dua. Gembala 5 jam, boleh sustain kambing beranak dua - tak yah bagi supplementation. Kalau gembala 6 jam hari hari (disiplin kena tinggi, kena ada iron will) - kambing kita jadi world class. Apa dedak pun tak yah bagi.

Macam dulu dulu aku buat. Masa kambing 120 ekor. Jaga sendiri. Tak guna pekerja lagi. Banyak ooo jimat. Kambing pun lagi bulat lagi mantap dari yang ada sekarang.

Kalau buat operasi biak 100 ibu kambing, sendiri jaga, dan hari hari gembala 5-6 jam - opex tak cecah $500 sebulan. Fuhhh.... berapa tinggi ROI tu...

Orang muda atau bujang (dan ada iron discipline) bolehlah buat. Masa macam ni, sekejap aje kumpul duit buat tabung kahwin. (Tapi kalau tak guna pekerja, macam mana nak pergi menikah? hahaha). Oh ye... guna pekerja sementara.

Ok. Dari segi jualan pula, operasi biak 100 ibu kambing yang menggunakan sistem gembala, baka kacukan tempatan, dan patuh kepada SOP , dan pemasaran pun bagus - boleh dapat lebih $100,000 setahun. Antara $120,000 ke $150,000 (kambing hidup hasil biak saja ye, belum campur lain2)

Jangan ikut aku yang tunggang langgang ni. Pemasaran langsung tak buat. SOP tak ikut. Tu yang dapat $100,000 je. Untung memanglah untung, tapi tak maksimumlah. Nasib baik sendiri punya. Kalau ada Lembaga Pengarah - jenuh nak menjawab ni.

Hmmm... macam bro zaki kira, ROI alwigoatfarm 9%... ok jugak kan. Normal range. Tapi tu lah aku banyak sangat buat silap. Dan tak cekap urus kos.

Tapikan.... kapasiti kandang aku 500 ekor, yang aku ada sekarang 250 ekor. Kalau aku 'jack up' production kambing, makin tinggilah ROI aku.

Uh oh ROI ni senang juga dimanipulasi. Banyak variable. Peduli apa ROI ye tak bela kambing ni. Janji untung. Janji bank balance sihat.

Nak buat pinjaman, bank tengok statement akaun semasa 3 bulan terkini, bukannya kertas kerja berkajang kajang penuh formula formula kewangan. Betul tak?

ROI ni bagi orang matematik ajo yang kira kira. Orang slow matematik macam aku ni - terjun ajo lah.


ROI tak ROI - selamat membiak kambing untuk semua! Salam pembiak!

2 comments:

  1. "ROI tak ROI-selamat membiak kambing untuk semua". Conclusion yang mantap,Bro!..kambing wajib membiak, baru untung!!! In Sya Allah!!

    ReplyDelete
  2. ROI can be easily manipulated. macam saya kata tadi. boleh jadi 9%. bleh jadi 18%. 36% pun boleh.

    kiraan lebih tepat faktor ROI adalah menggunakan IRR. dapatkan setinggi mana IRR. IRR25% lebih baik dari IRR20% kerana dapat untung lebih cepat.

    dari IRR, bleh kira pendapatan bersih kita sebulan hehehe (ingat, angka purata)..
    so, kira sendiri lah ye..

    ReplyDelete