Monday, December 2, 2013

COMMENTS ON 'BENCANA PADA EMPAT'

Masih Cerita Garam Jilat Kambing


Input input daripada pembaca blog dan facebook.

Nernnyagrofarm di Sarawak:

"Fuh... Thanks so much information yang panjang lebar. Saya rasa selama ini sy guna garam kasar biasa saja RM 1.50/ 1KG, tahun ke-3 saya gagal ibu kambing beranak 12 ekor 14 anak yg dilahirkan semua sihat semasa lahir. Tetapi setelah 2 bulan tsunami penyakit melanda... 6 ekor ibu mati, 3 sakit dan hanya 5 ekor anak tinggal. Secara teorinya kambing cross luar negara amat memerlukan garam yang mengandungi khiasat yang lengkap spt yang prof katakan. Ini sebagai satu pengajaran kepada penternak seperti sy jangan ambil mudah dengan garam yang diperlukan oleh kambing. Thank Prof Alwi."

El Cabras Hambriento di Kelantan:

"Tempoh hari saya ada sms tuan berkenaan garam jilat. Memang high quality lick salt bagus utk herd katjang saya. Tapi untuk anak 2/3 bulan boleh jadi fatal utk mereka. Sendi jadi bengkak mcm gout. Menyebabkan anak jadi immobilize dan tak dpt menyusu dengan sempurna. Seterusnya mati kerana hunger/famine. Tapi untuk induk, memang cukup baik. Cukup baik."

Muhsin di Terengganu:

"Saya bukan.penternak ruminan tetapi penternak udang putih...
Membaca blog prof adalah sesuatu yang mencelikkan...

Pengalaman saya dalam akuakultur ternakan udang putih dan udang harimau pun menyaksikan kejatuhan ketara pengeluaran udang pada cycle pengeluaran samada cycle keempat atau kelima.

Pengamatan mendapati semuanya menjurus kepada nutrient deficiency...kekurangan mineral makro dan mineral mikro...
Tulisan tuan make sense to us... Tq for sharing. "

Telaga Emas Agrofarm di Johor:

"Ak skrg brada didalam zon kritikal, mcm alwi ckp kt atas. Mmg btul kata alwi, bnda yg murah n senang ak trlepas pndang. Ak lbh utamakan dedak bnding mineral block. Kesannye dpt lihat dlm msa 6bulan. Xpyh tggu lama. Ada ibu yg keguguran,ank kmbing dh ckup sifat,tmbuh bulu. Sedih tgk. Lagi satu senario,kaki kmbing mggigil n lumpuh.ada bnyk jugak yg kne simptom cmni. Puncanye kurang micro n macro mineral. Tahun ni mmg tahun mncabar bg aku tp semua tu xpthkn smgt ak. Ak blajar dr kesilapan. Mineral block is essential!!"

Fuad Manaz di ....somewhere in Malaysia:

" Tq bossss.... pttla kmbing aku kurng menjadi thun ni.... rupenye ini thun keempat... nnt kita ushakan tgok cmna... tq bos"

_____________________________

Terima kasih atas input tuan tuan penternak semua.

Sebenarnya ada banyak lagi rakan rakan ternak yang mengalami situasi serupa. Kambing cantik, input cantik, pengurusan cantik - hanya untuk menyaksikan kegagalan pembiakan secara tiba tiba. Ianya sangat mengecewakan, sangat menguji kesabaran, malah ada yang putus asa terus give up siap bersumpah kata kambing susah bela hanya merugikan atau mustahil boleh untung biakkan kambing.

Salah satu sebab industri kambing malap ialah kewujudan tempat tempat kursus yang tumbuh bagai cendawan masa zaman Pak Lah tapi sayangnya semuanya tidak dikendalikan oleh pembiak berpengalaman, sebaliknya trader trader importer importer.

Nasihat yang diberikan, dan SOP yang digunapakai dan diajar dalam modul kursus, adalah perangkap maut untuk bakal bakal penternak atau penternak novice.

A monstrously terrifying death traps. Dan malang sekali, sungguh banyak penternak novice yang berjalan terloncat loncat bersiul riang tanpa menyedari mereka akan jatuh ke dalam perangkap itu.

Hampir semua, maybe semua, tempat kursus kambing yang aku pergi - main main dengan garam jilat untuk ternakan. Ada yang langsung tak guna garam jilat, ada yang cuma bagi garam kosong, dan ada yang guna ramuan garam yang salah dan tak sesuai untuk umat kambing di tempat mereka.

Itu baru cerita garam. Belum cerita pasal rumput. Berapa banyak tempat kursus yang suruh kita tanam rumput untuk makanan kambing? Padahal kambing bukan makan rumput. Kambing makan dedaun.

Mau tak tunggang langgang habih lemas anak murid, kalau gurunya sendiri dah kelemasan?

Rumput rumputlah, tapi aku syorkan at least tuan puan pembiak try dapatkan 20% foraj tu jenis dedaun. Nanti tengok ada improvement, ada membiak tak kambing kambing?

Ok balik cerita garam jilat. Aku guna garam jilat medium quality, bukannya yang high performance untuk boost susu. Aku pastikan ada copper, ada ferum, ada zink, ada selenium. Mineral yang lain lain adalah bonus.

Bebiri jangan guna garam jilat yang ada copper. Nanti kes copper poisoning pula. Kambing takpe, memang tinggi keperluannya untuk copper. Jadi kalau bela kambing dan bebiri bercampur sekali sekandang - itu yang tak jadi pembiakan. Slow sangat. Pasal masing masing mineral requirement berbeza. Guna garam bercopper, bebiri tak boleh. Guna garam takde copper, kambing pula tak menjadi. Asingkan. Senang cerita.

Semua makro dan mikro mineral hendaklah diformulasikan secara seragam dan sekata - di mana setiap kali jilatan dibuat, setiap unsur yang disenaraikan melekat pada lidah kambing. Haa sebab tu aku rekemen garam jilat yang dibuat khas. Kita tak yah la pening pening nak buat formulasi sendiri melainkan kambing yang kita bela adalah 'highly localised native breeds' kat kawasan kita. Geng tu takpa bagi makan bagi garam cincai cincai.

Tapi bagi kita yang dah cair darah native - cari aje garam yang dah siap dah ada reputasi. Konsisten. Reliable. Ada senarai makro dan mikro mineral yang digunakan.

Takde senarai? Sendiri mau ingatlah.

Garam jilat ni pun ada banyak jenis. Banyak yang auta aje. Mengarut aje lebih. Yang betul betul baik dan berkesan untuk kambing kita - boleh bilang tak sampai lima jari.

Its time to hunt. Good luck!



1 comment:

  1. Tq,Bro. Very informative and already tested and confirmed!!

    ReplyDelete