Sunday, December 1, 2013

BENCANA PADA EMPAT

Aku bukan superstitious. Aku bukan percaya pada 'ong' atau 'sial' pada nombor tertentu.

Post aku kali ini, mesti perhati betul betul perkataan yang aku gunakan.
__________________

AWAS! AWAS! AWAS!

Kepada mana mana pembiak kambing pedaging yang melepasi tahun ke2 dan ke3 operasi yang merupakan tahun kritikal, ada perangkap ada 'quicksand' yang menanti usaha biak kita antara tahun ke empat dan ke lima operasi.

Bagi mana mana pembiak kambing pedaging bukan baka tulen pribumi, aku perasan ada beberapa siri bencana - kegagalan pembiakan secara tiba tiba - yang menimpa hampir semua pembiak, sekiranya kita tidak berhati hati.

Biasanya bermula tahun ke 3 operasi pembiakan, banyak kesilapan besar dalam pengurusan kambing telah diperbetulkan, dan kambing mula beradaptasi, stabil, dan membiak baik. Reproduce. Nicely. Some - very nicely. Sebilangan kecil - very very nicely.

Tetapi bila dah mencecah antara 4 ke 5 tahun operasi, tiba tiba terjadi kegagalan pembiakan. Besar besaran. Kambing banyak yang tiba tiba gugur masa mengandung, cirit birit, tiba tiba mati sedangkan makan cukup dan badan nampak ok, anak banyak mati ketika masih menyusu, ibu banyak dilanda mastitis, pengeluaran susu tiba tiba jatuh mendadak PADAHAL semua tahap pengurusan dan input adalah sama sepertimana tahun ke 3 yang membuahkan hasil.

Aku sendiri wahai tuan puan pembiak yang dihormati, sangat sangat saspen bila operasi pembiakan aku masuk tahun keempat, dan puncak saspen aku ialah bila lewat tahun ke4 mencecah awal tahun ke5. Somewhere around that. This is a very critical period.

Sebabnya masa ini adalah masa 'masak', masa yang sesuai untuk kegagalan pembiakan besar besaran bagi pembiak yang tidak cukup 'alert'.

Kita kena betul betul 'alert'. Kita wajib awas. Kita kena masuk Defcon Level 1 - bagi semua pembiak kambing pedaging bukan baka tulen pribumi sebaik sahaja operasi pembiakan masuk tahun keempat.

Dan protokol ini terpakai kepada semua pembiak kambing pedaging kacukan pribumi (local coss), asing (foreign), dan kacukan asing (foreign mixed breed).

Baik. Biasanya isu kegagalan pembiakan pada tahun ke 4 dan 5 operasi adalah disebabkan isu kecil yang selalu kita terlepas pandang. Sangat kecil. Tetapi menunjukkan setakat mana kemahiran pembiak kita.

Kambing memerlukan zat (tenaga, protein, lemak, mineral, vitamin, enzim, dsb) pada KADAR YANG CUKUP, BETUL DAN SESUAI untuk membiak dengan baik. Dan aku dapati banyak pembiak yang terlepas pandang akan hakikat ini.

Kali ini kita akan sentuh isu mineral intake - spesifiknya makro dan mikro mineral.

Aku tahu aku bela tunggang langgang caca marba takde SOP. Tapi bila sampai bab garam jilat untuk kambing - aku jadi obses. Aku jadi pemburu. Aku banyak habiskan masa dan wang untuk research mana garam jilat yang terbaik dan berkesan, mana garam jilat yang mampu menghalang atau sekurang kurangnya merendahkan risiko kegagalan pembiakan besar besaran pada tahun ke 4 dan 5.

Kita tengok ruminan liar dalam hutan - mereka boleh membiak baik ratusan tahun ribuan tahun, walau pun ancaman predator tinggi, walau pun tanpa dedak, walau pun tanpa makanan suplemen pelik pelik - tetapi syaratnya mereka akan cari tempat garam untuk dijilat.

Dan ruminan liar ini sanggup berulang alik ke tempat garam walau ada ancaman maut. Maknanya garam adalah sangat penting. Sangat sangat penting untuk kelangsungan zuriat.

Jadi bagi aku isu garam jilat tak boleh buat main main, tak boleh buat semberono, tak boleh toleransi. Takde dedak takpe lagi. Tapi garam jilat wajib ada, dan sangat penting untuk kelancaran usaha pembiakan. Dan kita mahu garam jilat yang terbaik untuk keperluan kambing kita.

Now, baka tulen pribumi jarang menghadapi masalah/kegagalan pembiakan disebabkan dari segi genetiknya, ia memang sesuai dan sangat beradaptasi dengan sumber bumi dan tanah tropika. Sekiranya foraj dan tanah kekurangan zat mineral tertentu - mereka 'native breeds' steady aje membiak, macam takde apa yang terjadi. Walhal dari segi komposisi mineral intake - ada zat mineral makro dan mikro yang takde langsung.

Takde masalah kalau kita guna garam kosong sebagai garam jilat untuk kambing kambing baka tulen pribumi.

Tetapi sebaik sahaja kita cross, atau guna baka asing, atau guna baka high performance - WAJIB guna garam jilat yang ada makro dan mikro mineral.

Contohnya unsur copper dan selenium. Manifestasi kekurangan zat ini kita tak nampak dalam masa terdekat. Kita tak nampak 5-6 bulan kemudian. Tetapi kita akan nampak 4-5 tahun kemudian. Masa tu walau pun kambing cukup makan, badan gemuk bulat, hari hari makan dedak kambing high class punya - tetapi kegagalan pembiakan akan berlaku.

Anak kambing yang menyusu boleh jadi bantut walau dia seekor aje; kambing tak cukup susu mudah kena mastitis walau kandang bersih hari hari sapu setiap bulan spray anti kuman; Kambing mengandung gugur berderet deret walau dah deworm dan body condition mantop; bila kahwin tak jadi jadi pasal pejantan takde sperma walau pancut bagai nak rak; kambing dan anak kambing mudah kena cirit birit walau pencegahan coccidiosis dah diberi dan kandang tiada situasi overcrowding; kambing lambat sangat naik berat badan walau makan dipam dipam; kambing mudah sangat kena selsema dan demam walau hujan sekejap; pendek cerita prestasi kambing merudum tiba tiba.

Semuanya pasal minerals deficiency, DAN ambilan mineral yang tak seimbang. Samada melalui pemakanan yang mengganggu keseimbangan mineral atau penggunaan garam jilat yang tidak cukup baik.

Benda ni memang nampak kecik, tapi impaknya sangat besar, dan mengejutkan di kemudian hari. Dan sekiranya kita dah gunakan garam jilat yang sesuai ada unsur makro dan mikro mineral, dan SOP kita bagus - tetapi kambing masih berlaku kegagalan pembiakan pada tahun ke 4 dan 5; makanya topografi dan sumber kawasan kambing kita tidak sesuai untuk pembiakan.

Pasal tu dulu dulu aku gabra semacam menjelang tahun ke 4 operasi. Aku risau sangat kalau SOP aku tak cukup bagus, atau kawasan aku kurang sesuai. Alhamdulillah, semuanya baik baik.

Pada pandangan aku, kalau tahun ke 4 dan 5 operasi, kambing masih membiak elok - maka kawasan takde masalah, dan pengurusan kita sebagai pembiak adalah betul dan memuaskan.

Ada masalah gagal membiak? Check balik garam jilat kita, atau sebarang praktis dan makanan kambing yang mencuri atau merosakkan keseimbangan mineral intake kambing kita.

Salam pembiak tulen!

*Ada garam jilat yang direka khas untuk kambing susu dimana terbukti produksi susu memang bertambah tetapi harganya mahal, dan aku rasa untuk operasi kambing pedaging tidak memerlukan garam jilat spesifik sebegitu.

*Kambing high performance kena high input, kena high quality punya garam jilat. Ada penternak (actually banyak penternak) kurang pengalaman yang bangga berdegar degar cerita garam kosong dah cukup untuk operasi dia, tapi bila aku jenguk balik tahun ke 4 dan 5 - habih tunggang langgang kambing gagal membiak, atau slow sangat kadar pembiakan.

*Kambing kacang tulen, sekiranya diberi garam jilat high quality (dan SOP memuaskan), akan overperform. Sangat pantas membiak, dan saiz bertambah besar bagi keturunan mendatang. Jangan pandang rendah kemampuan native breeds. Diam diam berisi. Dan hanya menunggu pembiak yang pandai 'harness' atau pandai eksploitasi kelebihan yang ada padanya.









4 comments:

  1. http://nernnyagrofarm.blogspot.com/December 2, 2013 at 5:26 AM

    Fuh... Thanks so much information yang panjang lebar. Saya rasa selama ini sy guna garam kasar biasa saja RM 1.50/ 1KG, tahun ke-3 saya gagal ibu kambing beranak 12 ekor 14 anak yg dilahirkan semua sihat semasa lahir. Tetapi setelah 2 bulan sunami penyakit melanda... 6 ekor ibu mati, 3 sakit dan hanya 5 ekor anak tinggal. Secara teorinya kambing cross luar negara amat memerlukan gram yang mengandungi khiasat yang lengkap spt yang prof katakan. Ini sebagai satu pengajaran kepada penternak seperti sy jangan ambil mudah dengan garam yang diperlukan oleh kambing. Thank Prof Alwi.

    ReplyDelete
  2. Tempoh haro saya ada sms tuan berkenaan garam jilat. Memang high quality lick salt bagus utk herd katjang saya. Tapi untuk anak 2/3 bulan boleh jadi fatal utk mereka. Sendi jadi bengkak mcm gout. Menyebabkan anak jadi immobbilize dan taj dpt menyusu dengan sempurna. Seterusnya mati kerana hunger/famine. Tapi untuk induk, memang cukup baik. Cukup baik.

    ReplyDelete
  3. Saya bukan.penternak ruminan tetapi penternak udang putih...
    Membaca blog prof adalah sesuatu yang mencelikkan...

    Pengalaman saya dalam akuakultur ternakan udang putih dan udang harimau pun menyaksikan.kejatuhan ketara pengeluaran udang pada cycle pengeluaran samada cycle keempat atau kelima
    Pengamatan mendapati semuanya menjurus kepada nutrient deficiency...kekurangan mineral makro dan mineral mikro...
    Tulisan tuan make sense to us... Tq for sharing.

    Muhsin. Kepong Terengganu.

    ReplyDelete
  4. Garam jilat jenam apa yg terbaik?

    ReplyDelete