Thursday, December 5, 2013

BENGONG IT

Akhirnya aku beli smartphone. Tapi bukan untuk aku. Bini. Dan dia tukar balik kepada handphone lama kerana smartphone baru memeningkan. Aku tak dapek nak nolong pasal aku sendiri lagi pening tengok smartphone. Baru guna smartphone berapa minit, habih semua kredit dia aku kerjakan. Cilakak punya smartphone. Smart lah sangat.

Bila di bangi, aku rasa sungguh ketinggalan bila berkumpul dengan famili. Semua adik beradik, dan mak bapak aku guna smartphone, dan whatsapp. Sedara mara pun sama. Dan aku masih melekat dengan handphone archaic aku. Semua orang pandang aku dengan kehairanan. Aiii...

Bengong IT sungguh aku ni. Takde harapan dah ni. Tak mampu nak kembali ke pangkal jalan.

Pekerja aku sendiri lagi celik IT dari aku. Boleh guna smartphone $1200. Aku punya $80 aje. 

Kenapa semua orang canggih manggih? 

Dan apa sebenarnya Zorpia? dan Twitter? dan Google Plus? dan Instagram? dan macamana nak like facebook page orang lain? butang tang mana tekan? 

oh crap. I am an idiot. 


2 comments:

  1. Teringat one of my bosses comment on smartphone...

    Sin..subuh tadi aku nak baca lah yasin ikut hp baru aku ni..(htc desire)
    Sekali keluar gambar perempuan separuhbogel...menggelabah aku atas sejadah..nasib baik bini aku tak nampak...

    Muhsin Kepong Tganu

    ReplyDelete
  2. You r not alone, Bro!! Eden pun camtu jugak!!

    ReplyDelete