Thursday, December 5, 2013

$2,500

Kementerian Pertanian sasarkan income kurang kurang $2,500 sebulan kepada semua petani moden, penternak moden, atau siswazah tani.  Haaa soalan cepu mas kepada semua penternak kambing. Boleh dapat tak sasaran income koman koman $2,500 sebulan?

Boleh. Boleh sangat.

Bagi seorang pembiak kambing pedaging, dan cukup mahir, hanya perlukan sekitar 50 ibu kambing untuk capai income tersebut. Ni pun jualan kambing hidup sahaja semata mata berdasarkan harga $500 seekor.  Kalau kita buat macam macam lagi sumber pendapatan berkaitan – tak kisahlah susu ke, tahi kambing ke, BBQ ke, jual rumput ke, sabun susu kambing ke, trading kambing ke - bolehlah kurangkan lagi bilangan induk.

Bagi seorang pembiak tulen macam aku, yang bukannya usahawan ternak, 50 ibu akan membawa kepada populasi semasa kambing antara 100-150 ekor.  Anggaran kos kandang untuk memuatkan 150 ekor kambing ialah 16x18x150 = $43,200. Jangka hayat 10 tahun. Susutnilai kandang jadi $4320 setahun.  Jualan kambing hidup  boleh dapat sekitar $5,000 sebulan. Maknanya $60,000 setahun.

Memang boleh untung. Memang mudah aje dapat income $2,500 sebulan. Tapi tang kos awal kandang yang sakit ye tak?. Mahal sangat.

Pengalaman aku sendiri dimana setiap 2 tahun kena expand kandang memang pengalaman yang menyakitkan. Tang membiak takde masalah – dan kadar pembiakan rendah menjadi punca ramai penternak kambing tumbang  – masalahnya construction cost ni yang menjadi penghindar dan membuatkan para pembiak termenung.

Takde ke mana mana jurutera genius yang boleh perkenalkan kandang modular dan do it yourself punya teknologi?

Kalau para pembiak kambing ada access kepada kos kandang yang murah, atau pun special soft  financing untuk pembinaan kandang – sekejap je boleh meletup industry ternakan ni.


It's a Big problem. N it's also a Big opportunity...

2 comments:

  1. aii den msih blum mncpai tahap tu..byak lg kna perbaiki ni..:-)

    ReplyDelete
  2. kalau kos kayu semakin naik. gantikan kayu dengan besi, bukan semua bahagian la. mungkin yang sesuai macam bahagian bumbung, tiang pulak ganti dengan batu 4x4@6x6. lantai masih tetap kena guna kayu.

    harga kandang yang buat penin.

    ReplyDelete