Monday, November 11, 2013

MISSION POSSIBLE

Objektif : Jangan bagi awek seksi tergaru garu, bila naik kandang kambing


Damn, that is not a proper objective.

Orait. Sepanjang aku bela kambing dah lapan tahun, sekali aje aku sembur kandang untuk halau parasit. Sekali aje.

Jangan ikut aku.

Ini bukan cara yang betul. Sebaiknya kita sembur kandang kita dengan semburan anti parasit dan semburan anti kuman setiap tiga bulan.

Contoh semburan anti parasit ialah jenama Taktic. Bahan aktifnya (atau perawis aktif) aku dah lupa. Antara yang terbaik dan terkuat. Tapi mahal siot. Adalah dalam $500-$600 untuk sebotol 5 liter. Boleh tahan lama pasal campur dengan banyak air. Boleh halau hampir semua jenis kutu hama tungau dan parasit parasit halus termasuklah penyebab kurap. Sesuai untuk seluruh kandang dan mandikan kambing tanpa risau.

Aku dulu guna malathion aje. Murah. Orang kata bahaya untuk kambing. Tapi aku guna hati hati. Takde pula nampak kambing tumbang atau kambing sakit. Racun kelas III. Tapikan, penggunaan malathion ni JPV tak galakkan. Tak berapa standard. Kot lah. Tanyalah geng diorang betul betul kenapa tak galakkan penternak guna.

Masa aku pi kursus di sebuah ladang kambing, dia sembur kandang guna amitraz. Anti parasit ye, bukannya anti kuman. Laju je sembur, dari atas kandang sampai lantai kandang sampai ke kambing. Sampaikan semburan tu masuk ke dalam air minum kambing. Takde masalah katanya, pasal geng ladang ayam pun biasa guna amitraz. Dan amitraz ni racun kelas III sama macam malathion.

Aku masa guna malathion dulu takdelah main sembur laju aje. Pelan pelan aku buat. Air minum kambing semua aku buang, dan aku tak sembur ke atas.

Well, aku rasa aku nak guna amitraz sebagai semburan anti parasit. Aku nak sembur habih semua kandang kandang dan kambingnya dan aku sekali. Mana tahu boleh kurangkan miang miang keladi aku ni hehehe. Taktic.... nantilah dulu. Test dulu yang murah murah ni dulu. Almaklumlah aku ni kan low input.

Itu anti parasit. Kalau antikuman - boleh guna Lindores dan yang sewaktu dengannya. Khusus untuk mengawal pembiakan bakteria dan virus daripada meletup tak terkawal. Tapi Lindores ni tak boleh kena cahaya matahari. Sekejap aje terurai dan hilang keberkesanannya kalau terdedah kepada cahaya matahari. So kena hati hatilah kalau nak guna Lindores.

Aku? Belum ada cadangan nak guna. Pasal aku lebih cenderung kepada cahaya matahari sebagai penyahkuman yang terbaik lagi percuma. Kalau kandang gelap dan buat pembiakan sistem intensif, atau bela kambing susu, eloklah guna semburan antikuman. Kuranglah risiko penyakit.

Now, ada satu lagi isu yang aku nak cerita. Pasal EM. Effective Microorganism. Probiotik.

Aku fikir EM dia punya biggest advantage, atau kelebihan mutlak dan tidak boleh disangkal ialah kemampuan nyah bau. The best. Jauh lebih baik berbanding penggunaan kimia untuk mengawal bau tinja.

Tapikan, bila bab kawalan parasit dan kuman pada kandang, aku fikir jangan bergantung kepada EM semata mata. Kawalan kimia adalah lebih berkesan berbanding EM. Aku puas tanya, atau perhatikan senyap senyap ladang ladang kambing yang banyak guna atau 'rely heavily' dengan EM. Dan aku dapati mereka masih selang seli sembur Taktic, Lindores, dan EM.

Ada semburan antiparasit, ada semburan antikuman, dan ada semburan EM untuk kawal bau.

Aaa lagi baiklah kan macam itu. Tapi tu lah, banyak kerja dan... tinggilah input kita. Emmmm... tak dak masalah ni. Boleh je buat. Demi kesihatan kambing, dan demi kesejahteraan awek awek seksi lagi seksa jiwa raga yang datang melawat ladang kita kihkihkih...

Salam hormat!



No comments:

Post a Comment