Sunday, November 10, 2013

MINI SKIRT!

Kambing Aku Suka Gigit Mini Skirt


Ada pelawat ladang aku yang cukup 'daring' dalam berpakaian. Ada yang pakai seluar pendek yang sangat pendek. Ada yang pakai mini skirt, mungkin juga lebih sesuai dipanggil micro skirt. Ada juga yang nampak cleavage atau pangkal dada.

Well, semua pembaca blog aku tahu yang aku ini jantan, bukannya betina. Dan jantina aku ini membuatkan aku dalam keadaan serba tak kena lagi tak keruan bila dikunjungi pelawat serba seksi.

Aku tak boleh fokus cerita pasal kambing bila sekaki dua dari aku ada 'gelombang keseksian' tahap badai taufan no 5, atau pun Rozita Che Wan, atau Hyuna K-Pop. Aku tak tahu jantan lain macam mana, tetapi aku tahu diri aku sendiri, dan aku sangat tahu aku lemah betul selemah lemahnya bila sampai bab ini. Dah la iman aku lebih nipis dari kulit bawang atau lagi lagi lagi nipis dari transistor 25 nanometer dalam cip komputer. Lari habih berterabur pula iman yang sedia nipis tu bila pompuan seksi depan mata. Langsung takde baki. Yilek. Mampuih aku...

Mungkin para pelawat seksi ni ingat aku buat agrotourism. Padahal ladang aku ni super hardcore. Tunggang langgang, banyak hama kutu dan parasit parasit yang sekufu dengannya. Kalau terhinggap kutu hama kat peha atau pangkal dada yang seksi tu, aku tak tahulah nak cerita macam mana (of course aku dapat bayangkan - kepala otak jantan, memang panjang bersambung sambung bagaikan cacing pita imaginasi ni).

So bagi aku hak berpakaian pelawat ladang aku tak boleh kacau. Dan aku tidak ada dan tidak akan menyatakan kod pakaian. Aku bukan pejabat kerajaan, tetapi ladang private. Terpulanglah kepada citarasa para pelawat.

Nampak gayanya aku kena sembur juga kandang kambing dengan semburan anti parasit dan anti mikrob, dan EM. Kena kurangkan faktor risiko tergaru garu kepada para pelawat utamanya yang jenis seksi lagi seksa jiwa raga aku ni.

Time to clean up!

Salam!


*Setakat ini belum ada pelawat pakai kasut tumit tinggi yang runcing hujungnya tu. Kalau ada yang berani pakai, ...... hey seronok juga bayangkan apa yang terjadi di atas lantai kandang.. :) :) :).

1 comment:

  1. Ado gak yang nak tgk kambing pakai micro skirt parah btul ...hahahaha

    ReplyDelete