Thursday, November 28, 2013

LALAH RIVER GOAT FARM

Dan Letupan Populasi Kambing


Aku nak ucapkan tahniah kepada Lalah River Goat Farm (LRGF), dan juga rakan rakan ternak (pembiak) lain yang sedang membesarkan usaha.

Aku sebenarnya nak buka cerita tentang betapa perlunya LRGF besarkan kapasiti kandang, dan aku telah pun siap draf post, sebelum tiba tiba komputer aku blackout sendiri, dan aku naik angin terus hilang mood nak tulis. Besoknya LRGF keluar post cerita pasal kandang tengah upgrade. Macam telepati aje.....

So ini draf baru. Now, masa aku pergi LRGF dulu, aku nampak LGRF sedang mula mengalami situasi kambing beranak berderet deret. Populasi kambing sedang berkembang pesat. Dan ini semua terjadi bilamana LRGF cerita kat aku bila dia 'adopt' beberapa saranan penting sepertimana yang dibaca dalam blog aku.

Utamanya pemberhentian hampas soya basah pada kuantiti besar untuk kambing pembiak, dan penggunaan dedaun menggantikan rumput.

Apa yang dilalui oleh LRGF sekarang ini hanyalah permulaan. Dan aku yakin in sha allah sekiranya LRGF terus melalui jalan yang sama, akan ada lagi ledakan populasi kambing pada skala lebih besar. Walau pun LRGF tidak gunapakai sistem gembala.

Dan ini membuatkan aku risau. Aku risau kerana pada masa aku melawat, LRGF telah pun nampak penuh kandangnya. Aku risau LRGF tidak dapat menangani kenaikan mendadak populasi kambing.

Kambing beranak pinak, memang seronok sangat kita tengok, tetapi semakin besar daya pembiakan kambing kita - semakin besar juga daya daya yang ingin mencantas populasi kambing.

Ektoparasit. Endoparasit. Patogen.

Untuk mengurangkan tekanan dari daya daya pencantas tersebut, samada kita jual sebahagian kambing, atau pun besarkan kandang. Atau buat kedua duanya sekali.

Sukar. Keputusan yang sukar.

Kalau ikut recommendation aku, LRGF kena buat dua dua serentak - kerana populasi kambing akan lebih besar darjah ledakannya pada masa depan.

Dan LRGF dalam situasi persimpangan - antara kambing susu dan kambing pedaging. Ini pun keputusan sukar. Kejar dua dua - kena bersedia untuk lebih investment. Tapi kalau dua dua dah stabil, memang mahsyuk la income.  Ting ting ting dengar bunyi duit masuk aje lah jawabnya.

Apa apa pun, aku berharap yang terbaik untuk LRGF, dan mana mana rakan pembiak yang sedang giat melalui fasa pengembangan.

Selamat membiak!

1 comment:

  1. Terima kasih, Bro Alwi. Sejak lawatan Bro sekeluarga dan dengan saranan kat blog Alwigoatfarm, kami kat LRGF mendapat suntikan semangat kuat!! Memang kami berada kat persimpangan jalan.....kami harap pilihan kami adalah terbaik..dan mengharapkan bimbingan berterusan dari Bro.Alwi. Dan....durian dah mula berputik,..kali ni bolehlah makan durian fresh, bukan lagi frozen!!! Tq.

    ReplyDelete