Thursday, November 28, 2013

KAUM MUDA KAUM TUA

Ideologi Biak Kambing


Beberapa tahun yang dulu, semasa gembala kambing aku di bawah sawit sambil ditiup angin sepoi sepoi bahasa jiwa bangsa, aku sempat berdialog dengan seorang penternak kambing yang 'prominent' atau mahsyur di tanah air.

Masa tu kambing aku ada dalam 200 ekor. Semua sekali termasuk anak anak kambing. Dan sang penternak 'prominent' ini ada 400 ekor. Lebih lama bela kambing dari aku. Dan semasa zaman Pak Lah, kemahsyurannya di puncak dan memiliki lebih 1000 ekor kambing.

Masa aku berdialog tu, Pak Lah dah keluar politik, jadi kambing punya 'bubble' dah pecah - ramai tergolek, dan dia tengah downsize bilangan kambing. Tinggal lah 400 ekor.

Dan bilamana aku bercerita kepadanya yang aku boleh hidup aman damai atau 'profitable' dengan bilangan kambing cuma 200 ekor, dan aku buat breeding semata mata tanpa ada trading, importing, susu,tinja atau tanpa mana mana sumber pendapatan lain - dia mati mati tak percaya. Berkali kali cakap tak percaya.

Dia kata sedangkan dia yang ada 400 ekor pun tak boleh survive, macamana pula aku yang 200 ekor boleh pula elok survive. Dan dia beritahu aku dia ada buat bisnes lain untuk tampung kehidupan. Harapkan kambing 400 ekor untuk menjana pulangan yang memuaskan adalah mustahil, katanya.

Dan dia bukan sahaja buat breeding, trading pun jalan. Tapi masih tak cukup.

Hmmmm.....

sang penternak prominent itu bukan pembiak tulen. Dan aku tak nak bertekak panjang disebabkan masa tu aku tengah gembala kambing, dan sebilangan kambing dah pun hilang ntah ke mana.

Sistem aku dengan sistem dia berbeza dimana dia buat intensif, guna dedak formulasi sendiri, dan guna napier atau guinea. Yang aku pula sistem gembala, dedak tak banyak guna, dan kambing ada capaian kepada dedaun, senaman dan cahaya matahari.

Cuma baka je yang sama - local cross.

Dari segi prestasi pembiakan, dia sendiri pun teragak agak tak tahu rekod kadar kelahiran kambing dia macam mana setiap tahun. Rekod berat adalah. (Dan realitinya sebahagian besar penternak kambing yang mahsyur mahsyur di tanah air sekarang tak tahu prestasi pembiakan kambing sendiri macam mana - terlalu sibuk dengan kadar kenaikan berat badan kambing semata mata).

Aku dapati aku ada 'clash of ideology' dengan kebanyakan penternak kaum tua (aku tak kata semua ye). Geng penternak muda senang sikit nak masuk bila berbicara ideologi bela kambing. Majoriti kaum tua percaya kepada sistem intensif, dan sangat cenderung kepada prestasi kenaikan berat badan. Manakala majoriti kaum muda lebih terbuka dengan sistem semi intensif dan prestasi kadar pembiakan.

Buat masa ini, ideologi kaum tua masih dominan - dan hasilnya masih tidak memuaskan. Kita masih dalam zaman kegelapan bagi para pembiak kambing.

Manakala masa untuk kaum muda dan ideologinya belum tiba. Tapi lama kelamaan akan sampai juga saat tersebut.

hmmm... balik kepada cerita sang penternak prominent yang mati mati tak percaya aku boleh survive sebagai pembiak sepenuh masa dengan 200 ekor kambing sahaja. well.... sebab tu adalah penting kita fokus kepada kadar pembiakan sebagai KPI primer ladang.

Kalau kadar pembiakan baik, dah tentu ada benda (kambing) yang nak dijual. Ada lah potential profit. Penggemukan untuk cepatkan kenaikan berat kambing adalah perkara enteng lagi mudah.

Kalau kadar pembiakan rendah, mana ada benda nak dijual. Nak gemukkan macam mana ye tak?

So la ni aku ada 250 ekor kambing. Je.

That is right, you read it. Bukan 250 ibu, tapi 250 ekor kambing. Dah kurang 100 ekor. Aku bukan commercial status. Adakah aku masih profitable? (Kalau ikut buku teks panduan pembiakan kambing yang ditulis oleh kaum tua - kena ada 250 ibu kambing, baru profitable dan baru berbaloi guna pekerja)

Tuan puan buatlah kesimpulan sendiri.


Salam pembiak tulen!

1 comment:

  1. Kena kunyah betul2 ni..betul2 kunyah..sampai lumat..telan pati jus..hampas kunyah2 lagi..kemudian telan..

    Perkara pokok kena yakin dgn jalan anbiya'..kena yakin..kena percaya..kena tawakkal..

    Satu manfaat yang saya dapat dari gembala kambing yang ada di ladang adalah ketenangan..ketenangan yang sukar diperolehi ketika bela lembu.ketenangan yang sangat mengasyikkan..ketenangan yang ada unsur candu..menghayalkan dan menyebabkan ketagihan.

    Doa saya agar tuan alwi sentiasa berjaya..dan rakan2 lain..termasuk diri sendiri..supaya boleh survive dengan 200 ekor kambing..perkara pokok kena yakin..yakin

    ReplyDelete