Wednesday, September 4, 2013

MASIH BERDIRI

Masih elemen merdeka. Orang lain semua dah cool down, aku pula masih berapi api.

Ada satu persamaan yang aku perhatikan kepada semua penternak dan pembiak kambing yang masih hidup, yang masih berdiri tegak, dan yang masih megah mengibarkan bendera.

Tak kisahlah samada yang bermodal jutaan atau yang start kecik macam aku.

Kesemuanya bebas dari segi pemikiran. Tak takut untuk mengeluarkan kata kata dan buah fikiran yang berlawanan arus. Berhadapan, baik secara bersendirian mahu pun umum.

Kesemuanya kena blacklist.

Kesemuanya bebas dari kebergantungan. Tidak mengharapkan bantuan jpv, tidak mengharapkan importer, dan tidak mengharapkan subsidi kerajaan.

Kesemuanya anti importer, dan menolak nasihat puak puak importer.

Tetapi semua penternak dan pembiak ini masih hidup makmur walau tanpa bantuan. Yaa takde masalah.

Manakala semua penternak yang bergantung harap kepada kerajaan dan berpandukan nasihat importer, akhirnya semuanya mendarat ke parit dalam yang penuh air deras. Kemungkinan sangat tinggi untuk lemas, gagal bebaskan diri keluar dari parit tersebut.

Aku dah banyak kali menyaksikan fenomena sebegini. Memang akan sentiasa ada bekalan penternak penternak baru untuk buat persembahan sebegini.

Dan aku pasti dan pasti, dan pasti senantiasa berulangkali menyaksikan mana mana penternak yang mendewa dewakan jpv dan importer, riwayat hidup mereka tidak lama walau pun gah gegak gempita seluruh negara pada awal kemunculan mereka.

Jalan seorang pembiak adalah jalan yang melatih kita untk merdeka, bebas dari kebergantungan. Jalan yang membolehkan kita bebas untuk berfikir, bertindak dan berkata kata. Tanpa rasa takut. Sebab itulah para anbiya' semuanya menjadi pembiak dan pengembala kambing.

Mereka mahu benar benar merdeka.

Bergantung hanya kepada Tuhan.


Salam!

No comments:

Post a Comment