Monday, September 23, 2013

KAMBING 1 DINAR WEHHH!!!

Terima kasih Mar Celo kerana quote harga terbaru 1 dinar emas kepada aku. $730. Maknanya sekilo berat hidup kambing adalah $20. Sama dengan harga jualan aku sekarang.

Kepada semua penternak kambing pedaging, harga terkini seekor kambing sembelihan 35kg berat ialah sekitar $700. Dan apa sahaja yang kita buat, atau apa sahaja teknik ternakan kambing yang kita gunakan - kita kena ingat harga siling ialah 1 dinar. Pahat baik baik dalam memori kita.

Makanya, mana mana operasi pembiakan yang input rendah memiliki suatu kelebihan yang besar. Kelebihan absolut? Tidak. Tetapi masih suatu kelebihan yang boleh menentukan 'viability' bisnes kita.

Pulangan lebih menarik sekiranya input lebih rendah. Dan dalam masa yang sama output tinggi. This is our game.

Now, wujud laungan reformasi, atau transformasi, atau apa sahaja 'nasi akan jadi bubur' bidang ternakan sekarang ni. Gegak gempita. Laungan transformasi ini semuanya sibuk promosi kita kena jadi high tech untuk memajukan industri ternakan. Malangnya yang aku nampak semua high tech yang digembar gemburkan itu semuanya adalah bersifat high input yang langsung tidak menjamin output.

Dan laungan transformasi ini seperti biasa ditunjangi oleh puak puak importer yang tidak tahu membiak (semua projek pembiakan diorang ni gagal samada projek sendiri atau diorang jadi konsultan) tetapi cukup 'savvy' atau 'brilliant' dalam marketing.

Kos nak mulakan sistem penternakan high tech semuanya tinggi tinggi melangit. Tak terjangkau oleh banyak orang yang berminat menternak. Yang mampu hanyalah individu atau syarikat kaya raya. Dan puak importer cukup suka target bakal penternak dan penternak baru yang ada poket dalam dalam sebegini. Mana mana yang kurang berduit - ambik lah kambing feral sikit sikit buat stok untuk dijual.

Modus operandi puak puak importer ialah merekrut sebanyak mungkin bakal bakal penternak dan penternak penternak baru untuk turut sama menunggang bersama mereka, tetapi akhirnya meninggalkan pengikut baru terkontang kanting terpinga pinga di tengah padang pasir.

Puak puak importer tak berani ajak pembiak berpengalaman dan penternak veteran bersama mereka kerana mereka tahu skema licik mereka akan didedahkan, dibogelkan, dan dibedah satu persatu.

Harapan (atau lubuk emas) puak importer terletak pada bakal penternak dan penternak baru yang belum mengerti hakikat sebenarnya, dan puak importer tahu mereka kena berterusan mencipta dan merekrut bakal bakal penternak untuk kesinambungan poket mereka.

Ini adalah gelembung yang semakin besar dan akan pecah juga suatu hari nanti. Peristiwa gelembung membesar dan pecah ini akan berterusan selagi polisi ternakan negara masih dipengaruhi importer dan mentaliti import.

Hakikatnya dalam industri ternakan kambing pedaging, 1 dinar adalah harga rujukan, atau harga yang kita akan pegang sekejap kejapnya. High tech husbandry yang dilaung laung menggegarkan seantero alam semuanya adalah high input yang memanjangkan masa pulang modal, dan tidak memungkinkan pedaging dijual pada harga 1 dinar.

Ni yang ramai tak nampak ni, utamanya bakal penternak dan penternak baru.

Sebenarnya kita boleh dan kita mampu buat projek pembiakan yang menghasilkan pedaging pada harga 1 dinar. Low input husbandry. Low tech. Takde gegak gempita pun. Rasul rasul Allah semua dah lama buat. Myanmar yang low tech pun boleh eksport kambing kepada kita. Malah australia dan south africa yang diagung agung kan itu pun buat low tech, semi intensif aje. Baka baka pedaging world class tu semuanya produk low input low tech husbandry.

Takde pun guna high tech. Asasnya ialah pembiakan, dan pembiakan low input. Teknologi sebagai enhancement atau pelengkap kepada asas.

Eh awi ko tahu tak kalau kita buat high tech ladang kita - kita boleh dapat satus bionexus dan kementerian kewangan boleh bagi $500,000, 2 juta, malah 5 juta?

Haa bagus. Baguslah tu. Bukan niat ikhlas nak sambut cabaran meningkatkan pengeluaran daging dalam negara, tapi nak sapu duit rakyat buat pelaburan dalam stock market, atau kondominium.

Tuan puan penternak, semua syarikat ternak status bionexus, yang high tech high tech ni semua dah bungkus, dah lesap dengan duit rakyat, duit kita semua. Yang mana masih berdiri (dan sibuk melaungkan diri mereka sebagai terkehadapan atau 'state of the art'), sebenarnya adalah gagal dalam operasi pembiakan, dan terpaksa bergantung kepada kontrak jpv untuk 'bail out' mereka. They need government help to save their sorry ass. Mereka tak mampu menghasilkan pedaging pada harga 1 dinar, dan bergantung kepada jpv untuk pasaran baka dimana harga boleh mencecah 2-3 dinar.

Sebenarnya jalan seorang pengembala adalah jalan yang memelihara kemerdekaan diri kita. Bebas dari meminta minta bantuan kerajaan. Bebas daripada membebankan rakyat. Kalau dapat kontrak dengan jpv untuk bekalkan baka, itu sepatutnya adalah suatu bonus. Bukannya penyelamat atau talian hayat bisnes kita.

Dan sesungguhnya kita mampu menghasilkan pedaging pada harga 1 dinar. Sesungguhnya kita mampu membiakkan kambing pada harga tersebut.

Percayalah kepada darah sendiri.

Percayalah kepada jalan yang telah ditunjuk dan dilalui oleh semua rasul rasul Allah.

Percayalah pada kemampuan diri sendiri.

One dinar is our game.


Salam!

3 comments:

  1. good article..memang harga sekitar tu 20 ringgit..
    anyway, aku punya penentuan harga agak lain skit..but all depends on customer acceptance..

    ReplyDelete
  2. Assalam..boleh kah saya bertanya, di mana boleh beli kambing dengan 1 dinar?

    ReplyDelete
  3. saya berminat nak beli kambing dengan harga satu dinar, boleh tahu lokasi di mana?

    ReplyDelete