Wednesday, June 12, 2013

SUESEPHIA on "BILA AKU KOMPLEN NGAN SOON SOON"

Komen (cik ke puan ni?) suesephia kepada salah satu post aku.

"Salam..saya pun guna dedak yg sama.& baru semalam anak kambing jantan jamnapari saya yg plg sayang pulak tu hadapi masalah yg sama. Baru umur 4bln dgn berat hampir 20kg.. Sekarang makanan apa yg u bagi ya..boleh share? Selalu bagi rumput ke macamana? Boleh share dgn saya tak?"

Here is my answer to miss suesephia :

Bukan kambing aku sahaja yang terbakar dengan dedak soonsoon ni, dengan aku sekali panas terbakar tak puas hati punya pasal dengan dedak soonsoon la ni. Formulasi dia dah lari tak macam dulu. So aku tak recommend beli untuk digunapakai kepada kambing, melainkan kambing betina.

Anyway, bagi kambing jantan yang sedang mengalami masalah susah nak kencing, kita stop bagi dedak, kita bagi foraj segar sahaja (rumput + dedaun). Foraj segar ni memang nisbah kalsium : fosforus terbaik, tidak mengundang masalah. Kalau nak bagi rawatan, boleh guna ubat herba yang dijual (handmade) oleh salah seorang ahli persatuan pembiak kambing malaysia yang menetap di pulau pinang. Namanya Satar Lajeh. No handphone... mana plak ni... ahh ni dia... 013 430 2871. Berkesan juga ubat herba dia ni untuk mengatasi kencing tak lawas.

Dan tukarlah kepada feed yang lain untuk kambing jantan. Cari yang buat analisis makmal, ada senarai ramuan dan nisbah kalsium : fosforus (Ca: P). Ada juga feedmaker kecil kecilan yang buat quality control ni, bukan feedmaker yang besar besar sahaja. Terpulanglah nak guna mana satu.


Salam.

8 comments:

  1. Salam...

    Antara soya,gandum,jagung,copra, mana yang mmpunyai risiko yg rendah untuk kene kencing tak lawas ni (Ca:P balaace 2:1)?

    ReplyDelete
  2. semua grain langsung tak balance ca:p. P lebih tinggi dari Ca.

    Kopra - I am not sure. Dah lupa research pasal ni. Still kena tambah Ca.

    soybean hull aje yang tak payah tambah apa apa.

    ReplyDelete
  3. Ok noted,tq prof.kt sni nk dptkn soyhull dh mcm nk cri emas.yg ada wheat pollard,copra cake,jgung.skrg prof pki dedak pe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jagung + soybean meal + gandum. 1 guni $47.

      Delete
    2. Soon soon jugak ke?den terdesak dh nk cri dedak soymeal based ni...

      Delete
    3. den pkai Soy meal pellet jnama FFM Cap Persahabatan..RM48 utk 50kg..bulehla stakat ni..hehe

      Delete
    4. Oo ffm pkai soymeal ke?ingtkn pkc based.cmtu sy nk cri ffm la..tq bro 4 the info

      Delete
  4. Tq prof..dari semalam bc blog prof ni sampai ke lepas subuh sambung balik. Seronok..tgk2 dpt jawapan mcm ni dari prof.

    Nnti saya hubungi contact yg prof beri tu..sebab nampaknya kembar dia pun macam tkena masalah yg sama. Baik saya cepat sebelum hilang sekor lagi yg memang saya plan utk baka.

    Means kena cari soybean hull jugak lah ya yg tbaik untuk jantan. Dedak yg prof bagi tu jenama apa ya? Mntak maaf btanya banyak..saya budak baru belajar ;)

    ReplyDelete