Wednesday, June 12, 2013

KOMEN PEMBACA kepada post PROJEK KAMBING PPK : THE LESSON

Ini adalah komen daripada saudara Ahmad Azhar Maarif. Aku takdak tapis tapis mahupun adjust adjust.

"salam.. inilah projek PPK yg bapa mertua saya dapat pada tahun 2007.. ia adalah projek berkelompok seramai 5 orang penternak di satu2 kawasan.. ada 6 kawasan di dalam N9 yg dapat projek nie dan kambing yg dibekal diimport Australia sendiri sebanyak 7 pejantan dan 140 betina.. 3 kawasan di tutup pada tahun yg sama akibat kematian.. 

sy sendiri setelah berkahwin pada 2008 dan menetap di rumah mertua turut menolong beliau kerana minat pada ternakan kambing dan kerana ketiadaan pekerja dan peserta yg menarik diri..

pertukaran pengurus besar kawasan PPk di sini adalah penyebab utama mengapa bapa mertua saya memulangkan kembali kambing2 ini.. kenapa?? asal datang je kenapa kambing x gemuk.. kenapa kambing xmembiak.. dah dtg awal pg, mmg la kambing nampak kurus pasal belum makan, dtg masa org tgh sabit rumput, lepas tue nak kene layan lagi, lagi lambat kambing makan.. 
sekalipun xpernah bertanya apa permasalahan kambing dan yg membelanya..

kesimpulan yg dapat sy dan bapa mertua saya buat adalah...
orang yg paling untung adalah konsultan yg telah memberikan idea untuk membuat projek ini..
orang paling rugi adalah penternak mcm bapa mertua saya kerana telah menghabiskan masa selama 2thn dan duit hampir 200k..
kesesuaian dan adaptasi kambing boer ini sendiri yang menggagalkan projek ini keran ianya diimport..
saya sangat bersetuju dgn bro alwi yang selalu menekankan WAJIB nya ada darah peribumi sekiranya ingin membela kambing boer ini. "

Hmmm...

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Azhar Maarif kerana sudi berkongsi pengalaman beliau. Testimoni encik azhar ni mahal harganya, kerana kepahitan yang dilaluinya, dan pasti menjadi panduan yang sangat berguna untuk kita semua.

"Our blood is the best blood there is"


Salam.

6 comments:

  1. Ini la jadi bila projek macam tu diberi kepada orang yang tak tahu pasal kambing. Kambing kurus tak semestinya tak perform. Kambing gemuk tak semestinya sihat.

    Nyusahkan orang & membazir duit je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea bela atas pasir yang banyak menyusahkan ni, nak plagiat aussie punya style - memang tertonggeng kambing kambing tu

      Delete
  2. bukan di nogori je ..di Kedah pun sama kes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu malaysia, belum nampak lagi yang berjaya. Yang masih hidup semuanya secound round fresh capital injection

      Delete
  3. consultant yang paling untung kan? aku rasa aku tahu sapa consultant nya ni kihkih

    ReplyDelete
  4. terima kasih prof alwi kerana telah postkan ape yang saya komen di blog prof..

    ReplyDelete