Wednesday, March 20, 2013

GOLD IS NOT AN INVESTMENT


Pelik sungguh aku bila ada pihak sibuk benar suruh kita melabur dalam skim pelaburan emas.

Emas dan perak katanya memberi pulangan yang sangat menguntungkan. Katanya lagi, emas terbukti sentiasa bernilai bagi manusia dalam mana mana tamadun. Dan nilai emas sentiasa stabil, tanpa banyak fluctuation - tak macam harga komoditi. Tambahnya lagi Nabi Muhammad SAW pun menggunakan dinar emas dan dirham perak sebagai matawang.

1 dinar emas tetap dapat membeli seekor kambing pada zaman nabi hinggalah zaman sekarang. Nilai emas sukar dipengaruhi inflasi.

Tak macam matawang kertas, 1 ringgit malaysia dapat membeli seekor ayam kampung hidup zaman nenek kita, tapi 1 ringgit malaysia sekarang dapatlah kepala ayam aje. Terlalu mudah dipengaruhi inflasi.

Nilai emas tetap sama. Dulu, kini, dan selamanya. Stabil.

Sebab stabil itulah tak sesuai dijadikan pelaburan.

Tetapi sangat sesuai dijadikan matawang.

Bagi aku, emas bukanlah pelaburan tetapi sebagai simpanan. Savings or deposits. Bagi sesiapa yang dah ada excess cash, sesuailah beli emas daripada simpan tunai banyak sangat dalam akaun simpanan bank. Emas mempertahankan nilai semasa kekayaan kita. Menambahkan nilai kekayaan? Tidak.

Pelaburan atau investment ni bermaksud wujud kemungkinan pulangan (returns). Tak kisahlah pulangan positif atau negatif. Tak kisahlah pulangan itu boleh menambahkan kekayaan atau mengurangkan kekayaan. Dan sifat pelaburan ini merujuk kepada bisnes atau perniagaan.

Bisness ni yang baru kita katakan pelaburan. Wujud potensi pulangan dan dalam masa yang sama wujud potensi risiko. Wujud ketidaktentuan. Wujud ketidakstabilan.

Emas dan perak yang dijadikan matawang tidak boleh diniagakan. Haram. Spekulasi. Nabi tidak membenarkan kita membeli matawang, kemudian menyimpannya dengan tujuan membuat keuntungan. Matawang tidak boleh diperniagakan. Forex trading sememangnya diharamkan dalam Islam.

Setiap currency speculator macam George Soros atau sapa sapa pun lah yang terlibat dalam jual beli matawang untuk keuntungan adalah musuh Islam. Termasuklah emas dan perak. Bukan setakat dollar atau renmibi atau ringgit malaysia.

Simpanan emas boleh. Simpanlah berapa banyak yang termampu pun. (sebenarnya tidak banyak memberi manfaat pun simpan banyak banyak, lebih baik melabur dalam perniagaan, barulah wujud aktiviti ekonomi yang memberi manfaat kepada semua orang).

Bagi aku, emas bukanlah pelaburan. Jangan terpedaya untuk melabur dalam mana mana skim pelaburan emas. Beli dinar emas, simpan takpe. Tapi jangan lupa bayar zakat.

Gold IS NOT an investment.

Goat IS AN investment.

Choose wisely. Goat luck! 

All pretty and shiny. But won't grow by itself.

Pretty too. And they certainly grow!

4 comments:

  1. teruskan usaha menjadi seorang usahawan dan ahli perniagaan.

    Sunnah Nabi.

    ReplyDelete
  2. post mcm ni brula kena dgn jurusn yg prof amik dlu.economy+finance adela kne mngena.haha..tp den amatla stuju psal emas tu bkanlah investment tp simpnan yg slmat.tp dlm dunia kapitalisme ni xde bnda yg xtrdedah pd spekulasi tmbah2 lg bila paper trading/future trading dimulakan.haru-biru jadinya..

    yg nk g meeting jangkaan dlm 10org prof..sila booking mkanan.satay kambing xda ka.hehe..

    ReplyDelete
  3. btul..definasi pelaburan ni banyak orang keliru..lainlah kalau emas tu boleh beranak..hehe..

    emas ka berlian ka sebenarnya ada nilai industri..atau platinum..macam tu kalau nak melabur takpelah..sebab ada nilai tambah..teknologi handphone ka chips ka etc..

    ReplyDelete
  4. bela kambing. jual. ada lebih beli cincin emas 1 gram, buat simpan emergency. ar rahnu emas, beli anak kambing. gemukkan. jual balik. tebus emas di ar rahnu & beli emas lagi. hahaha. kayo!

    ReplyDelete