Thursday, March 21, 2013

BILA AKU KOMPLEN NGAN SOONSOON


Buat masa ini, dedak penggemuk yang aku gunakan bagi kambing jantan yang dah cerai susu dan masuk fasa penggemukan - ialah dedak soonsoon 5180. Ramuannya pkc + soyahull + cornmeal. Exact percentage aku tak boleh dedahkan melainkan tuan tuan sendiri tanya sama soonsoon.

Inilah soonsoon 5180 yang sesuai untuk penggemukan. Lebih baik gunakan ini daripada soonsoon 4120.

Aku suka 5180 disebabkan ianya adalah upgrade daripada 4120. Lebih sesuai kepada kambing especially kambing untuk digemukkan. 4120 adalah 100 peratus kulit kacang soya, dan ianya tidak efisien bagi ruminan. Banyak membazir pasalnya transit cepat sangat dalam perut, belum sempat hadam dah keluar jadi tahi.

So bila ditambah bijirin (cornmeal @ mil jagung) macam yang soonsoon buat kepada 5180, kualiti penghadaman diperbaiki. Ruminan sempat menghadamkan dedak tu sebab sifat bijirin ialah memperlahankan, jadi lebih banyak zat dari dedak sempat diserap.

Bijirin (jagung, barli, gandum, padi) ni proteinnya lebih rendah berbanding mil kacang soya atau pun pkc pke pkp. Tetapi disebabkan tenaga jenis karbohidrat tinggi, pasal tu bijirin memiliki kualiti penggemukan yang terbaik. Dalam bab penggemukan - peratusan protein, tenaga, lemak aku tak hirau sangat.

Janji ianya adalah karbohidrat. It must be carb. Karbohidrat ini yang berupaya masuk ke dalam sel daging dan menjadi lemak dalam sel. Intramuscular fat. Barulah daging jadi juicy, lembut dan menggiurkan. Kalau kita guna dedak berprotein tinggi (soya basah, soybean meal, soybean hull, pkc pke pkp), hasilnya tidak akan setanding berbanding dedak tinggi karbohidrat.

Grain is the king, and still the king for fattening process.

Bagi anak kambing, dan kambing menyusukan anak, lain pula ceritanya. Protein memang kena tinggi sikit. Dan aku suka soybean meal sebab palatibility dia tinggi. Anak kambing cukup suka rasanya, tak payah nak tambah molasses.

Ok, 5180 tahap protein dia kalau aku tak lupa ialah 12 - 14 peratus. Rendah berbanding 4120 (100% soybean hull), atau 5811 (soybean meal based). Tapi cantik lah tu untuk penggemukan. Dan aku mula guna 5180 sebaik sahaja ianya diperkenalkan oleh soonsoon.

Selama aku guna takde masalah. Aku puas hati dengan hasilnya. Melainkan bulan sudah. Aku tak tahu apa yang terjadi kepada soonsoon tapi aku memang betul betul hangin. 3 ekor kambing jantan aku mati tak boleh kencing.

Tuan tuan sebelum bulan sudah, ada juga kes jantan kencing tak lawas, tapi kesnya tak banyak, dan kambing jantan boleh recover selepas aku suntik terramycin LA. Takdelah sampai mati kambingnya. Dan aku tak pernah menggunakan ammonium klorida sebagai neutralizer.

Tapi bulan sudah 3 ekor kambing jantan aku mati. Bukan aku seorang, tapi ada juga kawan kawan lain ada kes kencing tak lawas. Tak boleh jadi, aku pun bising kat soonsoon. Masa tepon tu aku cakaplah aku guna sebulan 3 tan padahal tak banyak mana pun, dan aku kata aku tak nak guna lagi kalau tiada tindakan diambil. Saja je bagi nampak aku ni important customer, kalau tak mesti dia buat tak tahu aje.

Aku minta soonsoon check balik nisbah kalsium:fosforus. Mesti dah lari tu.

Seminggu lepas tu, soon soon tepon aku balik. Which is surprising sebab aku ingat dia buat tak layan je. Dia kata dia dah address masalah Ca:P. Dengan cara merendahkan fosforus sebab katanya kalau nak tambah kalsium, kos akan bertambah.

Hahaha.. soonsooon ni pun.. I am not that dumb. Thats a lie. Kelentong sungguh. Saja nak sedapkan hati aku. Patutnya tambahlah kalsium, macam mana pula kurangkan fosforus. Sebabnya semua dedak memang terlebih fosforus melainkan soybean hull.

Huh bengong soonsoon. Dia ingat semua penternak mudah dikelentongkan. Tapi sebenarnya penternak generasi baru (kita lah tuan tuan semua) adalah knowledge driven. Mana ada nak tunggu jpv suapkan ilmu, atau dok mengharap jpv panggil pergi kursus. Kita bukan macam geng dulu yang tahu nak jual kambing aje. Ada masalah sikit panggil aje jpv.

Kita generasi baru dah takdak macam tu. Ya memang aku perhatikan pembiak generasi kita dah berlainan sifat, yang mampu mengubah suasana industri masa depan. And I am truly excited by that fact.

Anyway, aku pasti ada lagi penternak yang kambing jantannya mati tak boleh kencing yang bising kat soonsoon, pasalnya baru baru ni soonsoon naikkan harga 5180. Lagi mahal dari 5811 dan 4120. Maknanya kos dia dah bertambah, probably dia kena tambah kalsiumlah tu.

Dan ini menyebabkan aku tengah menimbang untuk tukar pembekal. Hmmm.. soonsoon 5180 memang proven, sesuai untuk penggemukan sepertimana 5811 terbukti menambahkan susu. Tapi aku pasti mesti ada feedmaker yang rumusannya tak jauh beza dengan 5180.

So kepada mana mana feedmaker yang dedak penggemuknya ada bijirin at least 25-30%, dan Ca:P at least 2:1, dan protein tak lebih 15% bolehlah hantar quotation kat aku (peh!macamlah aku nak order banyak sangat)

Felda Biopalma macam ok, tapi takde ejen terdekat.

Buat sendiri dedak? Aduhhh takde masa lah nak buat. Pening lah campur sana campur sini. Aku nak beli yang complete feed, senang cerita.

Any idea?

3 comments:

  1. Salam..
    Kat area jhr ni,dedak soonsoon pyh nk jumpa.yg slalu jmpa soyhull pallet je,tu pn hrga dh dkat2 rm50.sy rsa btter beli dedak dr soyhull smata2. Sy ada dgr dedak siva brothers pun bgus,tp sy xpenah cuba.hrga kt sini rm48/50kg. Bro pnh dgr x dedak peladang jaya dr penang?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam..saya pun guna dedak yg sama.& baru semalam anak kambing jantan jamnapari saya yg plg sayang pulak tu hadapi masalah yg sama. Baru umur 4bln dgn berat hampir 20kg.. Sekarang makanan apa yg u bagi ya..boleh share? Selalu bagi rumput ke macamana? Boleh share dgn saya tak?

    ReplyDelete