Bagi pembiak pedaging low input....
Dan telinga
bukanlah untuk membebaskan haba.
Bagi
sapa sapa yang membiak kambing pedaging style low input,
pemilihan baka telinga labuh adalah kurang tepat.
Manakala memilih kambing dari sistem extensif untuk dimasukkan ke
dalam stail low input atau high input adalah tidak tepat. It is
waaayyy off the mark. Do not entertain the idea of buying
goats raised in extensive system for our breeding purpose. Do not.
Please.
Tapi
cerita kali ni akan fokus kepada kenapa telinga labuh (extra panjang
- macam jamnapari, atau shami) kurang sesuai untuk pembiakan pedaging
low input. Sapa sapa yang nak buat pembiakan pedaging high input
takpe boleh guna telinga labuh.
Ok.
Kita tengak observation Darwin dulu. Charles Darwin perasan satu
benda yang unik, yang membezakan antara binatang ternak dengan
binatang liar. Menurutnya cuma binatang ternak je yang telinga
panjang dan jatuh ke bawah. Semua haiwan liar tiada yang telinga
panjang atau jatuh ke bawah melainkan gajah.
"not
a single domestic animal can be named which has not, in some country,
drooping ears"
(Darwin - On the Origin of Species).
Darwin
juga perasan binatang ternak ada perbezaan kelakuan berbanding
binatang liar, yakni binatang ternak ada perasaan ingin
berdamping dengan manusia.
Selain itu Darwin juga perhatikan binatang ternak ada perubahan dari
segi saiz badan (menjadi lebih besar), warna kulit berubah (menjadi
semakin berwarna warni dan bertompok), bulu pun berubah (boleh
menjadi semakin panjang dan berombak - macam jamnapari), ekor pun
boleh berubah (menjadi semakin pendek dan berpusing serta bergoyang
ke kiri ke kanan bila nampak manusia), dan kitaran pembiakan juga
berubah.
Semua
perubahan itu terjadi apabila binatang ditundukkan, apabila binatang
masuk master-servant relationship, apabila domestication genes
diaktifkan, apabila keinginan berdamping manusia dipenuhi.
Tanpa
kehadiran dan campurtangan manusia, binatang tidak akan menjadi
binatang ternak, dan tanpa ternakan, tamadun manusia tidak akan
wujud. Tidak akan wujud.
Now,
tuan tuan pembiak telah pun mengetahui akan pemerhatian Darwin yang
membuka minda kita. Sekarang aku nak bawa tuan tuan pergi mendalam
sikit. Eksperimen Belyaev di Russia yang telah berjalan selama
berdekad dekad. Aku rasa mungkin masih berlangsung hingga ke hari
ini.
Ok.
Belyaev menjalankan eksperimen unik ke atas musang. Beliau mahu
melihat bolehkah musang liar dijinakkan dan apa yang terjadi kepada
keturunannya. Belyaev memilih berdasarkan kejinakan. Maknanya mana
mana musang yang nampak tidak takut bila manusia datang kepadanya,
atau nampak 'excited' bila manusia menghampirinya, maka musang itu
akan dipilih menjadi baka dan induk untuk dibiakkan, manakala
keturunannya pun akan dipilih pilih lagi untuk generasi selanjutnya.
Semua
pemilihan adalah berdasarkan tahap kejinakan. Makin jinak, makin
bagus. Tetapi dalam masa yang sama, Belyaev juga menjalankan seleksi
pembiakan berdasarkan keliaran atau aggressiveness. Mana mana
baka dan induk yang paling liar akan dikahwinkan dan diperhati
keturunannya.
Jinak
versus liar.
Menariknya,
Belyaev perhatikan, seiring dengan pertambahan kejinakan, semakin
lama perdampingan dengan manusia, semakin banyak input yang
dikeluarkan, semakin manja musang tersebut dengan manusia - semakin
berubah sifat fizikal (morfologi) musang.
Yaaa
musang musang jinak itu semakin jatuh (floppier) dan panjang
telinganya, semakin muncul warna warna menarik dan bertompok pada
kulitnya, semakin berkembang bulunya (fluffy), dan semakin mencanak
bergoyang ekornya bila nampak manusia. Hanya dalam beberapa generasi,
wujud perubahan ketara (bukan sikit perubahan ye) dari segi
fizikal musang apabila Belyaev membiak musang berdasarkan sifat
jinak.
Sifat
fizikal musang jinak ini sangat sangat berbeza dengan sifat fizikal
musang liar. Dan didapati bukan sahaja fizikal berubah, tetapi
kandungan genetiknya juga berubah. Musang jinak ini sememangnya dah
mencapai tahap pet (binatang peliharaan, bukan lagi binatang
ternakan).
Now,
kombinasi observasi Darwin dan eksperimen Belyaev membuatkan aku
mendapat eureka moment bila aku tengok bagaimana kambing
jamnapari dan kambing shami memiliki telinga labuh yang sangat
ketara, dan cara dua baka telinga labuh ini dipelihara di bumi asal
mereka.
Jamnapari
dulu.
Di
Indonesia, purata bilangan kambing bagi seorang penternak ialah 12
ekor. Majoriti penternak kambing Indonesia memelihara secara kecil
kecilan. Dan ini membolehkan mereka memberi tumpuan lebih kepada
kambing mereka. Senang nak kasi extra feed, senang nak manjakan,
senang nak bagi botol susu, senang nak mandikan, senang nak gosok
gosok belai belai – senang nak tinggikan input.
Sebab
itu jamnapari di sana makin lama makin panjang telinga. Labuh betul.
Dia punya panjang mak aihh. Itu adalah petanda ia sangat sangat
jinak. Petanda ianya lebih kepada pet. Petanda ianya tuan, manakala kita jadi hamba. Haaa.. dan aku tahu sebagaimana tuan tuan pembiak semua
tahu, betapa jinaknya jamna berbanding baka baka lain, betul kan?
Shami
pula.
Shami
di Greece dipelihara secara besar besaran, terbalik dengan situasi
jamna. Ada sebuah ladang utama pembiakbaka Shami di situ dan ia ada
lebih 5000 ekor. Tujuan utama untuk susu dan produk hasilan susu.
Kalau tuan tuan nak tahu, semua anak Shami yang dilahirkan akan
dipisahkan dari maknya hari itu juga.
Semuanya.
Kolostrum?
Buat rumusan sendiri. Susu seterusnya? Minum dari automatic feeder.
Punca susu? Milk replacer lah, yang dari susu lembu tu. Kena buat
macam tu, pasal semua susu kambing nak dijual. Dan ini menyebabkan
kambing Shami sangat sangat bergantung (dependant) dengan manusia.
Shami
menjadi sangat jinak. They have to.
Aku
rasakan baka shami adalah baka kambing paling jinak dalam dunia.
Udahnya semua anak dibotol susukan. Pasal tu telinga bukan main
panjang. Labuh. Sama macam jamna. Menggambarkan di mana skala
kejinakan mereka dalam master-servant relationship. Menggambarkan
betapa tingginya input yang perlu dikeluarkan untuk mencapai
outstanding output. Shami memang one of the world's best milker tapi
input kena tiptop lah baru boleh dapat.
Now
tuan tuan. Sekarang kita dah nampak kenapa wujud baka telinga labuh
dan implikasinya. Observasi Darwin dan eksperimen Belyaev membantu
kita memahami kenapa mereka jadi macam itu. Bagi para pembiak kambing
pedaging yang memilih cara low input husbandry, kita akan elakkan
telinga labuh ini. Mereka terlalu jinak, memerlukan input tinggi,
perlukan layanan tahap master baru perform baik punya.
Tuan
tuan pembiak, low input husbandry ialah kita jadi master, kambing
jadi servant. Kita tak boleh terbabas. Kita mesti pilih baka yang
sesuai untuk sistem low input. Bagi aku kambing telinga labuh adalah
antara sifat kambing yang kita tak mahu wujud dalam situasi low input
husbandry. Perit kita nanti nak maintain input. Melainkan kita dah
bersedia. Takpe kalau macam tu.
Oh
ye tuan tuan! Aku bukan anti high input husbandry ye, aku anti very
low input husbandry (sistem extensif). Jangan salah faham. Kalau tuan
tuan nak biakkan kambing pedaging guna high input, guna telinga
labuh, guna kaki pendek, guna kambing bertompok tompok –
dipersilakan. Aku takde masalah. High input husbandry ni berguna
untuk high performing atau specialist atau commercial breeds. Memang
kena lah pada tempatnya.
Yang
aku cerita kali ni adalah untuk mereka (dan aku) yang nak jadi
pembiak kambing pedaging low input. Kita guna telinga biasa, atau
panjang sikit sudahlah. Baru ngam dengan objektif kita.Balance. Dan
kita tak mahu kambing yang terlalu jinak, sebabnya kambing jinak ni
banyak sangat minta perhatian kita. Tak lalu weh!
*Bagi
pembiak pedaging low input, jangan guna botol susu untuk anak
kambing. Jaaangannn. Mengkacau bilaukan master servant relationship.
Ada kesan kepada keturunan seterusnya. Input kita akan meninggi.
Boleh rujuk post lama aku untuk maklumat lebih.
*Telinga
labuh lebih ke arah susu. Kurang sesuai untuk pedaging.
*Semakin
jinak kambing, semakin tinggi probable output, semakin tinggi darjah
specialization yang kita boleh buat TETAPI input pun kena ikut
bertambah. Nak kena tahu fakta ni. Baru kita boleh jadi advanced
breeder. Baru kita nampak sebab musabab. Takdelah kita main ikut
orang je, atau mudah terpengaruh dengan segala macam khabar angin.
*Aku tak setuju dengan teori evolusi Darwin. Darwin hanya membentangkan teorinya berdasarkan artifak tulang temulang yang sangat sedikit dan langsung tak sempurna. Sesungguhnya semua tulang temulang makhluk seakan akan manusia yang dijumpai sehingga hari ini hanya muat separuh boot kereta kancil. Bengong geng evolutionists ni.
*Aku tak setuju dengan teori evolusi Darwin. Darwin hanya membentangkan teorinya berdasarkan artifak tulang temulang yang sangat sedikit dan langsung tak sempurna. Sesungguhnya semua tulang temulang makhluk seakan akan manusia yang dijumpai sehingga hari ini hanya muat separuh boot kereta kancil. Bengong geng evolutionists ni.
Salam
pembiak!
salam prof. apa yang prof cakap ni, mengenai telinga panjang, ada saya dengar sewaktu 1st time beli kambing. tokey tu, abang usul sungai layar, s.p, dia kata jangan bela kambing telinga panjang, senang kena penyakit. bila manja, badan naik "lemak", penyakit pun senang kena. betul tak prof?
ReplyDeletetelinga labuh kena buat high input, baru perform sepertimana yang sepatutnya.
Deletekambing kampung, telinga pendek, hardcore, even dalam extensive pun boleh survive. try kalo shami lepas macam tu, cari makan sendiri, tak lama la...
Deleteaku tak setuju dg teori darwin.
ReplyDeleteaku setuju dgn teori Alwi di atas!!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteDari pengalaman, kambing telinga labuh kena beli nipple. Ajar minum pakai nipple. Telinga tak basah kena air.
Kalau minum pakai baldi atau bekas takungan, telinga asyik lembab kena air punca terjadi kurap kalau terlepas pandang.. Dah satu hal nak berubat.
Jadi leceh.
Sekadar perkongsian yg membaca.
Wassalam.