Saturday, January 19, 2013

TRUE BLUE SUNNAH


Post kali ini barangkali tidak akan menjadi post yang paling popular, tetapi akan menjadi post paling penting yang pernah aku tulis. Mungkin aku akan hilang banyak kawan selepas ini, dan memiliki lebih ramai musuh musuh, tetapi aku tetap akan menyampaikan apa yang telah lama aku simpan.

Menternak kambing memang sunnah para nabi. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawasanya semua nabi adalah pembiak kambing. Takde yang jadi importer. Dan semua nabi membiak kambing dengan cara mengembala. Dan semua nabi mengembala dengan tongkat.

Adakah tuan tuan nampak dengan jelas?

Para anbiya' adalah penternak kambing.
Dan mereka adalah pembiak kambing.
Sesungguhnya mereka membiak dengan cara mengembala.
Dan mereka mengembala dengan membawa tongkat gembala.

Banyak antara rakan penternak aku, dan pegawai veterinar tidak percaya aku boleh survive sebagai pembiak dengan 100 induk kambing sahaja. Mereka tak percaya aku boleh hidup dengan kambing 300 ekor sahaja. Apalagi nak percaya dengan income level yang aku nyatakan dalam post sebelum ini.

Mustahil, impossible.

Dah la membiak 100 peratus, takde buat trading dan importing, tak mengharap susu dan tinja, takde downstream processing (contohnya daging beku atau masak masak untuk aqiqah dan korban), takde bantuan khas kerajaan.

Income aku betul betul dari livestock breeding sahaja. Jalan penternakan yang paling sukar dan nampak mustahil.

Tetapi tuan tuan pembiak yang dimuliakan,

Sesungguhnya mereka yang tidak percaya dengan aku semuanya tidak betul betul mengikut sunnah para nabi. Mereka tidak mengembala sepenuh hati, dan kalau mereka mengembala mereka tidak membawa tongkat.

Mereka tahu menternak kambing itu sunnah, tetapi mereka mengambil sunnah itu separuh separuh. Mereka tidak memahami sepenuhnya konsep dan cara hidup para nabi sebagai pembiak kambing. Mereka tidak berhenti sekejap dan tidak mengambil masa untuk merenung sedalam dalamnya cara nabi nabi bila menternak kambing.

Tuan tuan,

Jalan nabi adalah jalan yang lurus.
Jalan nabi adalah jalan yang pasti dan pasti beroleh kejayaan.
Jalan nabi adalah jalan yang dijanjikan Tuhan akan berakhir dengan kemenangan.

Dan janji Tuhan, janji nabi adalah janji yang benar sebenar benarnya.

Kenapa kita tak nampak nampak? Kenapa kita teragak agak? Kenapa kita percaya separuh hati sahaja? Kenapa kita tidak yakin sepenuhnya pada junjungan kita sendiri?

Dan ada kalangan kita yang berani mengatakan cara nabi dengan gembala dan tongkatnya adalah cara lapuk, cara yang ketinggalan, cara yang tidak nampak gah, cara yang tidak nampak komersilnya, cara yang tidak mengkagumkan, cara yang memalukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, cara yang tidak layak diikuti.

Dan kenyataan ini datangnya daripada mereka mereka yang mengaku dirinya Islam, yang mengaku dirinya di belakang bendera para nabi.

Sebab itu kita gagal dan gagal. Berterusan gagal.

Kita tidak mahu melangkah menurut langkah Nabi. Kita cuma mengikut derap langkah yang pertama, kemudian kita lari keluar dari barisan, berterabur mengikut jalan masing masing. Kita ingat kita boleh, rupa rupanya jalan yang kita pilih berpusing pusing memeningkan kepala.

Tuan tuan sekalian,

Dalam kitab suci kita, telah disebut perkataan pengembala dan tongkat gembala. Bila ianya disebut dalam kalam Allah, maka ianya pastilah benda yang besar, benda yang sangat besar maknanya. Alangkah baiknya kalau kita mengambil masa untuk berfikir sebentar dan merenung sedalam dalamnya.

Pasti banyak rahsia yang akan terbongkar, akan terbuka hijab, dan akan tenggelam kita dalam keseronokan 'enlightenment', bilamana kita dapat meresapi ke dalam jiwa kita akan hikmah hikmah, yang tersurat dan yang tersirat dari ayat ayam kalam Allah.

Tatkala ramai penternak dan pegawai riuh rendah hingar bingar terperangkap dalam kotak kekeliruan, sibuk mencari dan mereka reka jalan keluar dari kotak tersebut, alkisah sang gembala dan tongkatnya telah berjaya menemui tali kebenaran dan memanjat keluar dari kotak kekeliruan yang penuh dengan kebisingan itu.

Sang gembala dan tongkatnya memanjat keluar senyap senyap.

Dan bilamana sang gembala dan tongkatnya melihat hiruk pikuk dalam kotak kekeliruan di bawahnya, maka sang gembala dan tongkatnya berbisik dalam hati “Alangkah baiknya sekiranya saudara saudaraku dapat diam sebentar, duduk berteleku dan melihat dinding kotak itu. Nabi telah pun menghulurkan tali kebenaran pada dinding itu. Cuma tinggal dipegang kejap kejap kuat kuat diikuti. Pasti akan berhasil menemui jalan keluar.”

Dan sang gembala dan tongkatnya sedang melalui pengembaraan baru yang menakjubkan, setelah bebas dari kotak penjara kekeliruan.

“Jalan Nabi adalah jalan kebenaran yang akan menuju kemenangan!”

Setakat mana yakin kita?

12 comments:

  1. salam prof.. mendalam maknanya artikel ni. cara yang para Nabi tunjuk ada hikmahnya, ada tersurat dan tersiratnya. terserah kepada diri kita untuk menilai. jika kita ikut jalan Nabi, kita mengikut jalan yang benar, straight to the finishing line.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth, aku setuju part mengembala. Semua nabi adalah penggembala kambing. Bahagian pembiak tu takdela. Haha

    Ikut apa yang tahu setakat ni, Nabi Ibrahim betul2 pengembala dan pembiak. Nabi lain tak disebut dengan jelas. Mungkin aku kena teruskan membaca dan bertanya ahli2 sejarah islam.

    Dengan tongkat gembala kambing aku, dah banyak kambing degil kena Hikmat Tongkat Kambing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini 21 jan 2013 jam 15 petang di Radio IKIM fm slot IBRAH oleh ustaz shaari, mengatakan dengan jelas jawapannya. Semua nabi adalah penggembala kambing. Penggembala tak sama dengan penternak.

      Itulah apa yang diterangkannya.

      Delete
    2. Pengembala memang tak sama penternak, ingat lagi hadis yang ko mention dulu? Nabi kata pengembala kambing, nabi tak kata penternak kambing.

      Delete
    3. Cuma dalam ayat artikel ko ni ada satu ayat sebut nabi adalah pembiak kambing. Takut orang salah faham pula. Banyak salah faham dah. Blog ko ni ramai orang baca, takut2 ramai yang salah faham. :)

      Delete
  3. gembala dapat bentuk kita jadi sabar.fuh.yeke?slalu hilang sabar.trpaksa guna kekerasan.kat situ boleh bljar membentuk akhlak kambing bg dgr ckp.ade sebab ke smua nabi dlahirkan mengembala kambing bukan lembu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi pun ada guna kekerasan bila memimpin ummah. Baginda training masa kecik lagi, masa jadi gembala kambing. Dah start belajar bila nak berlembut, bila nak guna kekerasan.

      Delete
  4. Assalamualaikum wt.

    Aku tak dapat nafikan bersetuju dgn sunnah gembala dari segi prinsip, konsep, praktikalnya dan memang terbaik utk cara biak kambing.

    Setelah 3 bulan menggunakan kaedah seperti yang diamalkan oleh Alwi (tapi mungkin tidak sepenuhnya masa kerana komitmen lain), saya pasrah dan menukar kepada sistem intensif semula. Saya cukup berpuas hati dgn hasil daripada sistem yang diamalkan oleh Alwi.

    Namun, selepas kematian 8 ekor dalam masa 3 minggu digigit anjing, saya mengambil tindakan drastik beberapa hari lepas utk menukar kaedah kpd fully intensif.

    Ya. Saya juga setuju punca masalah saya adalah salah kerana memilih kambing kampung yang tidak bertuan dan degil (suka merayau sendirian semasa meragut-jadi punca utama serangan anjing).

    Saya juga setuju, gembala tidak sepenuhnya masa turut menjadi punca.

    Seperti yang saya sebut sebelum ini, kekangan lain turut memberikan faktor kpd tindakan saya. Dengan jumlah induk kurang 30 ekor skrg, sy rasa keadah intensif buat masa ini adalah terbaik.

    Insya Allah, jika projek MyRigiAgroFarm berjalan dengan lancar, limitation yang ada di sini diatasi, saya akan kembali semula kepada sunnah para Nabi dan apa yang Alwi telah lakukan kerana bagi saya itu masih yang terbaik.

    Kontranya juga, mungkin Alwi cukup yakin dengan sistem yang telah dijalankan, namun bagi saya, tidak semua penternak di Msia ini boleh melakukan apa yang Alwi lakukan. Banyak kekangan. Seperti keluasan tanah, tahap isu anjing, kes curi, sumber makanan, isu tuan kambing bukan sepenuh masa dan sebagainya.

    Jadi, meniru kaedah Alwi secara membabi buta secara takliq juga bagi saya bukan juga bijak.

    Sesuaikan dengan keadaan semasa.

    Sama seperti juga kita melihat skop sunnah, apa yang wajib, sunat, kifayah.. aka priority, kepentingan.

    Thanks for your comments in my blog and also answered my inquiry.

    Salam.

    ReplyDelete
  5. Aku minat, aku ingin, aku yakin dan aku sudah bertekad....

    Cuma ilmu belum cukup, kewangan masih blum benar2 mampu ditambah lagi dgn kekangan waktu dlm mnjalani khidupan rat racing di ibukota ni yg mmbuat aku tak upaya mnjadi seorang pengembala dan pembiak kambing...

    Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba mu ini, Amin.

    TQ owner blog yg berkongsi satu artikel hebat mnjadi pengajaran berguna buat aku!

    ReplyDelete
  6. "Saya dan Keluarga saya serta siapa sahaja yang terkesan dengan ilmu dan apa sahaja yang saya ambil dari tuan, kami pulangkan ilmu tuan dan segala kepunyaan tuan dulu, kini dan selama lamanya"

    ReplyDelete