Thursday, January 17, 2013

ALMOST FAMOUS..


Ladang aku sebenarnya dah pernah masuk tv. Drama. Tajuknya "Ha! Cucu Opah nak Kahwin Sekali Lagi?". Huh, payah betul nak sebut. Arahan Fauzi Nawawi.

Lama dulu dah. Shooting masa 2006, atau 2007, tak ingatlah. Astro selalu juga rerun drama ni. Tapi aku sendiri tak pernah tengok. Pasal masa tu aku tak dak genset dan tv. Lilin adalah. Sengkek sangat masa tu. Pasang lilin pun berkira kira gak, nak jimat punya pasal.

Aku beli tv pun bila ada duit lebih orang bagi hadiah masa aku kahwin dulu. So terima kasihlah pada sapa sapa yang hadir dan beri sumbangan masa aku kahwin dulu. Jam, oven, water filter, periuk belanga, seterika, dapur gas hahaha memang penyumbang penyumbang ni faham situasi aku walau pun banyak hadiah barang letrik aku tak boleh guna. Letrik tak dak wehh..

Masa buat shooting drama ni, aku rasa ada satu bas orang. Sesak masak huru hara jadinya ladang aku. Kambing pun jadi cemas. Stress ramai sangat orang. Terpaksa aku makan tanggung kambing aku hari tu. Adalah 50 - 60 ekor kot masa tu.

Oleh kerana aku dah pernah merasa on air, dan situasi kelam kabut yang terhasil akibat on air, maka aku tidak lagi berminat untuk masuk tv. Aku juga tak berminat masuk majalah dan suratkhabar, atau masuk mana mana pertandingan dan pertunjukan kambing. Aku juga akan menolak sebarang pencalonan anugerah tani, dan aku juga tidak akan buat papan iklan besar sana sini.

I no longer have an urgent need for fame.

Fame come when we are really expert at what we do. It naturally come.

Instead of seeking fame, it is better to improve our skill, improve our knowlege, build personal relationship, and let time do the rest. It will work, and it will last.

Kalau baru mula, dah kecoh sana sini, aku tak berapa yakin boleh bertahan lama. Aku perhatikan, mana mana bisnes baru yang bukan main galak berkokok berdentam dentum, itulah yang cepat 'kiok'. Cepat kena sembelih, udahnya bising sangat haha.

"Don't seek fame, but seek knowledge"

Salam.

*Perkhabaran telah sampai ke telinga aku, ada orang kata aku nak tutup kandang, nak jual habis semua kambing. Kelakar sungguh laa..

Macam macam pesen orang, hmmm...

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Aku ingat lg iklan cite tu. Walaupun tak pernah tengok

    ReplyDelete
  3. mm..totally agreed.

    I'm not blindly agreed.

    Salam.

    ReplyDelete
  4. Aku pelik sikit dgn time blog ko ni? ko ikut negara jepun ka apa?

    Masa aku taip ni pukul 1452 petang. Tapi sekali keluar..tgk pukul berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tengok.. pukul 10:53 pm! beza 10 jam lebih 14 jam lebih lewat dari waktu sebenar.

      Delete
  5. Jd famous ni pun pyah jgak,mesti rmai pelawat nk datang kndang..pelawat siang xpa lg buatnya yg jenis shift malam tu yang bahaya..betul prof den stuju psal orang baru yg galak berkokok tu,harap den xtrmasuk glongan itu.hehe..tp kbiasaannya den perhatikan yg jenis galak berkokok ni diorg ada niat lain,bkan serius sgt just nak amik ksempatan..den dh terkena sekali,kena berhati-hati slepas ini..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan kena apa tu? Boleh kongsi sikit? Mana tau ada pengajaran boleh kongsi

      Delete
    2. pnglman msa mula aktif mntrnak n ber FB bro fairul..tp bkan mlibatkn kambing,psal lembu.tnjuk dlm FB bkan main baka kacukn Nelore cross KK,pejantan tip top hrga 3k lbih mntak deposit den pun byarla lps tgok gmbar.kata lembu ada 60-70ekor skali den pegi hampeh..lembu brahman adela 10ekor tupun bntuan JPV bru dapat.yg lain lembu orang yg pejntan tu pun lembu org punya.Tuhan nk tnjuk agknya,pajero dia msuk parit..jmpa pntrnak kwsn tu bru tahu kisah sbenarnye.ceh..nsib baik dia byr deposit balik tupun kne ugut cket.kalu x mmg xdapatler..mcm2 dunia skrg..:-)

      Delete
  6. salam prof. kalau galak mengembek camna plak? hehehe. macam nak download je drama tu, buat tatapan.

    ada orang kata prof nak tutup kandang? apa da... jeles la tu. pertingkat security prof, sekarang ni macam.

    ReplyDelete