Tuesday, January 22, 2013

MASTER-SERVANT OR SERVANT-MASTER?


Pelik kan?

Sistem ekstensif di mana kambing bebas meragut sesuka hati sepanjang masa menghasilkan output yang rendah. Sumber bukan main banyak, kerja senang tetapi hasil mengecewakan. Kadar kelahiran rendah, mortaliti terlalu tinggi, kenaikan berat badan tidak memuaskan, susu tak cukup cukup, dan macam macam penyakit.

Manakala sistem semi intensif (gembala sepenuh masa) dan sistem intensif (makan tanggung) menghasilkan output yang tinggi walau pun sumber terhad - masa gembala yang terhad atau jumlah makanan yang terhad diberi kepada kambing.

Mmm, tak pelik kalau kita merujuk kepada Alquran. Tuhan dah cakap kan, kita kena tundukkan dulu binatang yang kita nak ternak, baru dia jadi jinak, baru dia perform sebagai ternakan. Dan ada dua cara utama bagaimana kita menundukkan kambing kita - gembala dan tongkatnya (sila perhatikan yang aku tak cakap gembala sahaja, tetapi gembala dan tongkatnya), atau pemberian makanan (rumput, dedak, susu, garam) secara konsisten - sistem intensif lah.

Baru baru ini sahaja sains membuat penemuan yang 'validate' atau mengesahkan apa yang Tuhan telah sebut dalam kitab suci kita, yakni kewujudan domestication genes in selected species. Dan domestication genes membolehkan kita menundukkan haiwan sebagai ternakan menurut kemahuan kita. Tak kisahlah untuk susu ke, daging ke, bulu ke, apa apa sekali pun janji kita kita kena tundukkan dulu, aktifkan dulu domestication genes ni.

Dengan gembala dan tongkatnya, atau beri makanan secara konsisten.

Dua dua kaedah ini pasti berhasil meninggikan output.

Adakah kadar kelahiran akan meningkat? Yes.
Adakah kadar kenaikan berat akan meningkat? Yes.
Adakah mortaliti akan menurun? Yes.
Adakah penyakit berkurangan? Yes.

Bukan aku seronok seronok cakap yes. Tapi Tuhan sendiri dah kata kan? Sememangnya haiwan yang telah diselitkan domestication genes akan memiliki prestasi lebih baik bila ada campurtangan manusia. Jauh lebih baik daripada yang dibiarkan feral, tidak bertuan, cari makan sendiri sekali pun sumber makanan luas terbentang.

Maka ambillah pengajaran, tundukkan dulu ternakan kita. Jadikan dia sebagai betul betul ternakan, barulah expect hasil yang memuaskan. Jangan buat sistem ekstensif, pilihlah samada semi intensif atau pun intensif. Guarantee berhasil, output lebih baik.

Now, itu satu bab, intro err... sambungan yang semalam. Aku nak bawa tuan tuan yang dihormati sekalian kepada suatu konsep yang terhasil bila Tuhan suruh kita tundukkan ternakan kita.Perkataan tunduk itu memberi makna :

Master - servant relationship.

Tuhan suruh kita jadi master manakala ternakan kita jadi servant. Kena faham baik baik ni, nak ternakan berprestasi tinggi - kena tundukkan - kita kena jadi master. Kambing mesti kenal siapa tuan, siapa servant, mana hirarki dia bila tuannya ada bersama dia.

Jangan jadi servant - master relationship. Terbalik pula. Memang boleh jadi. Binatang peliharaan. Binatang kesayangan. Pet.

Kita jadi servant, binatang tu pulak jadi master. Ye lah kita basuhkan berak dia, belai belai dia, mandikan dia bersyampu bagai, kasi makan special special - kan jadi master dia? Semua pet macam tu lah. Dia tuan, kita hamba haha.

Bila master - servant relationship terbalik jadi servant - master, memang confirm jadi high input. Ada yang sampai ke tahap extremely high input. So beware tuan tuan pembiak kambing.

Bila kita nak membiak ternakan, pastikan master-servant relationship terpelihara. Dan sistem gembala dengan tongkat berjaya memelihara keseimbangan ni. Ia memastikan hubungan kita dengan ternakan tak terbabas jadi servant-master. Dah terbukti ribuan tahun. Ternakan low input kepada high output.

Manakala pemberian makanan secara konsisten, walaupun menundukkan ternakan, tapi dalam masa yang sama, kita boleh dan senang terbabas. Apalagi kita guna botol susu dan selalu belai belai. Takut bertukar daripada ternakan jadi pet. Terus jadi high input.

High input high output takpe lagi kan? Kalau very high input tapi output macam tu juga? Demam kita dibuatnya wehh..

Maka tuan tuan pembiak yang dimuliakan, bila kita nak berjaya sebagai pembiak, kita jadikan alquran dan sunnah sebagai landasan. Dan bahan renungan. Maka kita nampak dengan mata hati. Sains pun ketinggalan jauh dalam bab mencari sebab musabab ayat Tuhan dan sunnah Nabi ni. Cerita dah ribu ribu tahun dulu, baru sekarang sains terkial kial tahu dan mengesahkan. Oklah tuan tuan..

Master-servant..

Learn to be the master..

Gunalah tongkat gembala..

Marilah kita bersama sama memburu rahsia tongkat gembala!

Salam.

14 comments:

  1. maklumat yang sangat berguna kepada penternak yang hendak berjaya

    ReplyDelete
  2. Salam, Alwi, sekarang ni aku cuba cara baru. Ibu kambing bersama anak2nya yang baru lahir aku campur ramai2 satu partition besar. Setakat ni ok. Tapi dari sudut pandangan ko macam mana? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. as long as the kids are adequately fed, then it is fine.

      Delete
    2. aku buat cara gini..ini idea pekerja aku gak..

      bila anak dan ibu masuk kumpulan besar, anak tu sebenarnya bleh kluar sebab depa tu kecik..

      jadi senang bagi dedak..rumput ka..bila kita buka tong palet, semua anak kecik serbu kluar..

      cuma agak yang baru join dia tak reti lagi..kena ajar skit la..atau dia tengok kawan kawan dia pakat serbu, dia dalam dua tiga hari pandai la..

      Delete
    3. cara nurternak ni boleh juga.. anak ada access to ad libitum feeding, tapi tikus malam malam mesti rosakkan dedak lebih lebih tu kan?

      Delete
  3. Jd la macam pkcik aku.kmbing pg makan ikut suke.mmg btul ssh nk biak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak biak kalau kambing tak masuk master - servant relationship. Betul betul..

      Delete
  4. alangkah indahnya kalo dapat lepak bawah pokok, tengok kambing meragut, tengok anak loncat-loncat, yang jantan berlaga. rasa tenang, lebih tenang dari tengok ikan dalam air. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kalau kambing dah kenyang makan. Kalau kelaparan, mak aih kelam kabut hahaha.. not really a pretty sight hehe

      Delete
  5. Salam tuan Alwi,

    info yang amat bagus.

    sorry to say this. manusia pun sama.

    didik anak, last jadi mat rempit, bohsia, bohjan, hisap dadah..

    sebab kita bukan didik..kita 'bela' je, bagi makan, minum tapi tak ajar budaya/adab/ajaran ugama..sekali sekala kena rotan juga anak kita..

    serupa juga purpose kita bela (baca 'didik') binatang, supaya hasilnya tinggi..kita buang taik dia, bagi makan, minum supaya dia sihat..kalau tak sihat, kita bagi ubat..kalau tak perform jugak, kita sembelih je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dah start rotan kambing sy.

      Alwi, mcm mana cara nak 'didik' kambing?

      Boleh share secara terperinci tak?

      Delete
    2. Jadi macam cikgu disiplin. Cikgu lelaki. Hehehe

      Delete
  6. alwi. dah patut bukak kelas ke buat buku ke pasal kambing la. kadang2 aku rasa tulisan hang ni out of the box. terima kasih ye kongsi ilmu2 macam ni

    ReplyDelete