Thursday, January 24, 2013

MASA MULA MULA DULU


Aku nak further refine tiga post sebelum ini, di mana aku berasa takjub dengan ayat ayat Tuhan. Bilamana aku melemaskan diri dalam makna kalam Allah, berkali kali membaca, termenung menung memikirkannya, maka aku mendapat insight atau enlightenment atau eureka moment, yang kemudiannya membawa kepada suatu lagi insight, dan berterusan membawa aku kepada insight demi insight.

Hanya dengan 1 perkataan daripada sebaris ayat kalamullah, begitu banyak insight kita boleh dapat. Kalau kita baca hari hari berkali kali, betul betul lemas?

Now I understand the incredible power of the words of God.

Ok, masa aku awal awal bela kambing, memang kefahaman dan sistem aku tunggang langgang, banyak sangat dipengaruhi kepalsuan yang aku sangkakan kebenaran. Aku diasak dengan kepalsuan demi kepalsuan bertalu talu, di brainwash untuk menerimanya sebagai kebenaran.

Maka performance ladang aku pun sememangnya tidak memuaskan hati. Kidding rate per year ladang aku untuk tiga tahun pertama ialah 1.63, 1.69, dan 1.49. Tahun ketiga paling rendah dalam rekod ladang aku sampai sekarang. Terburuk. Patutnya tahun ketiga dah mula stabil dan naik, ini menurun pula. Absolute worse performance.

Masa tu, aku tidak terfikir mengikut sunnah para nabi, mengembala dengan tongkat. Mula mula, aku buat sistem intensif, biasalah kan, kali pertama dapat kambing. Makan tanggunglah. Memang larat masa tu, pasal kambing tak banyak. Kemudian aku fikir aku ada kawasan ragut, makanan banyak, apa susah - biarlah dia cari makan sendiri, tak payah aku penat penat mengembala. Kalau nak ikut pun sekejap je, takat 1 ke 2 jam, lepas tu biar kambing tu makan sendiri.

Bila banyak diserang anjing liar, aku menggelabah. Tukar balik sistem intensif. Bila dah nampak ok, line macam clear, aku lepas balik meragut tanpa gembala. Datang lagi anjing, masuk balik sistem intensif. Memang flip flop aku masa tu. Dan bengongnya, tak terfikir lagi nak ikut sunnah para nabi.

Masa tu juga, aku masih was was dengan kehebatan darah sendiri. Excited sangat dengan darah asing, terbeliak ternganga nganga. Kagum. Tegak telinga ni bila riuh rendah orang cerita kehandalan darah asing ni. Tak nampak keunggulan darah tempatan yang dah mengalir ribuan tahun, sebaliknya khayal dibuai orkestra yang mengalun musik indah darah asing.

Tapi bila dah terhantuk kena 'hammer' kepala aku yang bengong ni, barulah aku mula nampak kepalsuan dan kekeliruan yang melilit aku selama ini. Maka bermulalah pengembaraan mencari kebenaran.

Aku mula ikut sunnah para anbiya' - mengembala sepenuh masa dari mula lepas sampai kambing balik, dan bertongkat. Dan aku mula percaya sepenuhnya kepada darah tempatan, darah unggul warisan nenek moyang. Cantuman dua keyakinan ini mengubah prestasi ladang aku. Dramatik.

Kidding rate per year aku melompat kepada 2.17, 2.33 dan 2.34. Dan ini melebihi figura textbook buku buku ternakan kambing.

Tuan tuan pembiak,

Gembala kambing ni sebenarnya mengurangkan jumlah masa kambing aku meragut. Kalau ikut logik akal, kurang makanlah berbanding masa aku biarkan kambing makan sesuka hati sepuas hati dia. Patutnya bila kurang makan, merosotlah prestasi dia kan?

Dan aku tiada genetik yang hebat hebat dalam kambing aku. In fact, semua induk asal aku kambing kampung tua tua tahap reject. Dan aku tiada infrastruktur canggih manggih. Dan aku takde sistem yang betul betul teratur dalam bab bela kambing ni. Sesiapa yang datang ladang aku pasti tahu betapa tunggang langgangnya kandang aku.

Dan aku bukanlah pakar penyakit mahupun pakar pembiak.

Tetapi hanya berpaksikan dua kepercayaan ini - gembala bertongkat, dan percaya darah sendiri - aku survive sebagai pembiak kambing - jalan paling sukar dalam penternakan. And prosper. Against all odds.

Unbelievable? Then do it.

See what happens, see what will emerge when we do just like what the prophets did..

Dan aku percaya, sudah ada dan akan ada, rakan rakan pembiak seangkatan yang jauh lebih berhasil daripada aku..

kerana lebih berdisiplin mengikut sunnah, lebih percaya dengan darah sendiri, dan memiliki ilmu serta sistem yang lebih baik daripada aku..

pasti ada..

11 comments:

  1. Insya allah...semoga dipermudahkan segala urusan kita semua...pada yang telah mengharungi cabaran getir sebagai pembiak unggul, teruskan usaha anda tanpa brsungguh-sungguh....konsisten, fokus, yakin, bersedekah, ikhlas dan tawakal.....mudah2an dipermudahkan dan berjaya!
    Ikhlas dari Putarjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Putarjaya boleh pergi melawat sekian banyak kandang kambing di hulu langat. medifish, assakinah, banyak lagi tu. tiap tiap batu ada aje kandang kambing.

      Delete
  2. insyaallah dengan minat dan cara yang bersungguh. apa pun yang dibela akan berhasil. semoga usaha para penternak ni diberkati.

    ~ bilalah nak dapat sekor ni >____< ~

    ReplyDelete
  3. :)

    You should inspire and encourage more peoples.

    Good job.

    ReplyDelete
  4. 2.17, 2.33 dan 2.34

    Saya akan guna ini sebagai benchmark.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's actually easy to achieve sebabnya sistem aku belum cukup baik. Tunggang langgang lagi..

      Delete
  5. statement Alwi ttg darah tempatan sebenarnya buat sesetengah pihak keliru.

    Darah tempatan mesti ada, tetapi bukan tulen, mesti cross dgn kambing eksotik untuk menambah nilai komersial.

    Bukan baka tempatan tulen.

    ReplyDelete
  6. Darah tempatan samada sepenuhnya atau sebahagian. Janji ada darah tempatan. Buat masa ni aku prefer cross. Akan datang mungkin kacang fullblood.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..
      "akan datang mungkin kacang fullblood."

      maksudnya memang kacang masih terbaik?!

      Sy sebenarnya ingin juga menyangkal pendapat ini sedikit saja. Sebab, byk baka eksotik di Malaysia telah tinggal lama (*beberapa tahun), mesti juga sudah mula adapt dengan cuaca di sini. Terutama yg sudah cross dan lahir di bumi Msia.

      Delete
  7. hajat dihati ni memang nak sekandang. tapi rasanya dalam keadaan sekarang ni masih belum mampu nak mengurus.

    seekor untuk sesi suai kenal. dua bila dah yakin. insyaallah harap dipermudah jalan ni. cepat dan lambat tak pasti lagi.

    ReplyDelete