Thursday, November 15, 2012

HUNTING THE TRUTH - TRANS FAT


Aku nak ucapkan terima kasih kepada brader zul dari blog kembara insan kerana begitu bersemangat menjawab dan berkongsi ilmu bila aku dok kacau dia. SMS. Panjang. Jujurnya aku tak larat bersms panjang lebar ni. Kena pula emergency kuli aku sakit petang semalam. Kena hantar hospital.

Ok. Cerita pasal trans fat. Lemak trans. Lemak buatan manusia, tak pernah wujud dalam bumi sebelum ini melainkan zaman kita. Dicipta untuk memanjangkan shelf life produk makanan especially snek, biskut, kek, kuih, frozen food, krimer kopi, dan apa lagi ntah berderet deret. Selain itu ianya menyedapkan makanan. Jadi lebih rangup. Atau dalam kes donat - fluffy, lembut, gebu, menggeramkan. Guna shortening. Dan shortening ada banyak lemak trans.

Marjerin pun ada lemak trans ni dalam kuantiti yang tinggi. Especially marjerin daripada vegetable oil - minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak jagung. Marjerin dari minyak sawit? Ni yang aku dok siasat, nak minta bantuan tuan tuan yang tahu kebenarannya.

Ok. Trans fat terhasil dengan teknologi penghidrogenan. Lemak sayuran ini dihidrogenkan (molekul hidrogen ditambah ke dalam molekul lemak) ketika suhu yang sangat sangat sangat tinggi. Kalau kita masak masak macam biasa (goreng guna minyak sunflower contohnya), tidak akan menghasilkan trans fat tetapi masalah lemak rosak pula yang timbul. Pun bahaya juga ni.

Now trans fat ni wujud bila ianya adalah partially hydrogenated. Kalau fully hydrogenated ianya bukan trans fat. So kena tengok label makanan tu betul betul lah. Partially hydrogenated maknanya trans fat. Tapi kan, lagi banyak makanan berlemak trans yang tidak berlabel. Kita bukan macam US di mana kat sana adalah mandatori untuk beritahu consumer sekiranya produk kita ada trans fat.

Ok trans fat tidak sepatutnya dimakan walau dalam kuantiti yang minute. Badan kita tak tahu nak buat apa bila trans fat masuk dalam badan. Benda tu alien, tak pernah wujud sebelum ini. Badan kita tak reti nak response. Jadi trans fat tidak akan dicernakan, tapi mendap dalam salur darah. Mendap dan mendap dan mendap..... sehingga membukit. Salur darah jadi sempit, keras, dan sakit (inflamed). Meningkatkan risiko serangan penyakit yang dikaitkan dengan salur darah. Very real risk.

Tu baru cerita salur darah, belum lagi yang mendap kat organ organ badan dan mengganggu keseimbangan kitaran hormon. Risiko diabetes memang melonjak tinggi bila banyak makan lemak trans ni. Pehh memang bahaya betul trans fat ni tuan tuan.

Kita dok takut sokmo seram serun tengok cerita alien vs predator, alien menyerang bumi makan manusia tapi yang kita dok kunyah biskut sedap betul masa tengok cerita tu? Kruk krak kruk krak?Lagi bahaya punya alien yang kita dok makan tu wehh... bukan alien yang makan kita, kita yang makan alien...

Anyway roti canai adalah sarapan favorite rakyat malaysia. Dan roti canai banyak guna marjerin. Baaanyaaak betull.. Daripada minyak sawit lah. Dan ada satu MPOB guy yang aku jumpa lama dulu dia kata marjerin minyak sawit tak dak trans fat. Tapi kan.... kenapa aku rasa kurang yakin..

So inilah sebab aku buat rayuan kepada tuan tuan yang tahu akan kebenaran. Boleh tak kita sama sama buru dan kongsi ilmu ni. Marjerin daripada minyak sawit ni ada trans fat tak? Kalau ada, banyak ke?

*There might be a link between trans fat consumption and goat meat intake. There is possibility some compunds in goat meat might be able to purge or clears up trans fat deposit in the body. That might explain the dizziness experienced by some when eating goat meat. I am trying to establish that link. I might be wrong, but hell, at least I try...

TQ!

9 comments:

  1. wow.. patutla prof tanya suka makan roti canai ke tak. hahaha.

    Trans Fat. daripada pembacaan saya, trans fat akan menaikkan paras kolestrol LDL dan merendahkan paras kolestrol HDL. risiko gak ni.

    Mengenai persoalan prof, adakah marjerin kelapa sawit ada trans fat ke tak? jadi:

    merujuk kepada panduan penghasilan marjerin dari American Palm Oil Association (APOS), minyak kelapa sawit adalah secara semulajadi semi-solid, jadi minyak kelapa sawit tidak perlu hydrogenation.

    Merujuk kepada artikel http://www.ibd.utm.my/rcentre/articles.php?id=66, Minyak sawit bersifat separa pejal. Ia boleh diproses untuk perolehan bahagiannya yang cair dikenali sebagai olein sawit, manakala bahagian pejal dikenali sebagai stearin.

    Minyak stearin digunakan dalam proses pembuatan marjerin. Minyak sayuran lain yang politaktepu perlu dihidrogenkan menjadi separa tepu. ini menyebabkan kandungan trans fatty acid (TFA)dalam produk makanan yang dibuat dari minyak dihidrogen ni antara 1-46%. untuk kesihatan adalah sangat baik untuk memastikan TFA ini hampir tiada atau kurang dari 2% setiap hidangan.

    Penghidrogenan tidak perlu bagi minyak sawit kerana minyak sawit (stearin) adalah separa pejal. jadi ianya bebas TFA. Oleh itu, pengguna produk minyak sawit adalah bebas daripada TFA. jika diperlukan minyak sawit ni menjadi solid, kaedah interesterification akan digunakan seperti yang dicadangkan oleh APOS dan diperkenalkan oleh oleh MPOB, membolehkan penggemar vanaspati dan marjerin menikmati makanan mereka tanpa kandungan TFA.

    kira betulla apa pegawai MPOB tu cakap.

    dalam daging kambing pun ada TFA ini tapi dipanggil Conjugated linoleic acid atau CLA. ianya tidak terhasil secara artificial tetapi
    semulajadi wujud dengan kuantiti yang sedikit dalam daging dan juga susu ruminant. TFA dalam daging kambing dalam bahagian unsaturated fat
    sangat sedikit, kurang dari 0.2g dalam setiap 100g daging kambing.

    CLA adalah kumpulan kimia yang terdapat dalam lemak asid linoleic. ia terhasil daripada mikroorganisma dalam rumen. Apakah kebaikan CLA??

    membantu badan utilize lemak tersimpan kepada tenaga, meningkatkan hormon lipase, yang membantu memecahkan sel lemak dalam badan, menghasilkan lipoprotein lipase yang merendahkan komposisi lemak, mengandungi antioksidan, menambah otot dalam badan sambil mengurangkan
    lemak, anti-catabolic, penambahbaikan imunisasi, dan anti-kanser. juga mengurangkan paras kolestrol.pengambilan CLA dalam bentuk kapsul bagus untuk kesihatan tetapi perlu dalam dos yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nak meletup kepala dengan TFA dan CLA ni. takpa, demi nak menegakkan kehebatan daging kambing. usaha diteruskan. kenapa sesetengah orang makan daging kambing kena darah tinggi la, pening kepala la... antara sebabnya...

      1. hypertension - daging kambing bukan penyebab hypertension. kerana hypertension mengambil masa yang lama untuk terjadi. di dalam daging mengandungi kolestrol, jika diambil BERLEBIHAN, ditambah dengan malas bersenam dan kurang makan sayur akan meningkatkan risiko hypertension. faktor keturunan dan sejarah juga menyumbang kepada hypertension. jika kandungan kolestrol dalam darah tinggi, lambat lauk saluran darah akan menyempit. menyebabkan tekanan aliran darah menjadi tinggi. ini juga akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan serangan jantung. sebab apa, sebab KOLESTROL. makan sayur, buah dan bersenam lepas makan daging kambing dapat kurangkan paras kolestrol.

      2. kandungan protein yang banyak akan mengurangkan kadar resapan gula ke dalam otak. bila makanan otak (gula) kurang, otak tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan pening.

      3. kandungan besi dan tyramine yang berlebihan juga menyebabkan pening dan sakit kepala.

      Ada kaitan dengan CLA tak? ada weh... kajian mendapati,rawatan CLA dapat rendahkan tekanana darah. kajian mendapati, CLA meningkatkan daya tahan insulin. kajian mendapati, supplemen CLA dapat kurangkan atau cegah tekanan darah tinggi. kajian mendapati, CLA mempunyai kesan baik terhadap lipid darah. walaubagaimanapun, kajian tambahan perlu dilakukan lagi.

      inilah antara maklumat yang saya peroleh dan dapat kongsi. apa kaitan CLA dengan pening-pening, darah tinggi dan sakit jantung? antara kaitannya boleh disimpulkan melalui maklumat yang telah saya kongsikan ini. harap dapat membantu. terima kasih.

      (prof, tepu dah kepala ngan lemak separa tepu ni... hahaha)

      Delete
    2. Panjang betul comment ko ni. Komen paling panjang pernah aku dapat rasanya. Memang patutlah tepu jadinya otak ko nak bagi comment ni hahaha...

      Takpa aku baca dulu, kena menelaah dulu komen ko ni...

      Delete
    3. telaah prof, jgn x telaah. melahirkan penternak kambing yang berilmu. hehe

      Delete
    4. saya baca, lagi le benggung!!!!...penin kejap!!!

      Delete
    5. hehe.. ni pun dh cut byk info.

      Delete
  2. saya cukup setuju dgn pandangan KDJ.

    Utk proses buah sawit, suhu stim dikekalkan pada 110 deg C ke 130 degree C. Supaya pemisahan minyak berjalan dengan lancar.

    Jika dikenakan suhu lebih tinggi, kualiti minyak yang dihasilkan akan merosot.

    Ini cerita di kilang sawit. Di mana minyak sawit kasar CPO Crude Palm Oil dihasilkan.

    Dalam kes transfatty acid, pendekatan terbaik adalah dengan cara bersederhana. Boleh ambil, tapi secara tidak berlebihan. Ia pernah dikurangkan di US, namun seketika dibenarkan semula kerana manusia perlukan diet.

    Boleh, tapi senderhana. Petunjuk utama adalah sunnah Nabi dimana makan sebelum kenyang dan berhenti sebelum lapar..mudah dikata, sukar utk laksana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunnah Nabi adalah solusi kepada segala penyakit yang berpunca daripada makanan. sudah ada cara mencegahnya, dan ada juga cara merawatnya. Rasulullah SAW adalah seorang pakar pemakanan.

      Delete