Sunday, September 2, 2012

SUBSIDI UNTUK PENTERNAK : PERLUKAH?


Kali ni macam serius sangat bunyinya, macam panjang je apa aku nak tulis. Tapi sebenarnya aku nak sentuh sekejap je. Belum masuk mood nak tulis panjang panjang.

Historically in all corners of the world, dari zaman qabil dan habil hinggalah zaman sekarang, golongan pastoralist (penternak) tidak mendapat banyak bantuan sepertimana golongan farmers (petani). Perasan tak?

Dan bagi golongan penternak, yang paling kurang bantuan adalah golongan meat breeders – cattle and goat. Paling paling paling kurang bantuan? Small scale herders – yang buat extensif atau semi intensive atau jenis gembala. Penternak yang buat susu dapat lebih banyak bantuan. Tak kisahlah apa bentuk bantuan pun. Panggil je lah subsidi.

Walau pun meat breeders paling kurang mendapat bantuan, tetapi kalau kita sorot dengan teliti halus halus, dunia meat breeders tak sebanyak kontroversi dunia milk producers dan farmers – hasil tuaian yang tak menentu, penyakit yang serius, cuaca yang ekstrem, harga yang sangat depressed hingga boleh buang ke longkang.

Kerana paling kurang mendapat subsidilah, golongan meat breeders adalah antara golongan manusia yang betul betul freedom, terpelihara kemerdekaan dan kebebasan jiwa, fikiran dan rezekinya. Bebas daripada tunduk kepada kemahuan orang lain, bebas daripada bergantung kepada manusia lain.

Sebab itu samua nabi dan rasul adalah gembala kambing. Fikiran mereka bebas, jiwa mereka bebas, tindakan mereka bebas. Bila bebas daripada pengaruh orang lain, baru boleh berkhidmat untuk Tuhan.

Subsidi ni mencipta kebergantungan. Menghilangkan kebebasan. Bergantung kepada pemberi subsidi, terpaksa menurut kemahuan mereka walau pun kita tak bersetuju. Dan membuka ruang yang sangat luas kepada corruption, amalan rasuah. Betul tak?

Aku perhatikan, golongan yang paling lantang meminta subsidi adalah golongan yang belum stabil, terumbang ambing survival bisnesnya. Tak kisahlah buat sistem apa pun, baik semi intensif mahu pun intensif, baik breeder mahu pun trader. Bila kita dalam situasi nak survive, antara hidup dan mati, kita lebih bersedia untuk trade in kita punya freedom kepada kebergantungan.

Kena fikir dalam dalam ni.

Sebenarnya kita ada satu mekanisme. Nabi dah kata satu ekor kambing harganya satu dinar emas. Dan emas adalah kestabilan, a very good store of value – but not for investment. Sekarang ni satu dinar emas sama harga dengan rm800 kan? Lebih kuranglah, aku pun tak check. Dan kambing ni biasanya commercially viable pada berat 35kg – nisbah daging : tulang adalah optimal. Maknanya 800/25 = 22 ke 23. So harga kambing yang adil sekarang adalah rm22 atau rm23 per kilo berat hidup.

Fair trade. Pada harga ni, meat breeders boleh cover cost walaupun input tinggi. Ada decent profit. Tak perlu subsidi.

Kebanyakan produk farmers dan milk producers menggunakan harga siling, which forced them to rely on subsidy. Dan banyak pelanggan, client atau customer kepada farmers dan milk producers ni adalah syarikat besar, maknanya syarikat besar besar ni ada upper hand atau boleh cekik leher dalam negotiation.

Situasi pasaran meat breeders, especially kambing, pasaran kita takde sapa yang monopoli, perasan tak? Fikir betul betul, ada tak? Ada ke mana mana entiti yang cukup berkuasa untuk menguasai market kita, boleh dictate harga sorang sorang dia?

Historically, semua tempat dalam dunia dari dulu sampai sekarang, macam tu lah pasaran bagi pembiak kambing. Which is unique. Sangat unik sebenarnya. Bebas. Betul betul free market, laissez fare.

Kita tak perlu campur tangan kerajaan, kita tak perlukan subsidi.

Adalah lebih baik dana untuk subsidi diperuntukkan kepada research and development. Lebih membuahkan hasil. Itulah pandangan aku, walau pun pandangan aku ni tak menguntungkan aku, and inviting fire from various quarters.

Sebenarnya isu ni contentious, panas, dan aku tahu mesti ada yang langsung tak setuju ngan aku. Aku harap ada satu kajian historical analysis yang komprehensif berkaitan pemberian subsidi ni. Samada betul betul bermanfaat atau sebaliknya.

Dan kalau kita betul betul nakkan subsidi juga, kita kena bersedialah untuk hilang kebebasan kita.

No more freedom to think, no more freedom to act, no more freedom for the soul.

No more Sunnah Nabi.

Hilang.

Input tuan tuan?

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth tuan, memang lain daripada yang lain point2 ko ni.

    Dulu masa aku mula2 bela kambing memang ada harapkan bantuan tapi Allah maha adil dan sayang pada kami, tak dapat bantuan. LEpas tu ada dengar khabar orang lain dapat bantuan. Pikir panjang2 naik marah juga sebab tak dapat tapi dari marah tu la datang semangat melawan takdir dan subsidi.

    Otak makin ligat fikir, apa sumber2 yang belum kita terokai. Peluang mana yang belum orang terokai dan boleh kami asimilasikan. Alhamdulillah sekarang ni masih bertahan. Ramai juga yang pelik macam mana kami boleh bertahan dan datang merisik. Tapi kesusahan memang pengajaran terbaik. Masa tu baru kita tahu siapa kawan dan lawan.

    Sistem penapisan Allah cipta untuk membezakan manusia hipokrit. Sabar doa usaha tawakal. Insyaallah. Kebergantungan hanya pada Allah swt.

    Well said tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehh aku ingat takde sokongan, semuanya nak bantai aku. Tak sangka pula encik fairul sekapal juga.

      Baik baik

      Delete
    2. Kami di UMM BARAQAH ni anak murid kesusahan tuan. Memang macam2 benda dah berlaku dan Alhamdulillah Allah sw masih beri kami peluang untuk berjuang dalam arena penternakan. Aku memang setuju dengan point2 ko tu.

      Orang yang harapkan bantuan dan suapan orang lain memang susah nak maju. Walaupun islam galakkan kita bersedekah tapi Allah swt lebih mengasihi orang islam yang kuat berbanding yang lemah sebab sumbangannya pada umat lebih besar.

      Contoh macam saidina umar, masuk nya kedalam islam memang bawa momentum. Kalau tak keran abdurrahman bin auf dan sahabat yang kaya berinfak, peralatan perang memang dhaif sangat.

      Keadaan susah akan hasilkan golongan elit hebat. Moga2 Allah beri peluang untuk aku lihat sendiri benda ni terjadi. Orang islam malaysia maju ekonomi dan siasah. Wallahu'alam

      Delete