Saturday, September 1, 2012

MILLIONAIRE VS FINANCIAL FREEDOM


Salah satu objektif aku masa mula mula terjun bidang kambing ialah mencapai status financial freedom (bebas kewangan). Atau pun financially independent. Jutawan bukan target aku, baik dalam masa 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun atau 15 tahun. Sasaran menjadi jutawan ternak tidak mendatangkan sebarang makna besar dalam kehidupan. Bagi akulah.

Menjadi jutawan taklah sesusah yang disangka – buat baik dengan orang bank, proposal cantik cantik, mohon pinjaman 3F sebanyak 2 – 3 juta. Lulus pinjaman jadilah jutawan. Tapi hutang banyaklah. Jutawan juga, jutawan hutang.

Dan banyak kali aku jumpa penternak sebegini. Menternak hanya sebagai alasan mendapatkan dana. Dapat dana dia pun lesap, projek ternakan pun ntah ke mana.

Bagi aku lebih baik mengejar status financial freedom – membebaskan diri dari hutang, menghasilkan aset yang berterusan menjana duit, bebas untuk berfikir, bebas untuk bertindak tanpa tunduk kepada arahan sesiapa, dan mempunyai masa dengan keluarga.

Kalau sibuk sangat kejar duit juta juta, untuk puaskan hati siapa sebenarnya ye?

Jujurnya aku sekarang masih terbatuk batuk dalam mengejar status financial freedom. Biasanya sebarang jenis usaha bisnes yang reputable akan mengambil masa antara 5 – 7 tahun to be financially stable dan mendapatkan full return on capital invested. Ada juga yang 10 tahun. Normal lah tu. Kalau cepat sangat capital recovery, alamat 'baik' punya jatuhlah bisnes tu tak lama lagi.

Lebih baik ikut jalan 'organic growth' – macam pokok balak, lambat tumbuh tapi hidup lama.

Tapi kan aku banyak sangat buat silap, kerap kali tersadung hasil diajar ilmu yang salah oleh importer dan trader, dipijak kepala sekuat hati agar lemas ketika kambing dibeli trader trader ni, dan ditikam dari belakang hasil polisi pejabat haiwan yang mengarut.

Nasib baik aku bernafas lagi. Selain dari itu, aku juga terpaksa expand kandang setiap 2 tahun kerana populasi kambing yang bertambah. Which is very capital intensive and very draining on me. Memang tersedak tercekik aku dibuatnya.

Tapi sekarang aku putuskan untuk stop expansion program. So capital reinvestment program dah tak perlu – membebaskan lebih banyak wang ke dalam aliran tunai aku. So hopefully I am on track to achieve financial freedom.

Aku punya bank loan pun tinggal satu instalment je lagi. Dah habih loan ni, legalah. Free of debt, semakin hampir dengan status financial freedom. Tapikan menurut undang undang bisnes yang aku belajar kat u dulu, bisnes ni elok ada hutang gak pada kadar yang optima. Ntah lah, bisnes besar besar taraf berhad boleh la kot, kalau kecik macam aku ni, buat serabut aje hutang hutang ni. Kena buka buku kaji balik ni.

Oklah tuan tuan. Semoga kita semua dapat mencapai financial freedom. Bebas dari hutang, bebas untuk berfikir, bebas untuk bertindak.

A free man.

Not a slave.

Salam.

5 comments:

  1. Hutang ni orang mati syahid pun tersangkut rohnya sampai langsai semua. Takut2

    ReplyDelete
  2. Aku hutang PTPTN pun tak habis bayar lagi.adehlaa..Alhamdulillah bisness kambing setakat ni tak buat loan bank lagi.Pakai yang mana ada dulu.Progress cantik,bolehla kembangkan sikit-sikit..aku ingat nak menternak kambing susu..camner Tuan Fairul dan Prof Alwi..bagi pandangan sikit..

    ReplyDelete
  3. Boleh bela kambing susu, tapi kena bangun sebelum subuh la hari hari. Nak perah susu kena pagi pagi buta, baru kurang bacterial count.

    Income ok gak tu, tapi much much harder work. Kena prepare untuk sacrifice masa tidur.

    ReplyDelete
  4. Tempat aku ada orang buat full time kambing susu. Memang labour intensive.

    Kandang nak bersih tip top. Makan nak cukup, dedak kena pam selalu dan risiko kena jangkitan udder aka mastitis tinggi la.

    Kecuali ko konsisten perah susu tanpa ada tertinggal. Kambing kena mandikan bagi bersih, baka saanen ni bila panas susu tak banyak keluar. Bole mogok keluar susu tu.. Ini pemerhatian aku la.

    Kalo tanya aku, mungkin aku nak buat tapi bukan sekarang. Tunggu aku dah faham dan pandai bela kambing kampung macam Alwi.

    ReplyDelete
  5. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
    Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino

    - Adu Q
    - Bandar Q
    - Bandar Sakong
    - Bandar Poker
    - Poker
    - Domino 99
    - Capsa Susun
    - BANDAR66 / ADU BALAK ( GAME TERBARU )

    Contact Us
    Website arena-domio.net
    WA : +855964967353
    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    ReplyDelete