Monday, August 13, 2012

UPDATE PPKM OGOS 2012


Terima kasih kepada ahli ahli dan bukan ahli yang ingin tahu perkembangan Persatuan Pembiak Kambing Malaysia. Well PPKM masih bergerak aktif, dan realitinya kita masih muda. Perlukan banyak usaha memperkenalkan diri. We are nascent and we are still in the introduction period.

Ada banyak meeting antara PPKM dan Kementerian Luar Bandar kebelakangan ni. A back and forth series of intensely draining and exhaustive meetings. Dan aku tak dapat hadir kerana faktor jarak. Bila tak dapat gambaran jelas, nak update pun tak berani.

But frankly, blog aku ni adalah blog peribadi. Bukannya blog rasmi persatuan. Jadi apa yang aku cerita pasal persatuan adalah bercampur dengan pandangan peribadi aku. Kalau silap cerita, mau naik angin pengerusi dan ajk. Boleh jadi disaster. Mau berasap asap telinga aku kena jentik.

Pasal tu aku tak berapa nak cerita perkembangan persatuan, melainkan ada website rasmi. Dan website rasmi ni sebenarnya dah jadi satu kerja full time juga. Nak kena engage seorang petugas atau pegawai khas persatuan.

That will cost money. A lot. N we don't have the resources.

Anyway hasil mesyuarat panjang x lebar x tinggi = isipadu dengan rural ministry ni, diorang dah setuju bekerjasama dengan kita persatuan. Funding pun dah release, possibly akhir tahun ni kita start pilot project di 3 negeri. Melaka, N9, Perak. Mentor akan dipilih di kalangan ahli persatuan. Dan mentor akan cari mentee 5 orang setiap tahun. Setiap mentee dibekalkan 25 ekor kambing.

Kita start kecik. Tak mahu besar besar. Sebabnya anything that opens to great fanfare usually fail miserably. Lebih baik start kecik kecik susah susah diam diam. Kalau kena kutuk, dipandang remeh lagi bagus, lagi aku suka. Haa tinggilah sikit peluang nak berjaya.

Tapikan nak cari mentee yang qualified susah sikit, yang membuatkan aku termenung. Potential mentee banyak, ketua kampung punya list sedara mara dia je dah panjang berjela jela. Tapi nak cari yang betul betul berkelayakan – yang driven, knowledge seeking, discipline, charitable. Kalau main hentam aje pilih mentee, alamatnya jadi macam banyak projek mana mana ministry sebelum ni.

Tunggang langgang. 99.99% gagal (statistik ni orang kementerian sendiri yang cakap).

Pening jadi mentor macam ni. Anyway aku ada satu observation yang aku nak nyatakan di sini.

Kakitangan (atau pegawai je?) kerajaan memang suka meeting. Kalau tidak takkan jadi kat kitorang 10 meeting sebelum keputusan dicapai.

Ten meetings to arrive at one decision. Thats a ratio of 10 to 1.

Marvelous. Magnificiently efficient. Truly musyawwarah.

Obviously these guys love meetings. Mungkin disebabkan lebih banyak meeting, lebih banyak nescafe dihidangkan dan diminum. Jadi otak berjalan lebih baik, lebih banyak light bulbs muncul, lebih terang benderang, so better decision making.

Makanya aku menggesa penubuhan sebuah kajian saintifik (bukannya Royal Commission of Inquiry hehe) untuk mengkaji kaitan antara kekerapan meeting, kekerapan minum nescafe, dan kualiti decision making.
Dan kalau kajian tersebut mendapati lebih kerap meeting, dan lebih banyak nescafe diminum, dan kualiti decision making bertambah baik, maka aku propose semua agensi kerajaan mengambil langkah serupa.

Mewajibkan semua pegawai yang masuk meeting untuk minum nescafe sebanyak mungkin. Dan buat meeting banyak banyak.

Better decision making will lead to better policy. N better policy will lead to a better nation. No doubt about it.

Semuanya disebabkan lebih banyak nescafe diminum oleh pegawai pegawai kerajaan.

Hehehe.

Dan kajian saintifik tersebut boleh juga uncover berapa banyak caffeine junkie dalam pejabat pejabat kerajaan. Dan berapa banyak budget kerajaan dihabiskan untuk caffeine consumption. Ahh that will be a very very interesting study..

Good day!

2 comments:

  1. planning kita slalunya cantik dah..tp bila smpai bab melaksanakan tu yg hancur.kronisme trlalu tinggi.ukuran penilaian brdsarkan siapa kenal siapa.Makin tinggi pangkat orang yang dikenali makin cerahla peluang untuk mendapatkan sesuatu..

    25ekor tu kmbing jenis apa prof?kalu aku jadi mentee ok jgak nih.haha..mentor kalau di Pahang ni aku tak nampak siapa yang layak.Kebanyakannya berskala kecil dan baru,yang tinggal orang lama mungkin Panching Ternak.Tak dapatla aku jadi mentee.haha

    ReplyDelete
  2. Kalau nak cakap pasal tunggu giliran memang tak dapat la. Takpela, aku sanggup lalu jalan susah belajar dari bawah daripada terus dimanjakan. Kalau ada orang nak tolong alhamdulillah. Tak nak tolong pun takpa, Allah dan hukum alam tetap ada.

    ReplyDelete