Saturday, August 18, 2012

SI BUTA HURUF DAN ROCKEFELLER


Aku ada seorang sahabat penternak. Regular customer. Dah lama bela kambing, berpuluh tahun. Dan kambing adalah sumber rezekinya. Takde kerja lain, takde bela lembu kerbau, takde multiple streams of revenue. Dan dia jual kambing hidup (livestock) dan susu kambing. Takde buat downstream processing atau value add – takde masak masak bbq aqiqah, takde buat training course, takde buka kedai daging, takde buat agrotourism bla bla bla.

Dia boleh buat rumah banglo.
Dia boleh beli tanah buat kebun sawit.
Dia boleh beli lori dan four wheel.
Dia boleh hantar anak anak masuk u.

Dan dia orang kampung yang buta huruf.

Dia boleh berjaya sebagai penternak kambing dan hidup hasil bela kambing walau pun bermula susah payah, walau pun ambil masa 8 tahun sebelum mula dikenali, walau pun jual kambing hidup je, walau pun tak pernah menang anugerah wira tani.

Bersepah sepah multi millionaire yang berangan angan mahukan cowboy/goatboy lifestyle, yang invest juta juta nak buat projek kambing, yang gah mahsyur masa project launching tapi akhirnya tumbang terduduk terpana. Tapi sahabat penternak aku ni masih rilek, masih berdaya saing, masih ada vitality, masih ada qi energy bisnes kambingnya.

Still going strong. Rahsianya?

Sedekah yang konsisten. Istiqamah dalam berinfak.

Dia tak pernah putus sedekah setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu. Setiap hari? Yang itu aku tak tanya. Tak kisahlah yang penting dia konsisten dalam hal sedekah, senantiasa berbuat kebajikan kepada mereka yang memerlukan.

Kepada sesiapa yang kata bisnes bela kambing, ternak kambing, biak kambing tak boleh hidup, tak boleh cari makan, tak menguntungkan – kena fikir dalam dalam.

Sifat sahabat ternak aku yang istiqamah dalam berinfak ni membawa aku kepada John D Rockefeller, yang hidup dalam kurun ke 20 (awal 1900). Kita sekarang kurun 21.

Rockefeller ni jewish (zionis kot), oil baron, yang mengambil peluang buat bisnes teroka, carigali, proses dan jual minyak ketika industri minyak ni di peringkat infancy (awal). Dia sangat berjaya dalam industri minyak ni hinggakan Standard Oil syarikat miliknya terpaksa dipecahkan kepada beberapa syarikat lebih kecil hasil desakan kerajaan amerika yang takutkan monopolinya.

Kekayaannya ditaksirkan lebih 300 billion us dollar berdasarkan nilai sekarang. Maknanya si rockefeller ni lebih kaya daripada gabungan Bill Gates, Warren Buffet dan Carlos Slim Helu. Kurun ke 20 menyaksikan kewujudan satu manusia yang kaya raya melebihi gabungan 3 orang terkaya kurun ke 21 ini.

Anyway rockefeller ni sebelum dia kaya raya adalah seorang kerani cabuk merangkap peon di sebuah gudang. Sukakan kehidupan beragama dan konsisten berzakat 10% daripada pendapatan bulanannya.

Dan dia berterusan berzakat 10% gaji bulanannya walaupun ketika ekonomi meleset dan gajinya dikurangkan drastik. Istiqamah dalam menginfaqkan hartanya walau pun ketika ditimpa kesusahan dan kesulitan.

Kerana sifatnya ini maka Tuhan yang Maha Pemurah membuka pintu rezeki buatnya luas luas walaupun dia seorang kafir yang bermusuh dengan Islam. Ini kerana Tuhan telah berjanji dalam alquran yang Dia pasti akan menambah rezeki mereka yang senantiasa berbuat kebajikan, membantu orang yang lebih susah.

Nescaya.

Pasti dan pasti dan pasti Tuhan akan tambah rezeki berlipat ganda apalagi bila kebajikan itu dibuat dalam keadaan kita serba kekurangan. Itulah yang jauh lebih bernilai pada pandangan Tuhan.

Tuhan memberi jaminan Dia akan memberi rezeki dari punca yang tak disangka sangka walau pun kita tidak ikhlas, walaupun kita nak menunjuk nunjuk, walau pun kita kafir, walau pun kita atheist, walau pun kita mengajak orang lain membenci Tuhan.

Sesungguhnya sifat Maha Pemurah Tuhan terbuka kepada semua makhluk manakala Maha Penyayang kepada mereka yang percaya kepadaNya.

Tak ikhlas dalam menderma? Dia tetap menambah nambah rezeki dunia, tapi kita tak dapatlah ganjaran akhirat. Guaranteed, jaminan 100% yang dia akan tambah rezeki kita, janji kita senantiasa bersedekah.

Kalau ikhlas dalam bersedekah, itulah yang terbaik. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Sedekah adalah pelaburan yang paling menguntungkan yang pernah wujud dalam sejarah manusia. Jauh lebih baik dari melabur dalam stock market, real estate, emas, or whatever invesment schemes created by human.

1 unit kita sedekah, boleh jadi Tuhan balas dengan 5 unit, atau pun 10 unit, atau pun 1000 unit, atau pun jutaan unit. Mana ada investment scheme yang boleh bagi return macam ni? Ponzi scheme atau skim piramid pun tak mampu nak bagi. ROI ni dijamin pula tu, by God himself, not by human.

Aku berani guarantee pasal Tuhan sendiri guarantee dalam alquran. Janji Tuhan pasti dan pasti benar. Cuma kita terutamanya aku yang jarang selak Quran, jarang mengamati kata kata Tuhan kepada kita. Maka banyaklah yang aku rugi dan terlepas dalam kehidupan.

Maka tuan tuan rakan rakan pembiak kambing, aku mengambil kesempatan ini untuk bersama sama kita ingat mengingati dan mengajak berbuat kebajikan. Berlumba lumbalah kita membantu mereka yang memerlukan setiap masa, bukan hanya di bulan ramadhan.

Sesungguhnya orang orang susah adalah lubuk emas bagi orang kaya dan mereka yang nak kaya dengan cara yang diberkati Tuhan.

Bersedekahlah, secara konsisten. Jangan ragu ragu.

Salam.

*Selain daripada mendapat rezeki yang bertambah tambah, berdasarkan pengalaman aku, sedekah ni juga membuatkan Tuhan memberi petunjuk jalan keluar bila ditimpa kesulitan. Dah banyak kali aku lalui. Jadi Moh le berzakat dan bersedekah!

2 comments:

  1. selamat hari raya. semoga dimurah rezeki :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya. Semoga anda dimurahkan rezeki juga. Tapikan, kat mana tuan bela kambing ni?

    ReplyDelete