Wednesday, July 4, 2012

THE KEY PART II


Rujuk post sebelum ini 'the key'. Bila kita tahu kadar kelahiran, mortaliti, dan pembiakan ianya memudahkan kita mengira dan meramal potensi untung rugi operasi pembiakan kita. Situasi sebenar, dalam negara kita, dalam cuaca tropika kita, dengan cabaran cabaran uniknya. Barulah kita nampak realitinya. Sekarang ni kabur banyak jerebu industri kita ni, pasalnya banyak penternak tak simpan rekod, jadi semua keputusan dibuat dalam keadaan kabur, agak agak, dibantu cahaya lampu suluh negara luar yang terang malap malap. Tu yang banyak accident, tinggi mortaliti di kalangan pembiak dalam negara kita.

Dan bila masing masing simpan rekod, baik yang bela baka boer, jamna, kacang, anglo, kacukan, saanen, bawah sawit, intensif, semi intensif, atas bukit, lembah berpaya, tepi pantai, atas gunung bla bla bla– semuanya bandingkan rekod masing masing, maka kita kita akan mendapat keseragaman, yang membolehkan kita menerbitkan piawaian untuk industri kita. Barulah terang benderang, ada spotlight 20,000 watt dalam industri kita. Barulah keputusan dan polisi dibuat dalam keadaan terang dan jelas. Barulah jadi betul. Barulah kita bergerak ke arah 'self sufficiency'.

So, dalam operasi aku sekarang, setiap ekor ibu atau induk akan menghasilkan potensi untung kasar (dah tolak opex) sebanyak rm793 setahun. Parameter utama (bukan andaian ye – ni current situation ladang aku) yang digunakan ialah harga jualan rm18 per kilo, buat sistem semi intensif, ada penggemukan, seorang pekerja, dan bilangan kambing 300 – 400 ekor.

Kos seekor ibu ialah rm300 – aku beli 13 ibu tahun pertama operasi. Lepas tu takde beli dah. Masa tu memang murah, udahnya kena kelentong terbeli kambing sakit sakit. Biasak la kan, penternak baru memang kena goreng sampai hangitlah jawabnya.

So kos awal per ekor rm300, tapi potensi pulangan untung kasar setiap tahun ialah rm793. Oklah tu kan? 

Tapi kalau beli induk harga ribu ribu, pulak tu opex tinggi, kadar pembiakan rendah, habih tergolek kita dibuatnya, mana boleh recover initial cost. Even kalau opex kita rendah, bila bela baka yang bersaiz besar besar ni (darah asing atau bukan), kenyataannya adalah kadar pembiakan yang sangat rendah, tak menepati objektif dan requirement seorang pembiak kambing pedaging. Kalau tak percaya, boleh guna formula yang aku dah bagi untuk calculate, gantikan je nilai kadar kelahiran tu.

Tapi kalau beli baka kacukan tempatan dengan opex tinggi rm1.50 per ekor per hari, masih ada untung iaitu rm383.70 per tahun. Cumanya lambatlah nak recover initial outlay kita. Yang pentingnya bagi operasi pembiakan kambing pedaging, kita mesti cari baka yang sesuai dengan objektif kita sebagai pembiak kambing pedaging. Beli baka saiz sederhana, opex pun sederhana, barulah dapat menjual harga sederhana, harga sesuai untuk kambing pedaging. Barulah namanya jadi pembiak kambing pedaging.

Developmental cost untuk anak kambing yang nak dijadikan induk?

Ok, berdasarkan rekod ternakan aku (boleh rujuk parity record dalam laporan prestasi ladang aku kepada sape sape yang dah dapat), kambing betina aku first kidding pada purata 13.9 bulan. Kira rasmilah jadi ibu masa tu. So 0.3x30x13.9 = rm125.10. (Ni makan rumput je ye, kalau bagi suplemen walau pun kos tinggi sikit tapi cepat jadi ibu, so ada timbal balik). 

Nampak tak? Ada kos bila simpan anak betina untuk dijadikan induk. Tapi dalam kes aku developmental cost rendah, iaitu rm125.10. Masih jauh lebih murah berbanding kalau aku beli induk baru. In fact masih murah berbanding kos beli induk asal aku yang rm300 tu. Tapi bila kita simpan kambing untuk expansion, kita hilang potential income, memang buat dilema. Inilah salah satu keputusan sukar yang pasti dihadapi seorang pembiak. Apatah lagi pembiak sepenuh masa yang tiada income lain. 

Tapi bila kita dah mencapai kapasiti penuh (samada kandang penuh atau capai target bilangan induk), kita akan jual semua anak yang dihasilkan. Kita simpan sedikit je utk replacement program. Masa ni memang best, cashflow memang cantik. Betul betul untung. Memang rasa berbaloi jadi seorang pembiak. Inilah jalan yang biasa dilalui seorang pembiak kecil kecilan tanpa modal besar. 

Now, bagi seorang pembiak baru yang nak menceburkan diri sepenuh masa (takde income lain, betul betul harapkan pembiakan kambing), ada satu tip aku boleh bagi. Kita kena kurangkan masa menunggu penghasilan anak. Berdasarkan rekod aku (kacukan tempatan ye, baka lain aku tak tahu), induk betina mula masuk fasa tinggi produktiviti bila mencecah umur 22 bulan. Masa ni dia dah pernah beranak, dah pandai jaga anak, beranak lebih banyak, susu lebih banyak, kurang masalah. Lagi produktif masa umur dia cecah 30 bulan, maknanya 2.5 tahun.

Makanya aku menggalakkan pembiak baru yang nak buat sepenuh masa (tak dak income lain) untuk membeli induk kacukan tempatan yang berusia 22 ke 30 bulan. Takpe bayar mahal sikit 600 ke 800 pun. Sebabnya pulangan lebih cepat, dah profitable tahun pertama lagi (well, kalau rajin buru ilmu, berdisiplin, dan rajin bersedekahlah - takdak 3 benda ni tak jadi juga). Aku tak berapa galakkan beli dara melainkan untuk pembiak yang boleh menunggu atau ada income lain. 

Tapi ada orang kata betina ni produktiviti dia sampai umur 4 tahun je, lepas tu kena replace? Nanti rugilah kalau beli yang umur 2.5 tahun, umur 4 tahun dah retire, so 1.5 tahun je masa penghasilan?

Kelakar juga ni, tapi kenyataan ni datang daripada importer dan trader, atau daripada mereka yang kurang pengalaman. Kambing betina mana ada menopause, selagi ada jantan dia akan terus mengawan dan beranak. Cuma produktiviti dia jadi slower seiring peningkatan usia. Kenyataannya bagi kambing yang dibela cara intensif, purata jangka hayat ialah 6 ke 10 tahun, manakala semi intensif atau ekstensif mencapai 12 ke 20 tahun. It's down to fitness level and happiness level. Lagi fit dan happy, lagi sihat, lagi produktif, lebih panjang umur.

Now, barangkali ada penternak yang akan mengatakan, kalau kambing si alwigoatfarm ni kadar pembiakan dia 2.1 per tahun, kambing aku lagi hebat pasal setiap 6 bulan beranak, dan bila beranak kembar pula tu, so aku dapat 4 anak per tahun.

Hello, janganlah tengok 10 induk terbaik yang ada di ladang tu, buat rekod baik baik semua sekali, observe untuk setahun penuh, kirakan semuanya, kira berapa kelahiran tahun tersebut, kira berapa ibu tahun tersebut, barulah realistik. Dalam satu satu masa mana mungkin semua induk peak performance, mesti ada low performer, mesti ada median performer, mesti ada elite performer. Dan ada yang baru first kidding, ada yang fourth kidding, ada yang 12th kidding. Itu semua mesti diambilkira. Adalah pelbagai sebab untuk kenapa performance level macam tu. 

Tuan tuan, sebaik sahaja aku mendengar seorang penternak describe prestasi ladang dia dengan menyatakan kambing dia beranak 6 bulan sekali (ada juga yang claim 5 bulan sekali hahaha), aku terus reject dia sebagai knowledgeable breeder, unworthy to be a mentor. Lantaklah kambing beratus ekor pun, lantaklah berderet deret orang masuk kursus dia pun, lantaklah macam mana hebat pun infra ladang dia, lantaklah macam mana mashyur pun dia. Bila ketam mengajar anak berjalan, habih semua anak murid tunggang langgang tergolek terlingkup. Sorilah aku terbakar plak ni. Geram pun ye dengan penternak macam ni. 

Ada plak kadar kelahiran 6 bulan sekali? Bila masa dikira macam ni? Pening sampai tahap migrain kalau nak kira kadar pembiakan berdasarkan cakap cakap aje. Bayangkan ada 100 ekor kambing. Cuba cerita kat aku, macam mana nak kira, macam mana nak forecast kalau kata kambing beranak 6 bulan sekali? Ada yang beranak satu, ada yang dua, ada yang tiga, ada yang mandul, ada yang dara, ada yang sakit.. haa macam mana nak dapatkan gambaran dan perkiraan yang tepat, yang reliable, which can be forecasted several years ahead?

Sori sori aku tetiba naik angin, ntah kenapa rasa 'highly flammable' betul bila sampai bab bab ni. Dah lama terpendam kot.

So, cara terbaik nak mengukur prestasi ladang ialah dengan menyimpan rekod kelahiran dan kematian dengan teliti. Dari situ boleh kira kidding rate per year, boleh juga terbitkan parity record. Tak payah guna pun software husbandry. Sebat aje open office punya spreadsheet. Free. Barulah bercakap bersandarkan fakta dan kebenaran. Ini cakap bukan main besar, berdegar degar tapi bila kita mintak rekod, huh hampeh macam macam alasan. 

Ok, bagi pembiak kambing yang duduk di klang, macam fairul, ada dua advantage besar kat situ. Pertama supply dedak boleh dapat murah kat port klang. Yang kedua harga jualan kambing lebih mahal. Bukannya purata rm520 macam kat ladang aku sekarang. So kalau kena caranya, walau pun ada kekangan kawasan, masih boleh untung sebagai pembiak kambing. 

Bagi aku, selagi kadar pembiakan tinggi, tak jadi masalah besar kalau opex tinggi. Masih boleh untung. Geng kita yang banyak tergolek pasal kadar pembiakan rendah sangat. Tak cukup anak anak kambing untuk dijual, takdelah income. Demand cantik, bukannya tak boleh jual. Lebih menjurus kepada macamana nak meningkatkan supply, bukannya macamana nak meningkatkan demand. 

So itu sajalah aku nak berkongsi kali ini tuan tuan. Jumpa lagi.

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Terima kasih tuan, aku memang berazam tekad untuk lalui laluan beranjau ni. Insyaallah selagi diizinkan aku akan terus bertahan. CUma selagi tak cukup ilmu dan praktikalselagi itu akan berlaku kesilapan. Nanti bila silap, ramailah juga yang akan kata "Kan aku dah cakap dulu" Hehe.

    Apa bole buat, sabo je la. Kalau dilayan orang tak ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..mudah2an Tuan Fairul beroleh kjyaan dunia n akhirat..tntutlah ilmu smpi ke Ldg Bikam.hehe

      Biarkn persepsi org lain.slagi xmnjejaskn usaha tuan.Manusia yg brsorak utk kegagalan kita mmg rmai,itulah realitinya tp skiranya kita mncuba dn gagal adlh lbih dr gagal utk mncuba.."dare to fail"..:-)

      Delete
    2. Bila ramai yang bersorak untuk kegagalan kita, maknanya kita berada di landasan yang betul, kejayaan semakin hampir. Bagus sebenarnya manusia yang nak tengok kita gagal ni. mempercepatkan kejayaan kita hehehe. Nabi yang membawa kebenaran pun melalui jalan yang lebih berliku dan merbahaya dari kita.

      Delete