Saturday, June 30, 2012

THE KEY


Banyak pembiak kambing pedaging yang gagal adalah disebabkan gagal memahami betapa pentingnya kadar pembiakan dibandingkan kadar kenaikan berat badan. Bagi seorang pembiak, kadar pembiakan adalah parameter absolut, petunjuk yang sangat penting, indeks primer bagi menentukan kejayaan operasi pembiakan. Kadar kenaikan berat badan sepatutnya jadi petunjuk sekunder bagi mengukur prestasi sesebuah ladang pembiak.

Dalam kebanyakan kursus ternakan yang aku hadir, samada kursus swasta atau agensi kerajaan, aku sangat terkejut bila indeks primer yang selalu diasak ke dalam kepala penternak kambing adalah saiz dan kenaikan berat badan. Inilah padahnya bila importer dan trader diangkat menjadi penasihat polisi ternakan. Bagi importer dan trader kambing, memanglah saiz dan kadar kenaikan berat badan yang menjadi keutamaan, sebab untung diorang kat situ. Bagi importer, saiz yang besar mudah mempesonakan bakal pembeli, manakala bagi trader yang jual beli kambing, lagi cepat naik berat badan, lagi untung.

Anehnya, pakar pakar kambing yang banyak mengkaji kambing sehingga mendapat title dr dan prof pun turut terheret dalam pemikiran serupa, sibuk utamakan saiz dan kenaikan berat berbanding kadar pembiakan. Bila aku tanya pasal kidding rate, banyak dr dan prof ni tak tahu, atau mengelak, atau merapu rapu berpusing pusing hahaha. Padanlah banyak projek projek besar dan gah yang diterajui diorang ni jadi terlingkup.

Dan majoriti pembiak baru sibuk mencanangkan saiz dan kenaikan berat badan kambing di ladang mereka sebagai kayu ukur prestasi. Setiap tahun aku akan jumpa fenomena yang serupa, dan setiap tahun aku akan jumpa kegagalan demi kegagalan. Setiap tahun. Sejarah terus berulang.

Kita berada di landasan yang salah, sebab itu banyak geng pembiak kambing pedaging tumbang, banyak projek juta juta gagal tersungkur, industri kita terus malap, dan kita masih gagal menyahut cabaran meningkatkan pengeluaran daging kambing dalam negara. Kita tersalah pilih prioriti kita.

Kita mesti balik ke landasan yang betul, prioriti mesti betul, indeks primer prestasi ladang sepatutnya ialah kadar pembiakan. So kali ini aku nak tunjukkan macam mana kadar pembiakan menentukan untung rugi dan hidup mati sesebuah operasi pembiakan.

Kadar pembiakan ialah kadar kelahiran tolak kadar kematian. Maknanya kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah akan meninggikan kadar pembiakan. Pembiak kambing pedaging yang mahir akan senantiasa cuba meninggikan kadar kelahiran dan merendahkan kadar kematian di kalangan kambingnya.

Kepada sesiapa yang dapat laporan prestasi ladang aku, bolehlah merujuk kepada laporan tersebut untuk lebih senang memahami apa yang aku cuba sampaikan. Ok, sebagai pembiak kita bergantung kepada jualan anak kambing sebagai sumber utama pendapatan. Masa mula mula aku bela kambing dulu memang aku tiada ilmu dan kemahiran, so kadar pembiakan kambing aku biasa biasa je. Tapi dalam 3 tahun kebelakangan sejajar dengan peningkatan ilmu, kadar pembiakan kambing di ladang aku berada di tahap yang lebih baik. Puratanya 2.1 per tahun. Maknanya seekor ibu kambing akan melahirkan 2.1 anak setiap tahun (setelah ditolak kadar kematian).

So potensi pendapatan aku per ibu per tahun ialah 2.1 x 519 (purata harga per ekor tahun ini) = rm 1090.

Cost of sale ialah (0.3x30x10 x 2.1)+(o.3x30x12)= 189+108 = rm297 (kena rujuk post aku 'the opex'). (0.3x30x12) tu untuk kos operasi induk. (0.3x30x10x2.1) tu untuk kos operasi membesarkan 2.1 anak hingga umur 10 bulan, purata umur jualan anak kambing di ladang aku.

Untung kasar (jualan tolak cost of sale) = 1090 – 297 = rm793. Maknanya setiap ibu/induk kambing yang aku ada boleh menghasilkan untung kasar sebanyak rm793 per tahun.

Bagi tahun 2011 aku ada 105 induk. So 105x793= rm83265. Jadi bulan bulan potensi untung kasar aku ialah rm6938.75. Jadikan je rm7000 per bulan. Untung kasar, setelah tolak opex (gaji pekerja, dedak, ubat, garam, bla bla bla) bukannya revenue per bulan. Oklah tu. (untuk 2011, aku simpan sebahagian anak betina untuk expansion, so tak sampai lah rm7000 per bulan untung kasar aku. Utk 2012, macam dah sesak je kandang, maybe jual hampir semua anak, so untung kasar naiklah)

Aku bukannya kerja sangat, 1-2 jam je kat kandang setiap hari (itu pun kalau rajin). Lain lain masa ngan keluarga. Sarapan sama sama, makan tengahari sama sama, dinner pun sama sama. Ada 'luxury' untuk peruntukkan masa ngan family. Takde terkejar kejar, atau termasuk dalam golongan 'rat race'.

So itu kalau bela kambing pedaging baka kacukan tempatan dan buat sistem semi intensif. Kalau guna baka asing dan guna semi intensif untuk kurangkan kos?

Sebelum aku jawab, adakah tuan tuan tahu berapa kadar pembiakan baka asing badan besar besar kat malaysia ni? Adakah dapat mencapai 1.8 per tahun (benchmark biasa bagi kambing pedaging?) realiti realiti realiti realitinya?

Jangan tanya kepada importer, jangan tanya kepada trader, jangan tanya kepada pakar pakar doktor doktor kambing, jangan tanya pejabat haiwan, jangan rujuk sumber internet negara luar yang berbeza cuaca, praktis dan cabarannya.

Tanya kepada pembiak tulen di malaysia kita yang menyimpan rekod. Dan rekod dibuat teliti.

0.3? 0.5? 0.8? 1.0? 1.2? 1.4? 1.5? Rasa rasanya kat mana?

Aku tak akan jawab direct. Tapi the law of nature ialah semakin besar organisma semakin lambat kadar pembiakannya, dan bila sesuatu organisma merentas zon cuaca yang berbeza dengan cuaca asalnya, dia jadi haru biru. Tak dapat mencapai potensi penuh. So income potential goes down, but cost goes up. Doesn't make sense.

Sori tuan. Kali ni aku tak jawab. Tuan tuan kena explore, kena buru sendiri. Kalau dah tahu, boleh agak calculation macam mana.

Ok, kalau bela baka kacukan tempatan tapi opex tinggi, pada rm1.50 sehari per head as opposed to my opex at rm0.30 per head per day?

Sebenarnya opex rm1.50 ni extreme end bagi operasi pembiakan kambing pedaging. Kurang cekap. Tapi takpe kita calculate. First andaian opex rm1.50 ni ialah high input tapi dalam masa yang sama ialah high output. So kadar mortaliti akan menurun ketara, dan kidding rate might go up, dan anak kambing capai berat 30kg masa umur 6 bulan. Jangan datang kat aku kata anak kambing tak dapat 30kg umur 6 bulan dengan opex rm1.50 per ekor per hari. Wajib bagi mereka capai 30kg berat badan umur 6 bulan. Wajibal ghunnah dengan opex rm1.50. Manakala kadar pembiakan kita ambil 2.3.

Potential revenue? 2.3x 519 = rm1193.70.
Cost of sale? (1.5x30x6)+ (1.5x30x12) = 270 + 540 = rm810.
Untung kasar? 1193.70 – 810 = rm383.70.

Maknanya setiap induk berpotensi memberi untung kasar rm383.70 kepada kita per tahun.

So masih ada untung walaupun opex tinggi tak masuk akal dengan syarat bela baka tempatan. Pasalnya kewujudan darah tempatan akan meninggikan kadar kelahiran seterusnya kadar pembiakan. Baka tropics walau pun bersaiz kecil tapi kelebihannya terletak pada keupayaan pembiakannya yang jauh lebih pantas bila dibandingkan dengan baka bersaiz besar atau baka daripada zon cuaca berlainan.

Kalau betul betul baka kacang, maka kadar kelahirannya boleh mencapai 2.95 per tahun. Neat huh? Tapi banyak antara kita yang tak nampak kelebihan darah sendiri.


Anyway apa yang aku nak tunjukkan ialah kadar pembiakan yang tinggi menjadi kunci utama yang menentukan kejayaan sesebuah operasi pembiakan kambing pedaging. Lagi tinggi kadar pembiakan, lagi tinggi potential income. Inilah yang sepatutnya menjadi kayu ukur utama sebuah ladang pembiak. Yelah ada anak baru ada potential income. Kalau anak 1 je per tahun, mana nak dapat extra income sedangkan kos operasi sama?

Sekiranya tuan tuan betul betul merenung dalam dalam apa yang aku cakap ni, pasti tuan tuan nampak apa yang aku cuba sampaikan. Pasti tuan tuan boleh nampak di mana kunci kejayaan seorang pembiak kambing pedaging.

The key.

Salam.

16 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Tq tuan atas ilmu bermanfaat ini

    ReplyDelete
  2. Baru2 ni aku dapat tahu orang amerika dan australia dah hasilkan kaedah kenalpasti keadaan badan yang ideal. Untuk manusia kira BMI tapi kambing pakai Body conditioning scoring. Ideal3 kepada 3.5 markah.

    Macam apa yang tuan cakap, kidding rate prime factor kejayaan, jadi kaitan kidding rate tinggi dengan berat badan memang ada kan? Sebab kalau berat ideal kebarangkalian terjadi dystoxia rendah. Dengan ilmu kurang macam aku ni, kemahiran visual macam ni boleh kurangkan risiko kematian kambing melalui pencegahan awal.

    Banyak info berguna dalam artikel ni jadi masa nak hadam juga lamalah. Kitakan monogastrik. Haha

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak jumpa real info macam ni, betul tak?

      Berat badan yang ideal dan high fitness level menyumbang kepada kadar kelahiran lebih tinggi dan lower mortality.

      Bodyscore 3 to 3.5 is ideal.

      Delete
    2. Betul tuan. Aku dah biasa semeblih kambing jadi apa yang ada dalam BCS memang dah biasa perhatikan. MArkah 3 tu memang Otot dengan tisu optimum, Kalau dapat 4-5 dah obese and overweight.

      Jadi maksudnya kambing gemuk2 ni pelanggan rudi beli sebab markah 4 dan 5 ni tiada lagi pertambahan otot tapi semua jadi lemak. Kambing betina ko warna coklat yang aku sembelih tu ingat lagi tak? yang berat 50kg tu. lemak banyak super. itu memang dah BCS 4.5.

      Aku iingat ko pernah cakap kambing tu anak dia tak banyak, dan dari sumber BCS ni, lemak banyak merendahkan kecekapan reproduktif kambing. BEtulkan saya kalau silap tuan.

      Delete
    3. Betina 50kg tu dah lama tak beranak. First kidding ok, lepas tu tak beranak ranak. Makan rumput je tu, siap exercise lagi, boleh obese gak. Maknanya genetiklah tu.

      Delete
    4. menyentuh bab genetik..aku rase mmg btul la prof kata dulu kambing manja akan mewariskan genetiknya pd anaknya.sbb aku ada sekor ibu yg agak manja(satu2 nya kambing yg agak manja dlm kandang)..jd anak nya skrg pun mmg manja dgn org.xkira la sapa2..aku nk tgok adekah utk generasi ke-3 juga akan manja.hehe...

      Delete
    5. MEmang betul kambing tu banyak lemak. Masa nak panggang hari tu lemak memang kena buang sebab akan ganggu rasa kambing panggang.

      Sekarang ni kalau orang datang kandang semua nak pilih yang paling gemuk, tapi semua tak sedar gemuk tu sebab komposisi lemak saja yang berbeza. Daging sama je banyak. Memang ramai menilai sesuatu dari luar. Sampai kiamat tak boleh ubah

      Delete
  3. Assalamualaikum prof..aku nye anak kambing batch pertama mmg sgt kecil and ringan.berat purata usia 6bulan sekitar 8-11kg.Paling berat sekor je yang bapaknya Robert dlm 13kg..yang lain2 semua baka bapak dari kandang asal(sebelum beli)..normal kah berat ini untuk baka kacukan kampung prof?aku ingt bapak asal dia mmg baka kampung jgak..

    ReplyDelete
  4. Pengalaman biasa untuk semua yang baru membiak. Saiz kecik takpa lagi, maknanya hidup. Ada geng yang sebahagian besar kelahiran mati, kan lagi haru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Ko kene kurangkan merayap malam. Mak ayah kambing kena banyak duduk rumah. Balik dah lambat, kualiti anak pun rendah. Tarbiatul awlad. Haha

      Delete
    2. mak ayah dia angkut anak2 skali rewang mlam2.haha..aku ada 3ekor ibu dara yg nk beranak.3ekor ni klahiran pertama tahun lepas keguguran..Insyaallah kali ni beranak dgn jayanya..n ni sume baka RObert.msti kaki dangdut jgak.like father like son.haha

      Delete
  5. Aku rasa pengalaman atas ni, iaitu tuan kerja 1-2 jam sehari selepas melalui 5-6 tahun yang sukar betul? Bukan tiba2 saja macam tu. Hehe. Selepas ko pakai pekerja indon kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersusah0-susah dulu brsenang2 kmudian..aku kne kerja lbih keras lg utk jd mcm prof.alwi.pasni boleh kite main golf ye prof.hahaha..jgn xcaya pulak tokey kambing main golf..

      Delete
    2. Yelah, takkan terus senang pula kan?

      Tertonggeng tonggeng dahulu, duduk rehat minum nescafe kemudian hehehe

      Delete
    3. Dah lama baca entri blog ni. Kalau ada pembaca baru, baca2 boleh salah faham ni. Hehe. Tak pasal2 kene marah. Aku sarankan ko letak disclaimer bawah tu. Dp at your own risk

      Delete
    4. Bahu aku sengal2 lg nih kesan menebas napier..lame xexercise bile dh keje nih.tp seronok tgok kmbing tu makan.ada kepuasan dlm diri..
      Prof..ape yg prof post tu aku share dlm FB ye.ilmu brmanfaat mcm ni jrg dapat dlm buku..cume trader2 n importer2 xbrape nak LIKE pulak.hehe..

      Delete